Dia berlegar-legar di stesyen minyak Shell, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Hampir setiap pelanggan mengisi minyak didekatinya sambil menawarkan bungkusan keropok dijual dengan harga RM15 sebungkus.
"Dari mana?," soal saya.
"Pattani, Thailand," balasnya.
Setiap hari, dia dihantar ke lokasi itu pada jam 9 pagi dan dijemput untuk pulang pada jam 8 malam.
"Ustaz Zaidi, dia tinggal di Sungai Buloh (Selangor) membawa kami berlima ke lokasi untuk menjual keropok. Selepas Maghrib, dia datang untuk ambil saya dan kawan lain di tempat berbeza," jelas lelaki berusia 23 tahun itu.
"Berapa kali masuk ke Malaysia sebelum ini?"
Soalan itu saya ajukan.
"Tidak terkira, terlalu banyak," katanya.
"Awak masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong, kan?," tanya saya lagi.
"Ya," balasnya.
"Kalau menggunakan visa pelancong, Jabatan Imigresen tidak membenarkan awak bekerja di negara ini. Awak tahu, kan?," soal saya.
Dia menganggukkan kepala.
"Mencari rezeki bang," balasnya.
"Matlamat tidak menghalalkan cara sebab Malaysia juga ada undang-undang. Kalau rakyat Malaysia pergi ke Thailand, tidak sewenang-wenangnya mereka dibenarkan berniaga. Tersilap langkah, kepala berlubang kena tembak," ujar saya.
Katanya, dia dibekalkan 10 kilogram keropok sehari untuk dijual.
Biasanya keropok bersaiz seperti di atas, dijual dengan harga RM10 sahaja, bukan RM15. Merela tahu, imej penjual berkopiah mampu meraih simpati pelanggan stesyen minyak untuk membeli barang dipasarkan.
"Awak tidak menghormati undang-undang di negara saya. Tolong hilangkan diri dalam tempoh lima minit," pinta saya.
Dia kemudian beredar.
Kadang2 kesian jugak tgk org cm nie..tp tak tau nak ckp cm mn..tak tolong salah..tolong pun salah...
BalasPadamTolong kerana Allah sudah..kdg2 undang2 Allah pun org langgar..
BalasPadamTolong kerana Allah sudah...
BalasPadampihak berkuasa x amek tindakan ke?
BalasPadamAssalamualaikum Sdr. Mazidul & semua pembaca blog mazidul
BalasPadamkes macam nie terlalu banyak kita dapat saksikan, sebab saya bekerja banyak dengan travelling, kebanyakan penjual ini bersikap agak mendesak untuk menjual barangan (keropok) dengan alasan cari belanja anak2 belajar agama sek pondok...
kadang kala tu sampai 5 ~ 6 orang sekali gus di kawasan yang sama...
terlalu dekat dengan Kuala Lumpur .. stesyen minyak di Lebuhraya PLUS, Serdang berhampiran dengan MILLION yang ada Subway tuh...
kadangkala mereka ini kasar juga dalam aktiviti jualan mereka.. jika dia jual RM15 pastikan bagi mereka RM15 tepat2.. kalau bagi RM20 dia akan cakap lebih tu sedekah lah... erm... dah ckp mcm tu nak buat macam mana.. sedekah....
cuba Sdr. Mazidul cover story nie .. terutamanya hari Sabtu dan Ahad...
SMTI."tolong hilangkan diri dalam tempoh 5 minit..."
BalasPadammesti abang tu tgh pikir mcm mana dia nak hilangkan diri dia dlm masa 5 minit. sambil hisap rokok sambil fikir.
brapa untung dia dapat?atau org tgh yg bernama ustaz itu kaut untung lbih atas jualan dia?
BalasPadamdekat stesen mintak petronas jalan kerja ayer lama selalu ada. nak pump angin tayar pun jadi malas sebab terganggu
BalasPadamMereka ni menggunakan agama untuk mengambil kesempatan. Sepatutnya kita cari siapa "kepalanya"
BalasPadamMereka ni menggunakan agama untuk mengambil kesempatan. Sepatutnya kita cari siapa "kepalanya"
BalasPadamkesiannya :(
BalasPadammmg kesian wpun geram dgn org yg suka ambil kesempatan atas sikap murah hati rakyat malaysia
memanglah kesian dgn diorang ni... hanya mereka sendiri yg tahu apa yg ditanggung..undang2 melarang, undang2 yg hanya di dunia, manusia yg cipta. tapi dunia ni semua milik Allah. Tiada batasan kawasan pun yg Allah tetapkan untuk kita mencari sesuap nasi... renung2kan~
BalasPadamSalam...belasnya tengok...mereka hidup susah di sebelah sana...lelaki dan perempuan...hanya bagi sedekah RM5...kat Bangi ni ramai...terlalu ramai...pusat perdagangan dan pusat minta sedekah bertaraf international...macam2 bangsa dari pelbagai negara...Ya Allah...tolong...
BalasPadamdia org memburukan imej malaysia di mata pelancong asing.kalau sy pun g sjung dan tengok org jual kopok ni mesti sy ingat org kita sb rupa dia org mcm org malaysia.sama juga dgn peminta sedekah,peminta derma,penjual kaki lima yg bukan org malaysia tp sbgai pelancong mana dia org tau..
BalasPadammesti 'ustaz' tu beli keropk harga borong....pastu dia suh org len jual...dah tentu dia yg untung banyak...maybe mamat ni dapatla..4 hinggit ke satu kepok...erkk....
BalasPadamAslmkm en mazidul,saya ada 1 kejadian sama cuma berlainan niaga yg diniagakan.masih lagi terdapat individu(berbangsa sabah berdasarkan loghatnya) yang menjual gadjet murah seperti Samsung galaxy dari China di kawasan stesyen minyak RnR lebuhraya kesas berhampiran tol Awan Besar dari shah alam menuju sungai besi.
BalasPadamdi area shah alam seksyen 10, 9 ni ramai org pattani kutip derma dan jual keropok. asal duduk je kat restoran mesti mereka datang. stesyen minyak shell tu pun yg kutip derma sekolah pondok pun ramai, ada je mereka. sampai terfikir betul ke nak buat sekolah pondok. Please siasat.
BalasPadamkerajaan ptt ketatkn kemasukan warga asing. kalau di thailand kepala org kita kene tembak
BalasPadamWanita Tinggi/Rasaksa Di Seluruh Dunia
WOW Awek Dari Gemuk Ke Kurus
KimJongUn Mangsa Photoshop