Selasa, April 09, 2013

BERKENALAN DENGAN PENAMPAL IKLAN HARAM WARGA ASING


Menurut penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ saya temui sebelum ini, penampal iklan haram boleh didenda RM1,000 jika ditangkap.

Klik di sini untuk melihat contoh iklan ditampal, digantung atau diikat secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Biarpun MBPJ telah diminta untuk menurunkan ratusan iklan haram itu, tiada tindakan dilaksanakan setakat ini.

Akhirnya orang awam berusaha menanggalkan iklan terbabit kerana menyakitkan mata.


Klik di sini.

Petang tadi, saya terlihat kelibat lelaki ini sedang mengikat iklan haram berhampiran tempat tinggal.


Lalu saya memanggil dia untuk berkenalan.

"Awak dari negara  mana?," soal saya.

"Bangladesh," balasnya.

"Ini kawasan tempat tinggal saya. Awak gantung iklan suka hati, sana sini. Pergi tanggalkan balik," pinta saya.

Dia menzahirkan permintaan itu.


"Masuk ke Malaysia dahulu, awak menggunakan permit sektor apa?," tanya saya lagi.

"Ladang, agriculture, tetapi gaji tidak cukup," ujarnya.


Inilah Malaysia ...

Biarpun warga asing itu ternyata melanggar syarat permit mengikut Akta Imigresen 1959/63, dia masih mampu tersenyum.

... bebas bergerak ke mana sahaja, meraih upah melakukan kerja menyalahi undang-undang. 

Kepada pembaca blog ini, jika berhasrat mengiklankan produk perniagaan, sila emel saya di mazidulakmal@yahoo.com. Saya bersedia menulis entri khas untuk produk ingin dipasarkan tanpa pembaca perlu memanjat dan mengikat iklan di tiang.

Kadar bayaran iklan? Kira-kira RM5.50 sahaja sehari untuk tempoh 6 bulan ATAU RM4.40 sehari untuk setahun.


9 ulasan:

  1. SMTI-Pemerintah/kerajaan Negeri Selangor yang benarkan, apa nak dikata. Siapa kita?

    BalasPadam
  2. Ini kat mana pun sama, bukan ikut kerajaan bulan ke, kerajaan roket ke, kerajaan mata lebam ke, mahupun dacing. ini sebab ada orang kat PBT dah kenyangssss disogok dek sesape yg nk iklankan. Si BANGLA tu lak sebab IMIGRESEN malas nak bekerja..pergi buat enforcement kurang masyuk..bangun la wahai IMIGRESEN. tu baru kes bangla. belum kira mat saleh, korea, jepun, german yang masuk dan bekerja dgn visa pelancong..

    BalasPadam
  3. ramai pendatang masuk Msia guna sektor perladangan tapi banyak buat kerja haram lain. yang daftarkan mereka ni dan kemudian dibayar tauke cina adalah orang melayu sendiri.Ini kes yang saya pernah jumpalah. Sakit hati sangat sebab sekali daftar berpuluh2 org tapi entah ladang apa pun tak tau.

    BalasPadam
  4. Kita harus salahkan Kerajaan pusat, jangan asyik dengan Satu Malaysia ke sana kemari, angkat jari telunjuk, lap mulut, cakap banyak, cakap besar, cakap tinggi diri, semua boleh buat, tapi penguatkuasaan tiada. PM ini perosak bangsa, negara dan Bahasa Melayu, Transformasi, edukasi, Budget, dedikasi semua ada perkataan Melayu, tetapi PM yang ini tidak hormatkan Bahasa sendiri. Beliau angkuh dan cuma memartabatkan Bahasa Inggris sahaja.

    BalasPadam
  5. Gemok oh botak,

    Awatlah tuhan jadikan dikau insan degil?

    Patut share maklumat malindo tajaan free di blog mu...

    anyway, kadi kluang pulak luluskan komen! ;)

    BalasPadam
  6. Aku dah lemas terpaksa hidup mcm org asing kt negara sendiri...bas/monorail/lrt/komuter/dimana2...brp ramaikah mereka ini sebenarnya?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.