Ahad, April 28, 2013

MENGAPAKAH DR MOHD NASIR HASHIM TIDAK LAYAK DIPILIH MENJADI WAKIL RAKYAT DI DUN N39 KOTA DAMANSARA UNTUK PENGGAL KEDUA? ( UPDATED)

Hampir setahun pelakon dan pelawak,  Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi,  meninggalkan kita semua. Buat beberapa saat,  marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

Bob menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.38 petang, 3 Mei 2012.


Lama arwah terlantar di atas katil rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dia hanya ditemani isteri dan kekadang beberapa rakan baik saya.


Waktu itu saya bertanya kepada diri sendiri, tidakkah ADUN  Pakatan Rakyat, Dr. Mohd Nasir Hashim terbuka hati untuk hadir menjenguk Bob? Bukan kerana Bob artis tetapi kerana kisah duka rakan saya itu telah diketahui umum. Kesengsaraan ditempuh oleh Bob tersebar di seluruh negara. Dia antaranya diziarahi oleh presiden SENIMAN, Zed Zaidi dan presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Malangnya sehingga Bob meninggal dunia, batang hidung Dr. Mohd Nasir langsung tidak kelihatan di Seksyen 11. Sedangkan Datuk Seri Hadi,  biarpun mempunyai jadual ketat, masih sudi menjenguk Bob di rumahnya.


Untuk pengetahuan semua, sewaktu Bob kembali kerahmatullah,  dia mempunyai cukup wang untuk menjalani rawatan,  biarpun  pada awalnya dihantui kesempitan dana, klik di sini.  Sebaik kisah deritanya dipaparkan di blog ini,  wang didepositkan ke akaun Maybanknya  mencurah-curah, disumbangkan oleh ribuan  insan prihatin dari seluruh pelusuk Malaysia. 

Justeru, Dr Mohd Nasir tidak perlu berasa gentar untuk datang melawat kerana bukan wang ringgit ditagih oleh Bob. Cukuplah sebagai wakil rakyat dia sudi datang menunjukkan muka walaupun dalam tempoh singkat. Jarak di antara pejabat Parti Sosialis Malaysia, PSM dan rumah Bob,  kurang 3 kilometer.

Dr Mohd Nasir sebenarnya tidak mengambil pusing kes sebegitu. 

Petang tadi, sewaktu pulang ke rumah,  saya terlihat gumpulan kertas diselitkan di pintu rumah.


Rupanya risalah kempen  dihantar  oleh wakil   Dr. Mohd Nasir ...


Begitulah antara kaedah berkempen   dilaksanakan oleh  calon PKR itu menjelang Pilihan Raya Umum, PRU  ke 13 ini.  Dia hanya berani menghantar risalah kepada penduduk di Seksyen 11.  Maka usah berasa hairan andai ramai pengundi tidak mengenali apatah lagi bertemu  bekas wakil rakyat terbabit.

Selama kira-kira 4 tahun menjadi Wakil Rakyat, Dr. Mohd Nasir juga TIDAK pernah barang sekalipun menjenguk penduduk Apartmen Salvia,  menempatkan ratusan pengundi.

Barangkali dia lebih gemar duduk di pejabat sambil menggenggam tangan kiri. Jika penyokongnya mendakwa, tidak penting untuk Dr. Mohd Nasir bertemu orang ramai,  maka pengundi tidak perlu  memangkah  dia pada PRU ke 13 ini.

Seperkara lagi, tolong jangan sewenang-wenangnya menyelitkan SAMPAH di pintu rumah saya.


Biarpun PAS menarik calonnya untuk bertanding di DUN Kota Damansara melawan Dr. Mohd Nasir, kenyataan Datuk Seri Hadi melabelkan PSM berideologi komunis tetap terpahat  di minda kita semua. Oleh itu, semua ahli PAS tidak seharusnya mengundi Dr. Mohd Nasir jika mereka mempercayai kenyataan diungkapkan oleh presiden PAS itu.  

[ Klik di sini untuk melihat PRODUK istimewa berguna untuk semua pembaca,  bakal berada di pasaran Malaysia pada Jun 2013  ] 

Sehingga kini, dia juga gagal memberikan penjelasan berhubung 5 soalan cepu emas saya kemukakan sebelum ini berhubung transaksi penjualan Kompleks Muhibbah atau Uptown D' Kota.

Klik di sini. 

Hemat saya, terlalu  malang sekiranya Dr. Mohd Nasir diundi sebagai Wakil Rakyat buat penggal kedua.

Penduduk Kota Damansara memerlukan pemimpin berjiwa rakyat bukan pemimpin hanya muncul untuk dirakamkan gambar. Calon PAS, Ridzuan Ismail,  sebelum ini diarah memberikan  laluan  kepada Dr. Mohd Nasir oleh Datuk Seri Hadi,  terus berkempen, sekaligus menentang  Dr. Mohd Nasir.

