Saya terlihat remaja perempuan tercegat berdiri di tepi jalan Theagaraya, Chennei, India.
Dia kelihatan selekeh dan dipercayai belum lagi mandi pagi tatkala gambar direkodkan.
Beberapa minit kemudian kelihatan kelibat lelaki berjalan ke arah remaja sama dan menyerahkan berus gigi kepadanya. Mereka mungkin anak keluarga miskin kerana tidak mampu membeli kasut atau selipar tetapi tetap cuba menjaga kebersihan diri.
"Bagi mereka, 100 rupee (RM6) itu besar nilainya," ujar kenalan baru saya, Talhata Rosseri.
Hata, anak kelahiran Sarawak, kakitangan Kementerian Sumber Manusia, kini bertugas di Chennei. Beliau berkata, isterinya, Farhana Izzati Yaheya, kini mengandung anak sulung mereka, pembaca setia blog ini.
Selain Hata, saya juga berpeluang bertemu ramai lagi rakyat Malaysia bekerja dan menuntut di Chennei ketika membuat liputan di Restoran Pelita Nasi Kandar.
Di bawah, pelajar Meenakshi Ammal Dental College, mingikuti kursus pergigian, Tatiana Phakdee dan Kavita Kaur.
Di bawah, pelajar Meenakshi Ammal Dental College, mingikuti kursus pergigian, Tatiana Phakdee dan Kavita Kaur.
Saya dimaklumkan, amat jarang warga Malaysia meminum air teh India dijual di gerai pinggir jalan.
Mereka khuatir kerana kebersihan air digunakan tidak terjamin.
"Bukan apa, perut kita tidak berapa sesuai dengan makanan dan minuman dijual di pinggir jalan," komen mereka.
C. Sinneiyah, 46 tahun, berniaga tanpa lesen di tepi jalan utama lebih 10 tahun. Dia menjual purata 1000 cawan kecil teh setiap hari di antara jam 5 pagi dan 12 tengah malam. Setiap cawan teh pekat dicampur susu lembu segar itu dijual dengan harga 30 sen atau 5 rupee.
Melihat air panas menggelegak digunakan dek penjual, tanpa prasangka, saya meminum secawan teh dijual.
Sejak itu, saya berulang-alik ke tandas 6 kali. Mujur doktor di Sri Pentas membekalkan ubat cirit-birit untuk melegakan sedikit kesakitan.
Di sebelah gerai Sinneiyah, lelaki berbaju oren di atas mengambil upah menilik nasib. Tiada pula kelihatan cawan teh di sekitar tempat dia duduk menunggu pelanggan. Barangkali dia enggan memperjudikan nasib dan kesihatannya seperti saya.
"Kalau ke India, minum air mineral sahaja dan pastikan tutup botol air itu masih tertutup sewaktu dibeli"
Itu antara peringatan rakan wartawan gagal saya patuhi kerana teh India berasa sedap biarpun mendatangkan kemudaratan.
Di Chennei, pemandangan kelompok gelandangan tidur lena di ruang pejalan kaki berdebu dianggap normal.
Suhu terik mencecah 38 darjah Celcius tidak menjadi kudis kepada mereka untuk melelapkan mata.
Manakala pengemis pula 'bertugas' siang dan malam. Saya diberitahu, pengemis kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua dikawal selia oleh sindiket.
Tentunya sebagai manusia, kita berasa simpati dengan nasib mereka tetapi sebaik wang tunai dihulurkan, lebih ramai pengemis akan menyerbu dan menagih simpati. Sekoyan wang tidak akan mencukupi untuk diagihkan kepada mereka semua.
Perhatikan lelaki tua di atas, selamba kencing di dinding. Bagi majoriti mereka, dinding itu tandas. Pancut sahaja, tiada masalah dan perlakuan terbabit tidak langsung dianggap ganjil atau memalukan di kalangan masyarakat setempat. Malah kaum lelaki boleh beratur beramai-ramai, kencing bersama di lokasi terbuka.
"Jika kita bertanya, mengapakah awak kencing di dinding? Mereka spontan akan menjawab, mengapakah awak tengok saya?," jelas Hata.
Justeru tidak hairan andai lorong atau laluan di tepi jalan, hancing berbau kencing.
InsyaAllah, saya dan kru Majalah 3 akan pulang ke Malaysia pada 21 April ini tetapi sebelum itu saya akan merakamkan banyak lagi gambar untuk dikongsikan bersama semua pembaca.
Untuk alaporan pru lipis p79 klik saya
BalasPadamYa Tuhan,
BalasPadamSyukurnya saya tinggal di bumi Malaysia yang lebih maju daripada sesetengah negara di dunia.
Melihat foto pun saya dah jijik dengan suasana tempat-tempat yang bro Mazidul nyatakan.
..senyum sendiri saya membaca kisah penulis yang keracunan di sana..Kisah yang sama saya alami ketika melancung ke Bandung..Tapi saya lebih teruk dua minggu baru kebah dari cirit birit..Perut jadi macam papan..hehee..Terima kasih dengan gambar yang cantek...
BalasPadamteringat saya ketika menaiki van dari agra ke new delhi pada waktu malam, ramai orang mencangkung di tepi jalan seperti menunggu sesuatu. Bila ditanya pada pemandu, rupanya mereka membuang air besar kerana rumah mereka tiada tandas yang sempurna dan untuk megelakkan dari dipatuk ular senduk jika membuang air di dalam semak. Purata 4 orang mati di India setiap jam akibat dipatuk ular. Patutlah!
BalasPadam