Selasa, April 02, 2013

PERHAMBAAN REMAJA PUSAT TAHFIZ AMAL : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH (WAJIB BACA)

Ajaran SESAT Azhar Wahab telah  difatwakan haram pada 21 September  2004.












Klik di sini untuk membaca butiran lengkap pengharaman ajaran terbabit.

Siapakah AZHAR WAHAB? 

Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.



Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.


Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan 'YM Tuan Raja' dan 'Ibni' daripada nama tertera itu. 


HASILNYA? ...  SM AMIN,  atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.

Lihat antara produk dijual oleh remaja  Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini.



Pengasas Al-Mansur dan Pusat 'TAHFIZ' Amal ... 




Beginilah rupanya ... 



Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba? 


Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya.

Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor.

Klik page 'Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja', kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia.

Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA.


59 ulasan:

  1. berlarutan dan terus berlarutan.. tiada kesudahan selagi mereka2 ini tidak ditahan dan dikenakan tindakan yg sepatutnya... dipihak ibubapa dan waris pulak.. kesedaran itu penting... jgn nama jer pusat tahfiz kita terus percaya...

    BalasPadam
  2. yang bestnya tuan mazidul kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan? kelemahan penguatkuasaan menjadikan jenayah perhambaan kanak-kanak seleprti ini berleluasa.. saya pasti akan berlaku tolak menolak bidangkuasa siapa yang wajar bertindak seperti kes penipuan di mudah.my..

    BalasPadam
  3. xdo tindakan dr kerajaan negeri kodah ko?

    http://thequeenoffadli.blogspot.com/2013/04/wordless-wednesday-layan-jo.html

    BalasPadam
  4. smti...

    ahad baru ni 2 kanak-kanak lingkungan umur 10 tahun mundar mandir jual air dlm botil tu di dalam bank islam (bahagian mesin atm) parit buntar.. kedua duanya adalah perempuan.. :'(

    BalasPadam
  5. huu.. kesiannya tgk budak2 ni.. kekadang tu bukannya nak beli sgt barangan yg diorg jual tp lebih pada kesian.. sampai hati ye sampai digunakan budak tu sampai mcm ni

    BalasPadam
  6. Kasihan pada mereka yang dipergunakan. Salah ibu bapa juga sebab membenarkan perkara ini berlaku.

    Visit www.izwanyusof.net

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 nak salah kan ibu bapa pun tak boleh juga kalau ibu bapanya TV x tengok, paper x baca,internet lagi lah tak tahu menahu.. kesian..

      Padam
  7. Makhluk jenis apa yang sanggup memperguna & memperhambakan anak anak yatim yang masih kecil !

    InsyaAllah dengan usaha saudara Mazidul & kerjasama kita semua, lambat laun insyaAllah kita akan menghentikan aktiviti tidak bermoral yang memperhamba & gunakan anak anak yatim ini !

    Joms kita hancur & tumbangkan SM Amin yang memperdagangkan anak anak yatim untuk kepentingan & keuntungan perniagaan dia !

    Hebat sungguh Hang nii SM Amin sehinggalah berjaya memiliki banggunan yg dulunya adalah banggunana PERWAJA !

    Dah ler mengajar ajaran sesat...menyesatkan diri sendiri & menatrik orang ramai untuk sesat..lepas tuu memperhamba & perdagangkan anak anak yatim lak !!!

    Dosa beso tahap maksimun laaaa nii....bertaubatlah SM Amin !!!


    BalasPadam
  8. Apa laaa hang nii Izwan Yusof..

    Anak anak kecil tuu semuanya anak YATIM !

    Anak yatim piatu yang sudah tiada ibu bapa...

    Makhluk bertopeng syaitan tuu mengambil kesempatan atas nama nak bantu anak anak yatim tersebut walhal nak memperhamba & perdagangkan anak anak yatim tersebut untuk jadi sales boy/girl @kuli bataknya utk jual barangannya !

    If kementerian kesihatan check apa kandungan ubat TONIK yg dijual tuu..tak tau laa apa kandungannya...! silap silap air paip saja..jgn lak diletak ramuan air bateri cukup laaa...

