Isnin, April 22, 2013

PARTI PEMBANGKANG HARU-BIRU BEREBUT KERUSI DUN KOTA DAMANSARA

PAS bakal bertanding untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri, N39 DUN Kota Damamsara.     PKR juga tidak ketinggalan menghantar calon untuk MEREBUT kerusi sama.

Lihat gambar bendera PAS dan PKR saya rakamkan kira-kira jam 2 pagi tadi.


Parti Sosialis Malaysia, PSM,  juga bakal bertanding di Kota Damansara melalui presidennya, Dr. Mohd Nasir Hashim sebagai calon. Pada Pilihan Raya Umum, PRU ke-12, PSM menggunakan logo Pakatan Rakyat dan berjaya memenangi kerusi DUN Kota Damansara.

Perhatikan bendera PSM dikibarkan bersebelahan bendera BN manakala bendera PKR dan PAS di bawah.


Seperti diketahui umum, PAS, PKR dan PSM antara parti PAKATAN pembangkang berhasrat untuk menumbangkan musuh utama mereka,  BN dalam PRU ke - 13. 

Peliknya mengapakah mereka menghantar 3 calon untuk  bertanding sesama sendiri? Bukankah tindakan itu akan memecahkan agihan  bilangan  undi di Kota Damansara?

Jelas, PAS, PKR dan PSM  tidak sepakat, berpecah belah.  Setiap calon  parti pembangkang itu,  kini BERSAING untuk menjadi wakil rakyat di kawasan sama sedangkan mereka tahu, hanya seorang SAHAJA calon bakal dinobatkan sebagai wakil rakyat.

Itupun jika dipilih oleh pengundi.


Bakal pengundi prihatin Kota Damansara pasti melihat dan menyedari hakikat itu. Hakikat   perebutan kerusi sedang berlaku  antara tiga calon berbangsa Melayu  parti pembangkang. 

Calon PAS juga dilaporkan  menentang calon PKR di DUN lain, klik di sini.

Ringkasnya,  belumpun lagi  diberikan mandat oleh rakyat,  parti terbabit sudah haru-biru.

5 ulasan:

  1. Pakatan Rakyat pula yang dirisaukannya. Relaks. 2-3 hari lagi selesai la isu ini.

    BalasPadam
  2. Politik Politik

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/04/blouse-wanita-fashion-talk-shoppe.html

    BalasPadam
  3. Bila makhluk (manusia) berebut makhluk (kuasa/kedudukan), macam ni la jadinya. Masing2 nak tunjuk dialah yg paling layak jadi pemimpin.

    BalasPadam
  4. Belum duduk sudah berlunjur, belum berkuasa, sudah berebut. Bayangkan apa yang akan berlaku kepada pemerintahan negara apabila mereka dapat PUTRAJAYA (Saya doakan ini tidak berlaku)

    Nescaya UMNO dan BN jugalah akan dijadikan kambing hitam, manakal mereka kelihatannya tetap suci dan tidak berdosa apa-apa..

    TOLAK PR!

    BalasPadam
  5. kalau pkatan haram menang tak mustahil negara ni ada 3 perdana menteri......menteri mentor lee kuan yew.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.