Jumaat, April 26, 2013

FAKTA PERLU DIKETAHUI OLEH PENGUNDI DUN KOTA DAMANSARA BERHUBUNG UPTOWN D' KOTA SEBELUM 5 MEI 2013



Kompleks Muhibbah di Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR, lebih dikenali sebagai Uptown D' Kota.

Penghujung tahun 2012,  sebilangan peniaga di situ berulang kali mengajukan soalan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya dan Menteri Besar SELANGOR, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu pertemuan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.

"Mengapakah Kompleks Muhibbah dijual?"

Dilaporkan soalan itu tidak mampu dijawab oleh Tan Sri Khalid dan Datuk Bandar biarpun ditanyakan sebanyak 3 kali oleh peniaga.

Sebelum ini saya telah menulis berhubung kemelut didepani peniaga Uptown itu. Bekas wakil Rakyat,  DUN N39, Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim juga tidak memberikan respon terhaap 5 soalan cepu emas saya kemukakan di blog ini.


Klik di sini untuk meneliti soalan terbabit.

Dr Mohd Nasir, seorang daripada 6 calon bertanding untuk merebut kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum, PRU  ke 13. Calon mewakili PKR itu  ternyata gagal menjelaskan fakta berhubung transaksi penjualan Kompleks Muhibbah sedangkan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS,  itu terletak kurang 2 kilometer dari pejabat Parti Sosialis Malaysia, PSM. 

Berikutan keengganannya untuk mengambil tahu mengenai kes membabitkan kepentingan penduduk Kota Damansara itu, malang jika Dr Mohd Nasir  dipilih sekali lagi sebagai wakil rakyat.

Presiden PAS,  Datuk Seri Hadi Awang juga tidak sebulu dengan presiden PSM itu. Usah berasa hairan jika  5 Mei nanti,  Dr Mohd Nasir bakal kecundang di Kota Damansara.

Pada 2 Februari 2013,  pengawal keselamatan saya temui mendedahkan informasi, Kompleks Muhibbah telah dijual kepada syarikat Ilmu Panduan Hidup,  klik di sini.

Malangnya hingga ke saat ini, identiti sebenar pembeli Kompleks terbabit masih tidak diketahui oleh masyarakat bermastautin  di Kota Damansara.


Tiada papan tanda di sekitar, menunjukkan Kompleks itu telah dijual kepada syarikat swasta biarpun transaksi penjualan dipercayai berlaku lebih 2 tahun lalu. Melalui siasatan, lebih 200 peniaga di Uptown D' Kota diberikan resit dikeluarkan oleh syarikat  Ilmu Panduan Hidup setiap kali  membayar sewa bulanan gerai.


Rumusannya, pembeli Kompleks itu gentar sekiranya identiti sebenar  mereka  didedahkan. Penyewa gerai berkata, mereka hanya berurusan dengan lelaki berasal dari Kelantan, bertugas sebagai pengurus Kompleks terbabit.

Berikutan penjualan berlaku, peniaga Pasar Tani sebelum itu mencari rezeki di dalam Kompleks diarahkan keluar. Pada setiap hari Ahad, mereka berniaga di luar pagar Kompleks dan terpaksa menunaikan solat subuh di tepi jalan.


Hak mereka untuk menyempurnakan solat di surau Kompleks berhampiran dinafikan oleh pihak pengurusan. 

Klik di sini untuk membaca laporan saya pada 3 Februari 2013.

Minggu lalu,  saya dan wartawan akhbar Sinar Harian berkunjung ke Kompleks Muhibbah pada malam 14 April. Beberapa peniaga kami temui meluahkan rasa gusar kerana rezeki mereka berkurangan.

"Sebelum Blok A dikosongkan untuk memberi laluan kepada pembinaan MRT, pendapatan kami mampu mencecah RM1,000 pada malam hujung minggu. Sekarang? Hendak mendapat RM100 pun susah," rungut peniaga.


Klik di sini untuk lebih menyelami kesengsaraan mereka depani.

Saya dimaklumkan 11 daripada 128 peniaga di Blok A telah mendapat pampasan daripada pihak pengurusan MRT, Prasarana Negara Berhad, berjumlah di antara RM30,000 dan RM200,000 kerana mereka kehilangan sumber pendapatan selama 8 bulan, tempoh pembinaan  laluan MRT. Tiga puluh satu lagi,  masih menunggu habuan mereka, jika dapat.


Dua kali saya menyarankan agar rakan saya, wartawan akhbar Sinar Harian, Izwan Roslin membuat liputan sekaligus mendedahkan fakta kes ini.

"Saya sedang menunggu peniaga tidak berpuas hati untuk mengemukakan  komplen mereka," katanya.

Saya menghormati keputusan itu.  

Alhamdulillah, kira-kira jam 10 malam tadi, lapan wakil peniaga Uptown D' Kota bertemu Izwan  di restoran berhampiran Kompleks Muhibbah. 


Berikut antara maklumat saya perolehi : 

1. Pihak pengurusan terkini Uptown setakat ini  hanya membayar RM2 juta kepada PKNS untuk membeli Kompleks Muhibbah. Harga keseluruhan,  RM4.8 juta. Maksudnya Ilmu Panduan Hidup masih berhutang RM2.8 juta. Justeru hartanah itu belum lagi menjadi hak milik penuh syarikat swasta tidak diketahui pemiliknya itu.

