Isnin, Julai 22, 2013

PROMOSI (IKLAN) PERCUMA DI BLOG BERSAMA MAZIDUL DISAKSIKAN LEBIH 70,000 ORANG DI ALAM MAYA

Barangkali ramai antara pembaca blog ini sedang mencari ruang mengiklankan produk di alam maya namun harga ditawarkan oleh pihak pengiklan TERLALU mahal.

Saya terfikir kaedah pengiklanan menjurus ke arah suasana menang-menang. Tiada pihak menanggung kerugian.

Ingin tahu?

Teruskan membaca.

Saya bakal menganjurkan (klik) Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM, pada 17 Ogos akan datang di Kelab Golf Seri Selangor,  Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Bilangan peserta mendaftar semakin BERTAMBAH. Alhamdulillah kerana ramai sudi membuka ruang pemikiran mereka untuk menambah ilmu dalam bidang komunikasi LEBIH berkesan. Kita semua tahu, ilmu tidak datang bergolek, harus dicari serta dituntut.

Janji saya,  bilangan peserta TIDAK melebihi 25 orang, agar saya berupaya memberikan tumpuan 100%  terhadap semua peserta di sepanjang bengkel sehari bakal dizahirkan kelak.

Saya ingin semua peserta berasa ceria tatkala menuntut ilmu di Bengkel YBBM. Ilmu mudah dicerna jika jiwa peserta gembira. Pada masa saya, jika anda pemilik syarikat mengeluarkan produk  ISTIMEWA, saya juga ingin melihat anda semua tersenyum.

Kaedahnya mudah.

Hadiahkan satu barang keluaran syarikat anda kepada setiap peserta Bengkel  YBBM. Mereka semua pastikan akan berasa gembira menjadi pengguna produk berkualiti anda. Untuk membalas sumbangan itu sekaligus menciptakan a win win situation, saya akan mengiklankan nama syarikat anda, nombor untuk dihubungi dan satu (1)  barang  ingin dipromosikan.



Selain daripada iklan di blog, saya juga akan memaparkan informasi mengenai syarikat anda dan produk di 4 akaun Facebook saya.

4,320 friends (Klik di sini)


4,999 friends  (Klik di sini)


Followed by 4,736 friends


Page saya, 9,812 fans (Klik di sini)


Page Penyingkap Fakta, 16,015 fans.


Ertinya, informasi mengenai syarikat anda akan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 39,882 individu di alam maya. Manakala blog ini dikunjungi di antara 800,000 dan 1,000,000 pengunjung sebulan. In Sha Allah, pengiklan juga bakal berasa gembira. 

Apapun, saya hanya mampu membuka peluang ini kepada 5 syarikat terpilih SAHAJA. Bimbang, peserta Bengkel YBBM terpaksa memakir kenderaan di muka pintu bilik bengkel andai sumbangan terlalu banyak :) untuk dibawa pulang.

Jika berminat untuk LEBIH memperkenalkan produk anda, sila Whatsapp saya di talian 019 390 2899 atau bercakap terus dengan pembantu saya, Mohd Farid Hamzah 017 605 2290.


2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.