Sekian lama saya perhatikan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu taksub menggunakan perkataan 'rakyat'.
Parti pimpinannya, Parti Keadilan Rakyat, PKR.
Moto Pilihan Raya Umum, PRU ke 13 PKR, 'Pakatan Harapan Rakyat'.
Perkataan 'rakyat' dalam konteks digunakan itu seolah-olah memberikan gambaran kononnya PKR disokong dan dijadikan sandaran harapan oleh semua rakyat Malaysia.
Walhal itu tidak benar.
Hanya penyokong PKR sahaja menyokong parti itu, BUKAN semua rakyat negara ini.
Bukan sahaja Datuk Seri Anwar, malah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga secara sewenang-wenangnya menggunakan perkataan sama, sekaligus mengelirukan maksud sebenar tajuk dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian di atas.
'Rakyat dalam mood nak ubah kerajaan pusat', tajuk dipilih seakan-akan mencerminkan semua rakyat Malaysia ingin mengubah kerajaan pusat. Sedangkan, kenyataan itu tidak benar.
Hanya penyokong PKR sahaja ingin mengubah kerajaan pusat.
Sepatutnya tajuk itu diubah kepada, 'Penyokong PKR dalam mood nak ubah kerajaan pusat'.
sama juga umno guna isu melayu,
BalasPadampadahal parti umno..
anwar ibrahim pengkhianat melayu kata umno,
saya orang melayu, saya tak rasa saya kena khianat dek anwar pun, mungkin umno je perasan, bajet semua orang melayu sokong umno.
ramai lagi orang melayu yang tak join umno, masuk pas, masuk dap..
umno sekarang tak relevan untuk orang melayu.. sila tukar nama united fans of mahathir.. sebabnya mahathir merupakan pemegang no keahlian umno baru siri 0001..
Mereka selalu keluarkan statement yang bunyinya lebih kurang begini,
BalasPadam1. " Rakyat mahu tahu, berapa jumlah sebenar bla...bla..bla.. dalam akaun..bla..bla.. "
2. " Rakyat sudah muak dengan segala bla...bla...bla.. yang mereka selindungkan.. bla..bla.. "
Sebenarnya, yang MAHU TAHU dan yang SUDAH MUAK itu mereka sendiri, bukan RAKYAT keseluruhan. Parti anak beranak ni memang pandai manipulasi perkataan untuk ajak RAKYAT secara halus menyebelahi mereka tanpa RAKYAT sedar.
Ini je?
BalasPadamanda salah, ramai yg menyokong PR, jgn anda nk jadi pro BN, jadi la natural side, apa anda nk jawab di Akhirat kelak anda pilih pemimpin yg beriman ke yg kufur?
BalasPadamHamba Allah, kalau saya pro BN, apakah salahnya?
BalasPadamAwak bukan penentu keimanan manusia.
Pilihanraya diadakan untuk memilih kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat. Perkataan mengubah dan menukar merupakan kenyataan yang tidak bijak. Ini kerana kita sekarang berkerajaan sementara. Oleh itu, pilihlah mana-mana parti yang kita suka untuk membentuk kerajaan. Pilihlah dengan bijak kerana kesannya kita yang akan terasa nanti.Suburkan demokrasi dengan bersifat terbuka dan bukannya emosi.
BalasPadamsalam, ni pendapat aku as manusia yang tak berdaftar dgn mana2 parti politik. dari pengamatan aku kita memang patut tukar kerajaan....dan ini perlulah dibuat setiap 2-3 penggal pemerintahan kerajaan tersebut. barulah kita nampak samaada apa yang depa janji tu palsu atau sebaliknya. sebagai anak kedah (mengundi di kedah ye..tinggal di selangor...both pembangkang) aku dah nampak apa yang depa buat dan xbuat dan juga rembat. pikiaq la sendiri nak pangkah sapa lak kali ni. jangan pening2....dah daftar ke sebagai pengundi....jangan sembang je deraih...mengundi pun xpenah pi.
