Rabu, April 24, 2013

TATKALA PAKATAN RAKYAT BERGOLAK DI KOTA DAMANSARA, BARISAN NASIONAL HARUS LEBIH BERSATU

Presiden PAS,  Datuk Seri Hadi Awang secara terus-terang telah mengeluarkan kenyataan tidak berkenan dengan konsep perjuangan Parti Sosialis Malaysia, PSM. Justeru, jika mengikut telunjuk Datuk Seri Hadi, ahli PAS di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, tidak akan mengundi presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim kini bertanding menggunakan logo PKR di Kota Damansara.

Dr Nasir berkata, dia layak mempertahankan kerusi DUN dimenanginya pada Pilihan Raya Umum, PRU ke 12 dan sekaligus  menganggap calon PAS bertanding  sebagai penceroboh di DUN itu.

Klik di sini.

Pertelingkahan berlaku di antara parti komponen Pakatan Rakyat itu antaranya dilihat akan memberikan kelebihan, advantage kepada sokongan terhadap  calon bebas, Halmi Omar


"Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menolak calon  BN  DUN N39 Kota Damansara seperti dipersetujui oleh Datuk Seri Najib Razak, Halimaton Saadiah BohanMemang kami sayangkan BN tetapi apabila kami dicabar, maka kami sahut kerana maruah kami tercalar," ujar Sharif Hassan mengulangi kenyataannya sebelum ini.


Sharif saya temui ketika bermesyuarat bersama penyokong Halmi di Seksyen 7, Kota Damansara, kira-kira jam 11.30  malam tadi.

Ternyata mereka amat terkilan dengan kenyataan Ketua Cawangan UMNO Subang Perdana, Zul Subang seperti dicatatkan di laman Facebook miliknya sebelum ini.


Klik di sini untuk membaca antara komen dilontarkan oleh Zul Subang atau Datuk Zulkifli Nordin. 

"Mazidul telah mendengar kenyataan mereka (penyokong Halmi), justeru harus juga mendengar penjelasan saya," kata Datuk Zulkifkli melalui perbualan telefon semalam.

Saya hanya pengendali blog dan pelapor berita di tempat saya bermastautin, bukan editor media utama di Malaysia. Maka saya telah mencadangkan agar diadakan pertemuan tertutup di antara beliau dan penyokong Halmi untuk mencari jalan penyelesaian namun setakat ini masih menemui jalan buntu. Pesanan ringkas terkini dihantar oleh Datuk Zulkifli  kepada saya pada jam 7.33 pagi tadi, mengatakan beliau sibuk menjalankan urusan perniagaannya.

Sewaktu bertemu Halmi dan puluhan penyokong beliau malam tadi, saya masih melihat semangat BN terpancar jelas  di wajah mereka.


"Dia (Datuk Zulkifli) sepatutnya datang dan meminta maaf  daripada penduduk di sini di atas keterlanjuran tulisannya di Facebook itu,  kes selesai,"  tegas Sharif.



Secara peribadi saya melihat pergolakan hebat  sedang menghantui calon serta penyokong PAS dan PKR di Kota Damansara. 

Calon Pakatan Rakyat bertanding  tidak sepakat.

Oleh itu wujud kebarangkalian calon BN, Halimaton berpeluang memenangi kerusi DUN kini menjadi rebutan 6 penjuru. Jika Halmi menarik diri sebagai calon bebas, tindakan itu bakal meningkatkan lagi jumlah bilangan undi untuk  Halimaton. 


Hemat saya, sebagai orang lama dalam UMNO, andai Datuk Zulkifli enggan memohon maaf  berikutan komen mengguris perasaan penduduk Seksyen 7,  molek jika beliau bertemu Halmi dan penyokong untuk  memperjelaskan tujuan komen terbabit dicatatkan. 

Ruang itu MASIH  terbuka.

Halimaton juga lebih bijak jika merendah diri,  pergi menemui Halmi dan penyokong beliau di saat kritikal ini. Bukan dituntut memujuk mereka tetapi sekurang-kurangnya berikhtiar  menyejukkan suasana berbahang berkemungkinan membakar kerjaya politik calon BN itu.

Saya yakin  BN juga tidak  mahu isu mampu ditangani secara mudah ini dibiarkan berlarutan dan kemudian memberikan kesan  negatif  terhadap sokongan  pengundi  kepada Halimaton.

6 ulasan:

  1. Kalau BN nak menang besar, mereka perlulah sepakat. Kalau BN tak sepakat, so apa bezanya BN & PR??

    BalasPadam
  2. Perancangan sulit DAP.
    Samada saudara sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini. DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu. Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu. Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.
    Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor. Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini. Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah. Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi
    ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa. Dalam masa yang sama dihadapan orang cina DAP Bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR. Saudara saudaru ku yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini. Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran jiran kita dan rakan rakan kita. Jika saudara sebarkan kepada 10 orang dalam tempoh satu jam ia boleh sampai kepada 1 juta umat Melayu.

    BalasPadam
  3. sayang sungguh bangsa kita....bangsa lain bersatu walaupun di mana-mana parti..tapi bangsa kita....pecah sana sini..ini masalah kita org Melayu...tader kesatuan..dan saya tak paham kenapa antara kita masih cuba mnjatuhkan yg lain...itu silap yg kita buat....semoga pemimpin sedar bahawa...kita tak boleh berdiri sendiri tanpa sokongan org lain...dan perpecahan kita akan mnjadikan bangsa lain terus mara ke hadapan...kesian kita!!...saya kesian anak bangsa saya nanti....apa lagi yg ada untuk mereka di bumi Malaysia.????

    BalasPadam
  4. Pada pendapat saya lambang pokok beringin telah sampai masanya mengulangi sejarah silam dimana tegak sebuah empayar kerajaan negeri melaka dari nama sebatang pokok bernama melaka dan saya amat berharap tertubuhnya pohon beringin akan lebih aman dan sejuk kawasan kota damansara ini kerana telah menanggung selama 1 penggal kering diatas kesilapan pertaruhan pilihan pucuk bn yg lepas dan ianya nampaknya akan mengulangi kesilapan yang serupa yang membawa padah kepada bn dan umno .wahai pemimpin bn dan umno sesungguh perlantikan biarlah dari kalangan rakyat yang suka akan seseorang pemimpin senang di dekati dan amat hargai dan bukan dari koloni biarlah pemimpin itu ada kebolehan memimpin dan bukan hanya nak ikut punngung orang...nescaya berpecah belah lah masyarakat dan masyarakat akan menjadi mangsa permainan politik..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...walaupun Selangor masih dibawah pucuk pimpinan PKR, Kak Ton di DUN Kota Damansara telah berjaya mengambil tempatnya...Terasa berbaloi menjerit2 ketika dikaki lima hadapan PDM Sekolah Rendah Seksyen 7 Kota Damansara dan menunggu keputusan sehingga 4.30 pagi Isnin di Bandar Utama 3,akhirnya semua pengorbanan yg tidak seberapa tidak seperti kumpulan jentera pemuda barisan kota damansara yang lain telah tertebus dengan senyuman kegembiraan..

    BalasPadam
  6. Abg...letak kan laa gambar pemuda barisan yg menjerit2 time abg dtg smlm..hehehe...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.