Menarik.

Kepemimpinan PAS DUN  ternyata ENGGAN  Dr. Mohd Nasir mewakili mereka. 


Pengundi masih mempunyai pilihan lain, 3 calon BEBAS, calon  PAS dan calon BN, Halimaton Saadiah Bohan.

12 ulasan:

  1. Sampah BN pn ada dlm peti surat rumah sya.. Tgk muka dpn je terus kna buang..

    BalasPadam
  2. DR MOHD NASIR HASHIM bertanding dalam pilihanraya untuk dipilih sebagai ADUN

    Fungsi ADUN :

    Menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri.

    Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.

    Meluluskan perbekalan, dan memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.

    Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
    Mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.

    Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

    Tiada masalah sekiranya ADUN tidak nampak muka di kawasan sebab ADUN bukan ketua lorong , Pengerusi Taman atau Ketua Kampung.

    BalasPadam
  3. Salfhi, blog awak memang tidak ada entri?

    Macam itulah calon ADUN di tempat saya, cakap banyak, berjumpa orang kecut.

    BalasPadam
  4. ADUN dipilih oleh RAKYAT. Rakyat itu orang. Jika tidak sudi bertemu orang, tidak perlu menawarkan diri untuk mewakili RAKYAT.

    Isu Uptown D' Kota, tidak dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  5. http://www.sinarharian.com.my/arkib/pembinaan-landasan-jejas-peniaga-uptown-kota-damansara-1.154799

    Bekas wakil rakyat Kota Damansara itu mendakwa tidak mengetahui hal ini walhal wakil penjaja telah menemui beliau.

    Udang mana di sebalik batu?

    Kita akan dedahkan, InsyaAllah.

    BalasPadam

  6. Macam itulah calon ADUN di tempat saya, cakap banyak, berjumpa orang kecut- aiseh, gua lupa la, lu ari tu ada jumpa x geng2 superbike yg lu kata pelesit jalanan tu? tahniah la klu x kecut.

    BalasPadam
  7. cuma nak tahu, memang telah termaktub tugas seorang ADUN melawat kawasan yang diwakilinya kah?

    dan lagi satu, apa bukti Dr Nasir tidak pernah melawat arwah Bob kuman tu?

    BalasPadam
  8. Saya setuju dengan Mazidul ... ADUN adalah wakil rakyat ... kalau tak bertemu rakyat macamana nak tahu masalah rakyat .... tak tahu masalah rakyat macamana nak menyelesaikan masalah rakyat ... ADUN yang tak menyelesaikan masalah Rakyat adalah ADUN yang tidak bertanggungjawab...

    BalasPadam
  9. Sebab Dr Nasir ni dari pihak pembangkang, maka penyokong pembangkang yg TOTOK pun menyebelahi beliau dgn memberi hujah bahawa ADUN tak turun padang berjumpa rakyat pun tiada masalah.

    Tapi kalau Dr Nasir ni dari pihak kerajaan & beliau tak turun padang berjumpa rakyat, habis seantero Malaya dicanang oleh pembangkang. Pembangkang dok sebut pilih pemimpin yg berjiwa rakyat. Dr Nasir tak berjumpa dgn penduduk dikawasan beliau. Adakah beliau seorang berjiwa rakyat?? Kadang kala, manusia terjerat dgn kata-kata sendiri.

    BalasPadam
  10. pendapat sy, x perlu ada hitam putih ADUN/wakil rakyat perlu melawat rakyat/penduduk yg diwakilinya. sekiranya dia ada sifat tanggungjawab, dia akan turun padang, akan selitkan juga aktiviti di setiap kawasan yg terletak di bawah jagaan nya, paling tidak setahun sekali. kalau dia asyik mengharapkan org2 bawahan nyer shj, hmmm.. kemungkinan akan berlaku "penipuan" atau "sabotaj" kerana dia tidak tahu keadaan sebenar rakyat di bawah jagaan nye.
    kita pun tidak ler mengharapkan sgt wakil rakyat/ADUN dtg jumpa kita selalu.. kita faham akan tanggungjwab lain yg dipikul.. tp kalau sepanjang dia menjadi ADUN/Wakil rakyat, kita pun x pernah dpt berjumpa dia sama ada di pejabatnya atau di kawasan kita.. mmg x guna dia dilantik menjadi ADUN/wakil rakyat kembali.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum;

    Relax bro Mazidul... Kebanyakan mereka yang kecoh-kecoh tak puas ati melawan-lawan ni bukan mengundi/pengundi kawasan itu puuuunnnn.. Hari Jumaat nanti semua tu hilang balik kampung. Mereka itu Umpama Baling Batu Sorok Tangan.... berani bersuara, tapi pengundi tempat lain.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.