Cuaca di Chennei, India lebih panas berbanding di Malaysia tatkala ini. Justeru, baju dipakai terlalu mudah basah akibat berpeluh.
Saya tiba di sini semalam untuk melaksanakan tugasan untuk Majalah 3.
Dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chennei ke Hotel Residency Tower, saya berpeluang merakamkan beberapa gambar pegun menarik untuk dikongsikan bersama pembaca.
Tidak dapat dibayangkan betapa kebalnya tapak kaki penunggang motosikal di bawah. Barangkali sama kebalnya jika dibandingkan dengan kekebalan maklumat masih tidak didedahkan berhubung transaksi pembelian senyap Kompleks Muhibbah di Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Klik di sini.
Di atas, gambar blok A, Kompleks Muhibbah bakal dirobohkan dalam jangka waktu terdekat untuk memberikan lalu kepada pembinaan MRT.
Saya masih sabar menunggu akhar 'telus dan tulus', Sinar Harian membongkar kes itu agar fakta diketahui oleh masyarakat setempat sebelum mereka mengundi pada 5 Mei akan datang.
"Perjalanan dua kilometer di sini lebih kurang sama waktu seperti dua puluh kilometer kerana jalan lazimnya sesak siang dan malam," ujar Uswath Khan.
Uswath, 32 tahun, pengarah Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd, syarikat pemilik Restoran Pelita Nasi Kandar di Chennei dan 27 cawangan lagi di negara kita.
Tatkala di restoran terbabit, saya bertemu dengan Konsul Jeneral Malaysia di Chennei, Puan Citra Dewi bersama beberapa kakitangan beliau.
Selain beliau, saya juga bertemu ramai lagi rakyat Malaysia menjamu selera di restoran sama.
Jurukamera, Rohaizat Roslan dan juruteknik, Siva G, membantu saya melaksanakan tugasan selama 5 hari di selatan India ini.
Jika perang poster sedang berlangsung di Malaysia pada ketika ini, Chennei juga tidak ketinggalan, biarpun tiada pilihanraya.
Tq for uploading our pics (yg 3 org tu)heheheh..wish you all the best and happy working in Chennai!
BalasPadamBagilah Peluang....Baru boleh buat JASA....Ni Tak Bagi Peluang Langsung.....Macammana
BalasPadamINI KALI LAH.....
BalasPadamalamak,nama konsulat jenderal tu sama ngan nama sayalah,cuma takde Dayang..hahaha..
BalasPadamhttp://offer-hebat.blogspot.com/2013/04/pabila-rais-nak-bersara-pru-dah-dekat.html
BalasPadamhttp://offer-hebat.blogspot.com/2013/04/pabila-rais-nak-bersara-pru-dah-dekat.html
BalasPadamBelum pgg title PM dah ada hubungan ngan yahudi dan sekutunya...nanti kalau dh jadi PM (nauzubillah) malaysia kena gadai..islam kena gadai...lgbt halal...pikir sendiri lah
BalasPadampilihan raya kali ini bukannya tentang anuar seorang.. Tetapi ianya tentang apa yang akan dilakukan oleh kedua-dua pihak sama ada dari kerajaan atau pembangkang. Melihat daripada tindakan kerajaan sekarang, hati yang bertaut sebelum ini sudah dihurai dengan tindak tanduk dan cara orang-orang kerajaan berkempen. Dengan media massa yang berat sebelah.. Dimanakah erti demokrasi?
BalasPadamSemua orang muda tahu kebenaran melalui ceramah, facebook, blog , youtube dan sebagainya. Orang muda sekarang adalah bakal pemimpin masa hadapan. Jadi fikir-fikirkan lah cara yang betul untuk berkempen