    BalasPadam
  9. terima kasih abg. mazidul kerana menjadi salah satu pihak yg prihatin & berani menengahkan isu perhambaan kanak2 yg berlaku sejak sekian lama. moga abg. mazidul tidak berhenti daripada terus berjuang demi melindungi kanak2 malang ini daripada terus dipergunakan & dizalim oleh pihak2 yg x bertanggungjawap!

    BalasPadam
  10. Mazidul...wak kenal kau sangat..kau tu dah banyak burukkan org dul..di kampung pun orang dah pulau kau..pastu kau cari penyakit di KL pulak.. Dul, dul, dul.. Bertaubatlah sebelum terlambat..Kondo kau di kota damansara tu org dah ramai yg tau.. kau ni lebih sesuai dijilat dengan anwar ibrahim ja..anwar paling suka orang macam kau r..haha..

    BalasPadam
  11. Salam.. Mazidul, kau di kampung masyarakat dah pulau kau.. Sekarang kau cari nahas di KL pulak ek?? Kau bawak bertaubatlah dul..kau tu pun bukan baik sangat pun adoi..berapa ramai gadis kampung yg dah kau ragut dara diorang?? Bagitau aku?? Sekarang kau nk cover salah kau, kau cari.salah org pulak..kepala pun dah dogoi (botak)..muka kau aku tengok kecik ja..perut kau n the gang totally boroi ja aku tengok..huhu..kau kantoi di kelab dgn kena belasah dgn gangster ada kau cerita tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weh kau orang kampung dia ke Michael HughJackman? Canggih sungguh nama. Mana kutip? Haha. Dah lah, benda yang haq perlu ditegakkan! Mmg ada cerita dia yang kita boleh tolak, tapi benda ni mmg dah terang lagi bersuluh, nak cover apa lagi bro?

      Padam
    2. Agaknya si Michael Hughjackman ni jelmaan AZHAR WAHAB kot.. sungguh kejam kau perhambakan anak yatim..

      Padam
    3. Michael HughJackman?Ni salah seorang macai yang dibela oleh Azhar Wahab jugak ke?Bertaubatlah sebelum terlambat.

      Padam
    4. sedap2 baca komen...ade komen macam takde otak....orang cite lain ko cite lain

      Padam
  12. Sudah terang lagi bersuluh. Terima kasih Mazidul atas pendedahan ini. Harap-harap penguatkuasa undang-undang akan turut menyiasat perkara ini dan ambil tindakan. Kasihan budak-budak tu, dah selalu sangat saya jumpa kat highway. Harap-harap isu ini cepat selesai.

    BalasPadam
  13. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200775262134769&set=a.2159629921171.2126102.1559238144&type=1&theater&notif_t=like

    BalasPadam
  14. Benda ni dah berlarutan cukup lama.hampir sepuluh tahun.Dulu Azhar tu pakai ala ala bomoh sakti.terkenal di utara.tapi bila di wartakan haram semua premis dia ditutup. Bayangkan betapa kayanya dia boleh beli wisma begitu gah di KL tu sedang rumah anak yatim tu bagai nak runtuh...dia juga ada tanah berbidang bidang di Kedah. Persoalan nya kenapa dia tak ditangkap sedangkan terang lagi bersuluh dia ni kaki penipu dan ajaran sesat?

    Kenapa Al Arqam boleh dilumpuhkan dengan mudah tetapi tidak dengan ajaran Azhar dan tahfiz amalnya.Ternyata persahabatannya dengan orang orang besaq kerajaan menyelamatkannya.

    BalasPadam
  15. Mungkin asal niat dia untuk membantu anak yatim dan orang susah untuk jana pendapatan. Dengan berniaga barangan produk keluaran beliau. Mungkin ada komisen. Mungkinlah.

    Tapi jika dah ada bangunan 'gah' seperti gambar diatas, kan lebih logik dia sedekah utk mereka. Bantu mereka sepenuhnya.

    Ini tidak, perhambakan pula kanak-kanak ini. Menganiaya anak yatim dan berlaku zalim pada mereka yang tidak mampu, mereka yang tidak tahu apa-apa,mereka yang kurang ilmu, tunggulah balasan Allah kelak.

