Barangkali ini entri pendedahan terakhir berhubung transaksi penjualan Kompleks Muhibbah atau lebih dikenali sebagai Uptown D' Kota di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Dalam pertemuan bersama beberapa peniaga, saya dimaklumkan, keseluruhan 3.25 ekar tapak pusat perniagaan pasar malam itu ditaksirkan bernilai RM26 juta.
Kira-kira 3 tahun lalu, aset hartanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS itu, telah dijual kepada syarikat swasta berstatus halimunan, tidak diketahui perincaian pemiliknya, Ilmu Panduan Hidup.
Bertujuan untuk menyembunyikan identiti syarikat itu, sehingga kini, tiada papan tanda dipamer untuk menunjukkan Uptown telah menjadi harta milik persendirian. Hairan, aset dibeli bernilai jutaan ringgit tetapi enggan didedahkan kepada masyarakat Kota Damansara.
Bertujuan untuk menyembunyikan identiti syarikat itu, sehingga kini, tiada papan tanda dipamer untuk menunjukkan Uptown telah menjadi harta milik persendirian. Hairan, aset dibeli bernilai jutaan ringgit tetapi enggan didedahkan kepada masyarakat Kota Damansara.
Berapakah harga Uptown dijual?
RM4.8 juta ringgit sahaja.
RM21.2 juta ringgit LEBIH murah berbanding harga sebenar. Sewaktu transaksi awal, syarikat pembeli hanya menjelaskan RM2 juta kepada PKNS. Baki RM2.8 juta lagi ingin dilangsaikan kemudian, setelah syarikat pembina laluan MRT, Prasarana Negara Berhad memberikan pampasan bernilai RM7.7 juta.
Malangnya, Ilmu Panduan Hidup, pada awalnya dijangkakan bakal membolot keuntungan di atas angin, RM2.9 juta GAGAL meraih pampasan kerana tapak Uptown masih milik sah PKNS. Ilmu Panduan Hidup belum menjelaskan bayaran tertunggak RM2.8 juta sekaligus proses penukaran hak milik tanah tidak dapat disempurnakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.
Apapun, timbul beberapa soalan amat mencurigakan.
Mengapakah aset PKNS itu dijual terlalu murah? Siapakah mengarahkan supaya Kompleks Muhibbah dijual kepada individu? Siapakah pemilik Ilmu Panduan Hidup?
Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat, PKR, memerintah Selangor selaku Menteri Besar tatkala itu dipercayai mampu menjawab soalan terbabit.
Selain daripada Tan Sri Khalid, bekas Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan ADUN Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir Hashim juga pasti tahu jawaban sama.
[ Klik di sini untuk membaca fakta TAMBAHAN mengenai kes Uptown D' Kota ]
Hakikatnya, Ilmu Panduan Hidup melopong.
Sebaliknya Prasarana Negara Berhad memberikan pampasan berjumlah RM9.9 juta kepada
127 peniaga di Blok A Uptown D' Kota. Sebilangan mereka kini beroperasi di premis baru disiapkan, deretan kedai berhadapan Uptown D' Kota. Pampasan juga turut diahihkan kepada pemilik tanah asal, PKNS dan pihak penyelenggara Kompleks Muhibbah, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.
Untuk rekod, sebelum projek pembinaan laluan MRT dimulakan, terdapat 11 gerai peniaga makanan BERLESEN, beroperasi di Uptown. Setelah mendapat pampasan akibat kehilangan mata pencarian selama 8 bulan (tempoh pembinaan laluan MRT), mereka telah membawa haluan sendiri.
"Pihak pengurusan terkini Uptown D' Kota telah menyediakan food court di bawah kendalian pemilik syarikat Ilmu Panduan Hidup. Kami yakin, MBPJ belum lagi mengeluarkan lesen untuk premis terbabit menjual makanan dan minuman. Pada masa sama, pekerja juga tidak menjalani pemeriksaan kesihatan," dakwa peniaga.
Berikutan itu, pada 28 April, saya telah menghantar pesanan ringkas, SMS kepada Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi
'As Salam Tuan. Saya inginkan penjelasan. Mengapakah food court di dalam Uptown dibenarkan beroperasi tanpa lesen? Terima kasih'
Saya berharap Mohd Fauzi akan membalas SMS dihantar kepadanya dalam jangka waktu terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.