Kira-kira jam 2.30 petang tadi, saya melakukan tinjauan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sambil merakamkan warna-warni bendera dan poster pelbagai parti.
Di Seksyen 6, lebih banyak gambar saya rakamkan termasuk bilik gerakan BN, PKR dan PAS.
Gambar Bilik Gerakan BN, calon Parlimen Subang P107, Prakash Rao kemudian saya rakamkan dari jarak kurang 10 meter.
Tiba-tiba saya terlihat kelibat lelaki India menyeberangi jalan dan menghampiri saya. Gambar suasana sekeliling terus saya rekodkan.
"Apa fasal angkat gambar sini?," soalnya.
"Apa fasal tidak boleh mengambil gambar? Awak siapa?," tanya saya kembali.
"Saya sini jaga," balasnya.
Berikutan jarak dia berdiri terlalu dekat, bau alkohol kuat menusuk ke hidung saya.
"Awak tunjukkan undang-undang melarang saya merakamkan gambar. Kemudian datang balik jumpa saya"
Itu kenyataan terakhir saya ungkapkan sebelum dia beredar.
"Sorry bang," teriak lelaki India berdiri di dalam bilik gerakan calon Parlimen BN itu.
Saya senyum.
Sewaktu bersembang dengan beberapa pemuda di BIlik Gerakan Utama PKR Seksyen 6, terletak bersebelahan Bilik Gerakan BN itu, datang seorang lelaki India berusia dan duduk di kerusi.
"Dia mabuklah," katanya.
"Kalau mabuk, jangan bagi dia berada di sekitar Bilik Gerakan BN. Setakat ini tiada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan orang awam merekodkan gambar bilik gerakan calon parti bertanding. Kalau dia mabuk, jangan bagi dia berurusan dengan orang ramai, suruh dia duduk di rumah, tidur," kata saya.
Lain kali dia perlu memiliki alat ini, muatkan ais dan tuam kepala jika berada di bawah pengaruh alkohol.
Kalau lelaki mabuk itu berpeluang melakukan tinjauan berhampiran Bilik Gerakan seorang lagi calon DUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, pastinya kepala dia lebih berpusing dan mata berpinar.
Walhal dia bertanding menggunakan tiket PKR.
Hakikatnya dia terpaksa mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, biarpun pada awalnya Dr Mohd Nasir bertahan mahu menggunakan logo PSM. Krediilitinya kini dipercayai tercalar akibat gagal mempertahankan logo parti dipimpinnya.
Lebih malang lagi, presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang melabelkan PSM sebagai parti mengikut ideologi komunis. Berikutan itu PSM telah meminta Datuk Seri Hadi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.
Oleh kerana insiden itu, ahli PAS di Kota Damansara pasti tidak akan memberikan undi mereka kepada Dr. Mohd Nasir.
Calon bidan terjun PAS, Ridzuan Ismail, kini bertanding melawan Dr. Mohd Nasir dan 4 calon lain.
Kebanyakkan penduduk Kota Damansara saya temui berkata, mereka hanya mengenali Dr Mohd Nasir kerana dia pernah menjadi wakil rakyat selama sepenggal. Namun prestasinya sebabai pemimpin tidak memberangsangkan.
Ridzuan pula bukan individu dikenali di Kota Damansara, diberikan peluang mewakili PAS hanya kerana parti itu tidak berpuas hati dengan PSM.
3 calon BEBAS bertanding dipercayai bakal meraih undi tetapi dalam bilangan kecil.
Calon BN, Halimaton Saadiah, Ketua Wanita UMNO Subang dan amat dikenali di kalangan wanita. Kini Halimaton sibuk bertemu orang ramai di pelbagai lokasi.
Di Seksyen 11, saya belum lagi melihat kelibat Dr Mohd Nasir, Ridzuan, Halimaton dan 3 calon BEBAS bakal mengetahui nasib mereka pada 5 Mei akan datang.
Molek benar kalau selepas dilantik menjadi Wakil Rakyat kelak, Yang Berhormat kerap meninjau kawasan DUN mereka, bertemu orang ramai, sama seperti sebelum dilantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.