    BalasPadam
  16. salam MAS
    bukan ke almansur ada lagi satu pejabat kat sungai petani..? yang tu yang mana pulak? rasa sama lah tu

    ni add dia


    Pusat Rawatan Al- Mansur
    Address: Wisma Al-Mansur No. 19 Jalan Cempaka 1/1 Bandar Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman, 08000

    kesian tengok budak2 anak yatim di buat mcm kucing kurap demi duit poket diorang

    BalasPadam
  17. Salam bang,
    bukan ke ada pusat urut kaki dan bekam kat giant kota damansara.

    BalasPadam
  18. isu ini akan berterusan, sbb pihak berwajib sengaja butakan mata. Kalau betul ada tindakan, dah lama isu ni settle, dan kalo tindakan dibuat sekalipun, pihak berwajib tidak serius untuk menangani masaalah ini. Saya percaya, sm amin boleh " beli " sesiapa sahaja, termasuk pihak yang bertanggungjawab, untuk abaikan isu ini. Dengan wang yang banyak semua ini x mustahil.

    BalasPadam
  19. Pohon supaya sdr mazidul menghubungi sy di bhg penguatkuasa jais.. 0355143690 sam 2091 utk berkerjasama..

    BalasPadam
  20. Tadi,saya berbual dengan remaja perempuan dari pusat tahfiz ini yg berdiri didepan maybank subang perdana,shah alam...menurut beliau sekolah mereka belum siap jadi bersekolah sementara di sg buluh..jawapwn yg tidak logik, bila bertanya tingkatan berapa , dia tidak dspat memberi jwp yg pasti..kesian tgok dalam cuaca panas mcm tu...selepas saya keluar bank apabila selesai urusan didapati dia sudah tiada....

    BalasPadam
  21. dia ada rumah khas kt beris jaya sik...selalu buat program kt sana....susah polis nk dakwa dia pasai bukti pendakwaan byk x lengkap..kena siasat lagi...

    BalasPadam
  22. kini ADA di Kota Bharu...ramai penduduk tertipu!
    Siapa patut kita hubungi di Kelantan?

    BalasPadam
  23. En Mazidul, baru malam tadi saya bertemu dengan seorang gadis Pusat Tahfiz Amal ini di Food Court Presint 9 Putrajaya. Dengan niat baik, saya bagitau kat beliau tentang siasatan saudara Mazidul ini, tentang siapa pengasas pusat tahfiz dan sebagainya. Tapi nampaknya beliau seperti sudah dibrainwash dan tidak mahu menerima kenyataan. Beliau mendakwa umurnya sudah 22 tahun dan sudah bekerja tapi I bet umurnya baru dalam 16 tahun kalau dinilai dari luaran (lupa lak nak mintak ic). Beliau bermati-matian mempertahankan pengasas ini yang beliau katakan dari kalangan kerabat diraja Kedah. Bila saya kemukakan soalan "kalau kerabat diraja mesti dah kaya kan? dan awak sendiri tahu dia ada wisma sendiri di shah alam dan orang kaya, habis tu kenapa dok suruh budak2 dok kutip derma dan jual produk ni? Kalau betul, produk ni patut letak jer kat kedai atau farmasi. Tak perlu adik2 semua ni perlu dok menjaja dan abaikan keselamatan sendiri". Terus dia cakap "hanya Allah mengetahui" dan blah... Sayu hati ni tengok anak2 Melayu diperdagangkan sebegitu rupa dan langsung tidak tahu nak berfikir.

    BalasPadam
  24. Kelmarin (16mei2013) sy nampak seorang remaja lelaki meminta derma dr pihak pusat tahfiz amal ni...dia tahan husband sy tp laju je sy tarik blk tangan husband sy..bkn sy kedekut nk bg derma...tp sy da sedia maklum ttg hal ni...terus sy bgtau husband sy psl isu ni kt dia...so skrang dia pon da tahu...kejadian berlaku di hadapan the store teluk intan, perak...

