Sabtu, Julai 20, 2013

TREND TERKINI : DIPIMPIN DEK WANITA INDONESIA


Ramadhan ini sebilangan pengemis melaksanakan pendekatan berbeza. Mereka tidak lagi duduk sambil menampung tangan atau cawan.

Di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, berkebetulan saya terlihat lelaki dan wanita di bawah bergerak meminta sedekah dari gerai ke gerai. Seperti biasa, masyarakat Malaysia, pemurah. Mereka bukan sahaja diberikan wang tunai malah makanan dijual disedekahkan.

Alhamdulillah, membantu insan serba kekurangan, pastinya diberikan ganjaran oleh Allah.


Meneliti perwatakannya, saya yakin lelaki berkemeja biru itu berketurunan Melayu tetapi tidak wanita memimpinnya. Enggan membuat tanggapan awal,  saya mendekati mereka untuk mendapatkan informasi lebih tepat.    

"Puan ini orang mana?," soal saya.

"Indonesia," balasnya kaget.

"Kerja apa di Malaysia?," tanya saya lagi.

"Kerja kontrak," balasnya selamba.

"Wanita ini isteri encik ke?," soal saya kepada lelaki buta itu.  

Dia mendiamkan diri.

"Saya jiran dia, bukan isteri dia," celah wanita Indonesia itu berang.

Mereka garang biarpun saya hanya sekadar bertanya.


Saya difahamkan oleh gadis,  kenalan lelaki itu, mereka tinggal di Keramat, Kuala Lumpur dan menaiki teksi datang ke Kota Damansara untuk mengemis.

"Saya terkejut, bagaimana dia (lelaki itu) boleh datang sampai ke sini, jauh sangat," komen gadis saya temui.


Hemat saya, LEBIH  baik jika sanak-saudara atau rakan lelaki menemani lelaki cacat penglihatan itu,  BUKAN wanita Indonesia,  tiada hubungan darah di antara kedua mereka.


Nampaknya sudah menjadi trend terkini, warga Malaysia cacat penglihatan dipimpin ke hulu ke hilir oleh warga asing, mengambil kesempatan, menangguk di air keruh. Hasil kutipan, lazimnya dibahagikan dua, sama rata.


1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.