2. Prasarana Negara Berhad dijangka membayar pampasan kira-kira RM7 juta berikutan pengambilan sebahagian daripada tapak Kompleks Muhibbah. Bagaimanapun pampasan sebaliknya dibayar terus kepada peniaga BUKAN kepada Ilmu Panduan Hidup kerana  hartanah itu masih milik PKNS.

Barangkali pada awalnya, pihak pengurusan Ilmu Panduan Hidup mendambakan peluang untuk mengaut keuntungan atas angin,  sekaligus menggunakan sebahagian daripada wang pampasan untuk melangsaikan baki RM2.8 juta  kepada PKNS.  

3. Sebilangan individu berniaga di Uptown D' Kota sejak 7 tahun lalu berasa amat kecewa kerana hasil perniagaan harian diraih didapati merosot lebih 80%  sejak 15 April lalu. Pelanggan didakwa semakin merosot, tandas awam Blok A tidak boleh digunakan dan keadaan sekeliling kurang selesa berikutan kerja pembinaan laluan MRT dijalankan di antara jam 8 pagi dan 10 malam.

4. Bekas ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir mendakwa tidak mengetahui berhubung transaksi penjualan Kompleks Muhibbah.

5. Ilmu Panduan Hidup tidak memiliki lesen perniagaan berkelompok sepatutnya dipohon daripada Jabatan Perlesenan MBPJ untuk menjalankan operasi perniagaan di Kompleks Muhibbah, dahulunya dijadikan lokasi beriadah penduduk Kota Damansara. Semua peniaga beroperasi hanya menggunakan lesen individu MBPJ. 

Sejak 3 bulan lalu saya mampu menjangkakan nasib tidak keruan kini terbukti menghimpit majoriti peniaga Uptown D' Kota. 

Kebanyakkan mereka berbangsa Melayu.


Fakta, Tan Sri Khalid, wakil PKR di SELANGOR tahu mengenai transaksi penjualan aset PNKS itu kerana berlaku tatkala dia masih menyandang jawatan  Menteri Besar. Namun adakah sebelum ini  dia mengambil pusing berhubung nasib malang  peniaga Melayu terbabit?

Tidak.

Dr Mohd Nasir juga membatu, begitu juga pemimpin PKR lain di Selangor.

Kini semakin ramai bertanyakan soalan berikut. 

1. Mengapakah bekas kerajaan SELANGOR di bawah Pakatan Rakyat membenarkan Kompleks Muhibbah dijual? 

2. Siapakah individu berkuasa mengarahkan aset milik PKNS itu dijual? 

3. Jutawan manakah menjelaskan bayaran RM2 juta untuk membeli Kompleks Muhibbah? Mengapakah sehingga kini identiti pembeli masih tidak didedahkan?  

4. Bagaimanakah nasib 85 peniaga di Blok B, kini tersepit akibat kekurangan pelanggan?

Saya menyarankan agar calon DUN Barisan Nasional Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan dan penyokong beliau untuk menjenguk peniaga malang Uptown D' Kota. Tanyakan khabar, bantu dan bela nasib mereka. Jasa lazimnya LEBIH  dikenang andai kita menghulurkan bantuan tatkala rakyat berada dalam kesusahan. 

Apapun, andai tiada aral melintang, nantikan pendedahan lengkap kemelut peniaga Uptown akan dibongkar oleh  Sinar Harian secara telus dan tulus.

1 ulasan:

  1. assalam ...

    pengalaman saya sebagai pemimpin RT ...
    (sekadar berkongsi pengalaman ....)

    - mudah dilantik atas persetujuan ramai .. tetapi agak sukar melaksankan program kerana "cadangan banyak" .. tetapi bila program berlangsung .... tada turun pun ...

    - kita tak tahu persepsi orang ... dan seperti biasa .. org hormati kita sebagai Pengerusi selagi "agenda" depa tak kena bantah atas sebab penambahbaikan/pertukaran/batal.., cuba kalau bantah ... jgn harap depa dtg mensyuarat jika dipanggil ....

    - depa selalu anggap (tak semua), pemimpin ini ... "berduit" .. tetapi depa tak tahu kita ini juga "berhutang" ...huhuhuhu

    - setiap program mesti ada laporan .. tetapi malangnya .. yang dipertanggungjawabkan suruh org lain buat ....

    - selalu bertanya/beritahu ... jika ada apa apa bantahan/cadangan ... sila maklumkan semasa mesyuarat bersidang ... tetapi dalam byk keadaan ... selepas mesyuarat atau beberapa hari kemudian ... jika terjumpa di kedai kopi ... ada pula cadangan/bantahan/aduan ... atas alasan .. segan nak beritahu/maklumkan pd mesyauarat tempuh hari.

    - kekadang ada ahli beritahu ... kita kena kenal "orang itu" , "orang ini" .. "kumpulan itu" dan "kumpulan ini" .. atas sebab "senang" dan mengelakkan daripada "terusik" anak buah depa .... jawapan saya pada depa .... saya prefer "jd diri sendiri" .... dan kalau jd apa apa ... bertawakal sahaja pada Pencipta ...

    - selalu di tanya berapa baki dana .... apabila dimaklumkan secara lisan tak percaya ... dan apabila melampirkan didalam fail .. tak bula di tengok ...huuhhuhu ...

    at the end ... walau apapun cabaran/dugaan ...ia adalah satu proses kematangan/pembelajaran seumur hidup ... jdkan sebagai pengajaran/pengalaman ...

    kita umat manusia .. akan sentiasa diuji ... selagi terdaya oleh badan ... mampulah kita memikulnya ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.