    BalasPadam
  25. Saya baru dapat reply dari MAIK. Pusat tu beroperasi secara haram. Tak berdaftar dengan MAIK.pernah cuba utk daftarkan,tetapi ditolak oleh maik pada 2007 kerana tak mau patuhi syarat. Antaranya adalah berkenaan jualan amal

    BalasPadam
  26. assalam...saya dari jitra...untuk pengethuan berlambak bebudak mcmni kat area jitra...saya pernah bersembang dgn mereka tetapi soalan2 saya ada yg mereka jawab dlm berjaga2 seperti ada mata yg memerhati mereka dari jauh
    ..saya bersetuju dan menyokong penuh usaha bro mazidul utk membanteras gejala ini...dan saya bersedia membantu atau menjadi sukarela bersama bro mas utk mengorek dgn lebih lanjut tntg sindiket ini demi masa depan bangsa dan agama islam..

    BalasPadam
  27. DI KELANTAN JUGA BERLEUASA, MRK PERNAH BUKA PUSAT BERBEKAM DI PARKSON KB, DAN MEMUKAU DAN MENIPU SEHINGGA ORG TERPAKSA KELUARKAN RM400 KE RM500 HANYA UTK SETENGAH JAM BERBEKAM, MRK BACA AYAT2 TERTENTU UTK MEMUKAU

    BalasPadam
  28. Salam bro boleh kata tiap2 hari aku lalu wisma ni,sumpah aku ingatkan macam tokong cina
    Sbb kalau dari luar nampak lain macam sikit

    BalasPadam
  29. kdg2 sikap kita jgk salah en mazidul..mudah kasihan..so si dajal ni tau akn ada org beli krn mmg tk d nafikan org melayu trmasuk saya akan memberi krn kasihan..

    apa kata kita semua masyarakat melayu jgn beli jgn peduli..klu mau lebih lagi tangkap je bdk2 nie hantr ke balai..saya rasa lama2 si dajal ni naik takut jgk..sori dh letih tgk bdk2 nie..nak marah pn ada tgh makan pn dia datang tk bagi dia siap sindir lagi..

    BalasPadam
  30. Salam semua, apa kata kita anjur demo kat depan pusat tahfiz depa, mau jugak aku join...

    BalasPadam
  31. Salam. Saya pun dan berpuluh kali jumpa anak2 ni. Macam orang lain jugak, dulu saya bagi sedekah/ derma. Yelah, nak beli produk, tak kondifen. Karang jadi lain pulak. Tapi, typical malay ni kan berjiwa sensitif dan punya taman dalam hati. Paling kurang saya mesti bagi 2 ringgit. Terserempak budak dari Maahad yang sama kat area petronas bandar baru bangi kul 10.30 malam. Tapi budak2 tu kata depa dari cawangan pot dickson. Pulak dah. Bila sy tanya bila nak belajarnya, asik kutip derma je - depa kata belajar dari pagi smpai kul 12 tengahari. Pukul 1 ustaz akan drop diorang kat b.b bangi dan collect balik budak2 ni kul 11 malam nanti. Tu dia. 11 jam kerja kutip derma. Kita yg dewasa ni pun keja 9 jam sehari. Tu pun campur waktu rehat.

    BalasPadam
  32. Ahad lepas 7-7-2013 jam 7.30pm @ PETRONAS Kempas saya ada jumpa budak perempuan kutip derma atas alasan yang sama 'derma anak yatim'; saya tanya bukan ke Tahfiz ni dah tutup; "tak pakcik - biasalah kena fitnah"...jawab budak perempuan tu.

    Saya malas nak tanya lagi & tak bagi derma pun

    BalasPadam
  33. Caj sindikit pemerdagangan/perhambaan manusia - pihak berkuasa TAKUT kut sebab ada ABANG BESAR ketua sindikit

    BalasPadam
  34. Skrg mereka guna org dewasa pulak.. Aku lihat depa ni mcm agen sm amin. Kalo perasan sm amin dah berjaya bina satu pejabat bersaiz kilang berhampiran kpj selangor shah alam.. Kesian. Latest ni modus operandi mereka makin advance dgn pakai org dewasa.. Ada yg offer bekam la... Bagai... Yg lbh ganas.. Pushy lg suruh bg derma... Kalo tak bg siap mcm kena maki lg duk merepek... Last sy jumpa dia buat road show bekam n kutip sumbangan pd pusat tahfiz ni secara terbuka d masjid al firdaus selayang...

