Jumaat, April 12, 2013

DR MOHD NASIR TOLAK CADANGAN MENGGUNAKAN LAMBANG PAKATAN RAKYAT DI KOTA DAMAMSARA


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution mencadangkan Parti Sosialis Malaysia, PSM  menggunakan satu daripada tiga lambang parti Pakatan Rakyat.

Lambang PKR, PAS atau DAP.

Baca laporan Keadilan Daily  di sini.

Cadangan diutarakan itu nampaknya jelas DITOLAK oleh calon wakil rakyat Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Dr Mohd Nasir Hashim.

Bekas wakil rakyat memenangi kerusi DUN atas tiket KEADILAN pada PRU 12 itu  bakal bertanding menggunakan lambang PSM, klik di sini.


Kain rentang di atas dipampangkan berhampiran bilik operasi PSM sejak 8 April lalu di Kota Damansara. 

Pakatan tidak sepakat rupanya.

Apapun, saya percaya, Dr Nasir bakal kecundang kerana bakatnya sebagai Wakil Rakyat dalam tempoh sepenggal lalu tidak memberangsangkan.

...  tetapi dia tetap  berhak untuk mencuba.


"Doktor Nasir ada juga minum pagi di gerai ini tetapi dia lebih suka duduk seorang diri, bayar bil dia dan kemudian beredar.  Naib Presiden Keadilan, Sivarasa Rasiah lain sikit.  Selalu dia minum di sini dan membelanja pelanggan lain biarpun tidak diminta," ujar peniaga gerai di Seksyen 7, Kota Damansara.

Itulah ...

Sebenarnya rakyat bukan menagih untuk  dibelanja dek  Wakil Rakyat, cukuplah sekadar kalau pemimpin  itu  sudi bercampur dengan rakyat.

4 ulasan:

  1. Salam bro, blog Dan laman web PSM serta youtube, semua tidak membenarkan komen/ulasan. Mereka takut kebenaran terbongkar.

    BalasPadam
  2. Sedara den ini sebenarnya baik, tetapi tertelan cuka sosialis terlampau banyak semasa di USA. Dia PR dengan saudara maranya amat baik mungkin sebagai wakil rakyat dia kurang sedikit. Mungkin dia ini kurang berkemampuan walaupun dia wakil rakyat kerana parti dia miskin. Bekas pelajar RMC dan lulusan Food Technology.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.