BalasPadamxyah la nak emo-emo...yang penting pi mengundi...cakap tu jangan main lepaih je...
BalasPadamdasar setiap parti itu indah....cuma yg mencerminkan kemenjadian parti adalah pemimpinnya....bukan senang untuk menstabilkn sesebuah kerajaan...apatah lagi memastikan setiap rakyat dapat menikmatinya....cuma, pastikan agar hak milik yg kita ada tidak tergadai ke tangan org lain...spt mana...tanah Asrama Yayasan Selangor yang sudah hilang...asrama itu yg dulu menempatkan pelajar bijak pandai kampung untuk belajar di bandar KL, PJ...bkn hanya keuntungan yg kita cari....tapi hak anak bangsa generasi akan datang perlu dibela..pastikan anak-anak kita , cucu kita tidak akan merempat suatu hari nanti....pastikan pilihan kita tepat!!!itu sahaja....
BalasPadamsetuju dgn tukangdera...yg pasti, nie kali ketiga saya mengundi...& saya mengundi di Parlimen Sg. Petani, DUN Bakar Arang...
BalasPadamSetuju dengan Mazidul. Tapi Najib pon kena tukar jugak la kan?
BalasPadam"Penyokong BN tak ingin perubahan".
Kan?
Setuju dengan Mazidul. Tapi Najib pon kena tukar jugak la kan?
BalasPadam"Penyokong BN tak ingin perubahan".
Kan?
kan senang kau ckp kau pro BN mazidul. abis cite.
BalasPadamalhamdulillah, walau komen saya mungkin memanaskan buntut mazidul, tapi kurang2nya ada juga yang setuju kenyataan saya..
BalasPadamjangan marah ya mazidul, mohon ampun maaf.
komen politik, biasalah, kasar sikit, cakap lembut2 ni tak syok, zaman skrg ni orang tak mau cakap berlapik2 berjela2 dah, orang mau straight to the point..
mana yang betul, kita sokong, mana yang kasi untung, kita sokong, mana yang dapat pujian audit negara, kita sokong.
senang kan kalau macam tu?
alangkah bagusnya kalau semua negeri berkejar2 nak naikkan status supaya dipuji oleh ketua audit negara.. tak payah perabih duit kempen sana sini, tapi performance indah khabar dari rupa
alhamdulillah, walau komen saya mungkin memanaskan buntut mazidul, tapi kurang2nya ada juga yang setuju kenyataan saya..
BalasPadamjangan marah ya mazidul, mohon ampun maaf.
komen politik, biasalah, kasar sikit, cakap lembut2 ni tak syok, zaman skrg ni orang tak mau cakap berlapik2 berjela2 dah, orang mau straight to the point..
mana yang betul, kita sokong, mana yang kasi untung, kita sokong, mana yang dapat pujian audit negara, kita sokong.
senang kan kalau macam tu?
alangkah bagusnya kalau semua negeri berkejar2 nak naikkan status supaya dipuji oleh ketua audit negara.. tak payah perabih duit kempen sana sini, tapi performance indah khabar dari rupa
Penggunaan perkataan 'rakyat' tu sebagai permainan psikologi utk buat orang yg atas pagar fikir yg majoriti rakyat menyokong PR. Orang atas pagar yg jenis malas mengkaji kesahihan sesuatu berita ni jenis lalang. Ikut orang je. Jadi, dgn pengunaan perkataan 'rakyat', PR mungkin beranggapan mudah utk mereka meraih undi dari golongan atas pagar. Ya, saya golongan atas pagar tetapi saya mengkaji setiap berita baik mahu BN atau PR.
BalasPadamSelagi belum berlangsung PRU13, selagi belum menang PRU13, pendapat saya, tak perlulah pihak BN atau PR mendabik dada mengatakan majoriti rakyat menyokong kalian. Nanti kalau kalah, diri sendiri juga yg malu.