    BalasPadam
  35. hari ni saja 2x saya jumpa mereka ni dlm pukul 12.00tgh hari di KFC Petronas Sbrg Jaya..td pula 9.00mlm di restoren Nash Donut Perda..

    BalasPadam
  36. Ya Allah Kau Campakkanlah Taufiq Hidayah Pada Mereka Yang Dah Jauh Tersasar Dari AkidahMu.. Ya Allah Kau Tetapkanlah Hati Mereka Yang Ingin Beramal Dan Lindungilah Anak-Anak Yatim Yang Sering Menerima Kata Fitnah Dari Masyarakat Yang Sekeliling..

    BalasPadam
  37. saya sudah post mengenai perhambaan budak2 di page yang dinyatakan..bukan setakan post, saya turut menghantar private message kepada page berkenaan. namun tidak mendapat sebarang maklum balas. sekiranya tidak perasan, ingin saya tegaskan yang perhambaan remaja bawah umur sangat berleluasa di ipoh, di dekitar majlis bandaraya ipoh dan old town white coffee. saya harap, tindakan lanjut dapat dibuat. sekian terima kasih

    BalasPadam
  38. Assalam sdr. Mazidul. Daripada pemerhatian saya, anak-anak ini telah dilatih untuk berinteraksi bernada sayu agar orang ramai akan simpati dan menghulur derma atau membeli produk. Jika membeli produk sekurang-kurangnya RM10.00. Jika kita ada kurang daripada itu, setakat kita ikhlaskan derma sahajalah. Tak payah resit bagai. Di sebuah pekan di tempat saya di Pahang, saya acapkali bertemu dengan anak-anak ini berada di hadapan bank. Kadang-kadang saya ingin juga tahu sedikit maklumat dari mereka. Bila saya tanya "asyik berada kat sini berminggu-minggu, tak sekolahkah adik?". "Saya guru, bukan murid", dia menjawab. Saya tanya lagi. "Jika guru, bila masa awak mengajar, adakah menjual barang ni sebahagian daripada kerja mengajar?". Soalan saya tidak dijawab, malah terus beredar dari situ. Malas agaknya menjawab soalan saya. Kebetulan bulan berikutnya saya ada urusan di Kuala Trengganu. Sambil-sambil menyelesaikan urusan, saya ambil peluang membeli cenderamata di Pasar Payang. Saya berjumpa semula dengan 'guru' yang saya pernah soal sebelum ini.Meraka akan dihantar berpindah randah supaya orang ramai tidak cam. Nyata sudah, mereka ini sebenarnya dipergunakan oleh sindiket. Mereka langsung tidak berada di sekolah jika benar mereka 'guru' atau 'murid'. Mereka sebenarnya hamba di bumi merdeka ini. Pada saya, bukan setakat MB Kedah yang kena berbuat sesuatu, kementerian berkaitan di peringkat pusat kena bertindak. Sekian.

    BalasPadam
  39. Yg moleknya klu jatuhkan hukuman harta bendanya dirampas @ diserahkan ke baitul mal.

    BalasPadam
  40. Malam tadi seorg budak pmpn dalam lingkungan belasan tahun dari PTA mengutip derma dan menjual produk SM Amin di kawasan AEON melaka. Tlg bertindak, kesian budak tu, nampak letih sgt.

    BalasPadam
  41. Terima Kasih En. Mazidul. Mrk ni telah lama beroperasi. Sy sendiri pernah menyoal mrk Dan jawapan yg sama diberi. Ank2 ni juga ramai Di johor bahru. Sy berharap agar pihak yg bertanggung jawab mengambil tindakan yg tegas diatas penyalahgunaan ank2 sek yg disuruh mengutip sumbangan Di waktu Mlm.

    BalasPadam
  42. Terima Kasih En. Mazidul. Mrk ni telah lama beroperasi. Sy sendiri pernah menyoal mrk Dan jawapan yg sama diberi. Ank2 ni juga ramai Di johor bahru. Sy berharap agar pihak yg bertanggung jawab mengambil tindakan yg tegas diatas penyalahgunaan ank2 sek yg disuruh mengutip sumbangan Di waktu Mlm.

