Sabtu, April 06, 2013

MAYAT BAYI DICAMPAK BAK SAMPAH


Mayat bayi cukup sifat ditemui sekitar jam 7 pagi tadi berhampiran persimpangan ke Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Berada di lokasi, Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor Noorazlina Darkaseh dan beberapa anggota polis.


"Masa saya tengok tadi,  muka bayi itu diurung dek semut. Hampir mengalir airmata saya sewaktu meletakkan mayat itu di atas pelapik," ujar anggota polis cawangan jenayah bertugas 24 jam.


Bayi terbabit dipercayai dicampak atau diletakkan di tepi jalan pada awal pagi dengan tujuan mayatnya ditemui oleh orang ramai.

Dua kenderaan pacuan empat roda, membawa pegawai dan anggota polis Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Selangor tiba di lokasi.


Antara wajah amat saya kenali, Mokhtar Hussin, 53 tahun.  Mokhtar antara jurugambar pasukan Jabatan Forensik IPK Selangor berulang kali saya temui sewaktu mengendalikan program 999 lebih 10 tahun lalu.


"Berapakah usia anak sulung abang?," soal saya Mokhtar. 

"Tiga puluh satu," balasnya.

Sukar saya mencongak, dalam tempoh puluhan tahun kerjaya membantu pasukan Forensik di seluruh Selangor, berapakah jumlah  bilangan mayat ngeri telah dirakamkannya.

"Dahulu cuma ada satu pasukan sahaja, sekarang ada tiga," jelas Mokhtar dalam pertemuan singkat itu.

Mayat bayi ditemui itu berbalut lampin.


Mayat bayi perempuan itu kemudian dirakam dan diperiksa secara lebih terliti.


Melalui pengamatan saya, terdapat tompokan darah di muka mayat. Bahagian pusat dilapik menggunakan kapas barangkali dibekalkan oleh klinik atau hospital.  Cecair kuning, anti septik, povidone iodine,  bertujuan mengelakkan jangkitan kuman ke atas luka turut  digunakan.


Selain muka mayat kelihatan berkedut, mungkin akibat kesejukan, buih juga didapati keluar dari hidung.


Hemat saya, terdapat kebarangkalian bayi itu dicampakkan ke bawah dari lokasi tepi jejantas di bahagian kanan gambar di bawah.

Polis masih menyiasat sebab kematian.


Kepada mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini, sila salurkan kepada pihak polis di balai berhampiran.


Terima kasih kepada Wan Sinar Harian kerana sudi berkongsi cerita.

14 ulasan:

  1. bodoh dan bodoh la sapa yang buat ni..eii...bodoh2...

    BalasPadam
  2. ya allah..mengalir air mata..kejamnye mnusia yg perlakukan baby ni mcm ni...

    BalasPadam
  3. YA Allah..kua air mata tgok pic bby tu.

    BalasPadam
  4. syurga menantimu wahai anak malang...
    nasibmu beribukan/bapakan manusia berhati syaitan...

    BalasPadam
  5. Ya allah... Knp lah buang bayi yg tak bersalah tu. Orang yang tak ada anak berusaha utk dapatkan anak. Tapi orang yang mudah utk dapat anak senang2 je buang bayi. Kecewa dgn sikap segelintir manusia. Semoga Allah membuka pintu hati mereka.

    BalasPadam
  6. Rasa nak bunuh sapa yg duk buang vaby tu...grrrrr..!!!!
    Xde otak..!!!

    BalasPadam
  7. Ya Allah.. Bagilah bby tu pd sy.. Sedihnya tgok keadaan dia..

    BalasPadam
  8. Ya Allah.. Sedihnya tgok bby tu. Bagilah pd sy bby tu..

    BalasPadam
  9. gagal menghalang air mata dari bergenang..

    BalasPadam
  10. Astagafirullahalazim... Bergenang air mata bila tatap gamba bby malang tu. At least baby tu kini kembali ke syurga tempat asalnya sebelum dia dilahirkan ke dunia yg serba kejam dan tak adil baginya ini.

    BalasPadam
  11. tak sanggup tgk pic bb tu. sedih sgt.kalo tak nak bb tu tinggal kat hospital or bg kat org.mesti org nak.bagi kat saya, saya tak tolak.

    BalasPadam
  12. mengalir air mata sy baca kisah ni. manusia dah xde timbang rase. bayi yang xberdosa jd mangsa.

    BalasPadam
  13. Subhallah ya robb kenapa lah ada orng yg kejam begini,saya yg nak sngat dpt baby tp blum di beri rezeki oleh Nya, ya Allah kau ampuni lah dosa orng2 yg sudah hilang sifat perikemanusiaan nya ini.:'(

    BalasPadam
  14. rasa nak teriak depan komputer ni tgk gmbr ni. bersih je muka baby tu tanda tak ada dosa... tempat mu di sana nak...

    orang yang buang baby ni hukuman dia kasi je. biar seumur hidup dia xdpt anak. jantan tu di kasi. betina di bagi ubat mandul trus.

    kasihan... bukan salah dia , bukan pinta dia nak lahir di dunia ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.