    BalasPadam
  43. Tak takut mati ke? Tak takut Tuhan? Masyaallah.. kalaulah benar cerita ni, kesian sungguh budak2 tu. Saya seorang ibu, tak sanggup saya tengok budak2 diperalatkan macam tu. Kids should be protected, fed and given education, NOT used!

    BalasPadam
  44. Saudara saya sendiri pernah join Al-Mansur dulu. Habis adik-beradiknya semua kena suruh jual barang. Tak pergi sekolah. Rasanya sampai sekarang, ada seorang sepupu saya yg masih dengan Al-Mansur. Di Negeri Sembilan kot. Tak pasti. Entah apa la yg disogokkan Al Mansur sampai semua taksub sgt :(

    www.usahawanborongchina.com

    BalasPadam
  45. Bingin sunggun telinga dengar die menyanyi lagu rozana..sumbang ok!

    BalasPadam
  46. Saya pernah didekati budak remaja meminta derma. Ada juga yang datang rumah. Mereka selalu cakap mereka nak minta derma untuk sekolah/masjid di kelantan/terengganu (sebagai contoh). Saya sebenarnya kurang percaya operasi minta derma macam ni, Takkan orang kelantan dah sengkek sangat sampai tak boleh menyumbang untuk masjid di negeri sendiri, kan? Saya agak syak wasangka tapi hulur la jugak derma dengan harapan apa dia cakap tu betul.
    Tapi saya nak tahu sangat. Apa saya boleh buat kalau jumpa budak2 ni lagi? Patutkah saya buat laporan? Kalau ya, nak laporkan pada siapa?

    BalasPadam
  47. Pelik.. di paka.terengganu pon mereka2 ini ada.. sering kelihatan di hadapan maybank. Pam2 minyak.. sehingga lewat malam...

    BalasPadam
  48. Tahniah bro atas pendedahan ni..pastikan pihak berkuasa hentikan perkara ini hingga ke akar umbi dan anak2 yatim yang dipergunakan dijaga kebajikannya.

    BalasPadam
  49. manusia macam ni patut dicantas dari awal patutnya.. hehe

    mohon tuan tanah pautkan link blog saya yer.. http://tenteramaya.blogspot.com/

    BalasPadam
  50. Kerajaan Malaysia, tolong buat tindakan sebelum ada otrang report kepada wartawan luar negara especially CNN.

    BalasPadam
  51. Salam Bro Mazidul.. saya kenal sgt siapa AZHAR WAHAB ni.. pernah ada pertalian keluarga walaupun tidak lah rapat sgt.. mula2 saya kagum sbb beliau adalah orang MELAYU yg suka beramal walaupun kaya raya tp bila terbelang sebnr dah terbongkar br lah sy tahu dr mana datangnya kekayaan serta kemewahan AZHAR WAHAB ni.. pernah dulu saya ke rumahnya di BUKIT JAMBUL, PENANG masa rumah terbuka AIDILFITRI tahun saya x ingat mmg beribu org datang sbb dia bersedekah bg duit raya.. masa tu saya masih higusan x tau apa-apa tentang AZHAR WAHAB ni.. bila dah tahu apa lg menyumpah saya satu keluarga.. sejak belasan tahun sampai lah usia saya dh cecah 30 thn masih dok menipu org je la kerjanya.. kerah keringat dan tenaga anak2 yatim untuk kekayaan dan kesenangan hidup.. sejak AL MANSUR HOLING difatwakan sebagai ajaran sesat yang terperong dari akidah dan syariat ISLAM maka beliau guna lak nama SM AMIN dan atas nama PUSAT TAHFIZ ni sbb nak kaburi mata masyarakat yg dah kena tipu sblm ni.. yg pelik pihak berwajib x ambil apa2 tindakan lgsg.. ntah2 dah dipejamkan mata dipekakkan telinga dengan duit ringgit dari AZHAR WAHAB ni.. WALLAHUALAM.. moga ALLAH S.W.T. bagi pembalasan samada didunia ataupun akhirat kelak.. AMIN..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.