Alhamdulillah, isu BILIK PERSALINAN dijadikan ruang makan sementara di SRK Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor selesai.
Isu tercetus hasil maklumat kurang tepat dipaparkan di laman sosial Guneswari Kelly.
Guneswari tidak sepatutnya mengaitkan soal BANGSA dan AGAMA tatkala mengutarakan ketidakpuasan hatinya sebagai ibu kepada pelajar di SRK Seri Pristana
Api kemudian disiram minyak oleh blogger amenoworld, klik di sini.
Memang hot tajuk dipilih oleh amenoworld sehingga menarik perhatian ramai. Berikutan paparan 'hebat' itu, timbul catatan negatif seperti di bawah di ruang komen entri dinukilkan oleh amenoworld.
Catatan di bawah ini hanya satu daripada contoh komen menyentuh sensitiviti agama.
Benar kata Lyet, tiada agama menggalakkan penganut menindas orang lain. Kejadian di SRK Seri Pristana itu tidak membabitkan isu agama.
Lynet Edna Philip, sila klik di sini untuk memperbetulkan kenyataan dipaparkan.
Non-muslim (students) TIDAK dipaksa makan di dalam tandas. Kenyataan itu tidak benar kerana tiada tandas di dalam ruang hangat diperkatakan itu.
Justeru sila klik di sini untuk penjelasan isu sebenar.
Sebaik membaca mengenai dakwaan ditulis oleh blogger terbabit, saya menghubungi Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk mendapatkan penjelasan. Alhamdulillah, berbekalkan maklumat tepat, saya memperbetulkan kenyataan amenoworld.
Klik di sini.
Dalam entri itu saya TIDAK mengatakan bahawa ruang makan itu eksklusif bak coffe house di hotel 5 bintang. Namun saya yakin, selepas membaca maklumat dikongsikan, majoriti pembaca blog ini tahu, ruang digunakan pelajar semua BANGSA sejak Mac 2013 itu BUKAN bilik air atau tandas tetapi bilik persalinan dinaikaraf, bersih.
Setelah menyedari beberapa kenyataan dipaparkan di blognya disanggah, amenoworld bertindak menulis pula entri di bawah.
Terima kasih kepada semua sudi menyebarkan link entri blog saya di laman sosial.
Klik di sini.
Ops! Nama arwah ayah saya, SIDIK bukan SIDEK. Terdapat perbezaan ejaan di antara 'I' dan 'E'. Ah! Ketepikan sahaja kerana amenoworld juga gagal membezakan di antara TANDAS dan BILIK PERSALINAN.
Pristana bukan PRISTINA.
Setelah Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan melawat sekolah terbabit tengahari tadi, klik di sini, tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap kakitangan sekolah itu. Semua pelajar bukan Islam pula mula menggunakan kantin sekolah selesai diubahsuai.
Lihat petikan antara dakwaan amenoworld dalam kenyataan di atas ..
'... dan tempat orang mandi2 ... ada orang sekadar kencing2 jek ...'
Kenyataan itu tidak tepat sama sekali kerana ruang mandi tidak digunakan dan tiada pelajar kencing di situ. Hairan bagaimanakah amenoworld sewenang-wenangnya berkongsi maklumat TIDAK tepat secara selamba bersama pembaca blog.
Jangan KENCING pembaca sekalipun dibayar untuk menulis.
Klik di sini.
Jika dalam mengulas isu mudah seperti ini amenoworld TIDAK mampu mendapatkan informasi tepat, bagaimanakah ketepatan informasi dipaparkan di blognya selama ini?
Cuba lihat bagaimanakah kaedah penulisan portal Indonesia, international.kompas.com. Mujur blog amenoworld tidak dijadikan bahan rujukan.
Klik di sini.
I rest my case.
You da man... mmg terbaik bro...
BalasPadamKami dr Kaskuser Indonesia mendukung blog ini membongkar fitnah tak bertanggung jawab
Padammantap bro, blog amenoworld tu memang cukup panas dengan rekayasa fitnah. khabarnya pemilik blog adalah wanita bangladesh.
BalasPadamSuka dengan ayat yg digunakan abg Mazidul....depa tu semua cari publisiti murahan...lain kali datang dan lihat sendiri.baru buat kenyataan....tp kalau wartawan yg abg mazidul sebut tu....dia mgkn dengaq cerita org saja kot...tu pasai dia tulis berdasarkan andaian....terbaik.
BalasPadamCSI BROOO
BalasPadamer..jalan penyelesaiannya apa ya? masih makan kat tandas tu ker? ops sorry. bilik persalinan tu lagi ker? rest case camtu jer?
BalasPadammecha_praline anda membaca blog ini secara cherry picking ke? saya rasa maklumat telah diberikan yang kantin telah dibuka semula, pihak kementerian dan pihak sekolah telah meminta maaf dan sebagainya. Mungkin pengakhirannya anti klimaks kerana tiada pembunuhan atau sesiapa dibuang kerja dan masih tidak memuaskan hati anda.
PadamBilik tu ada ZERO mangkuk tandas atau urinals. Boleh ke dipanggil tandas? Changing room kat Parkson tu, ada mangkuk tandas ke tak? takde kan?
PadamChanging room =/= toilet
ramainya manusia suka kepada "keburukan" orang lain tanpa mengambil inisiatif atau mencari perkara sebenar.sehingga ada juga yang malu jadi Melayu.parah orang zaman moden ni...semua dah tak beri komen bila perkara sebenar diketahui...cerdikk
BalasPadammari ramai-ramai buat laporan polis terhadap blogger amenoworld dan Guneswari Kelly kerana menghasut dan melaga-lagakan orang Islam dan bukan Islam
BalasPadamsituasi ni umpama mkn dlm bilik kat hotel laaa
BalasPadamdlm hotel tandas sebelah katil
kekadang ade tingkap kat sebelah
ade je org leyh rilex mkn dlm bilik hotel tu
siap ade mkn kat jacuzzi lg
xde plak nak complain masuk blog bagai
selepas ini mungkin mereka boleh membangkitkan isu makan di dalam flight yg ada tandas dan pengudaraan tertutup...
PadamManusia Manusia Bodoh dan Racist. Mintak2 aku takder kawan camtu.
BalasPadamramai ibu bapa yang membawa anak anak mereka makan di:-
BalasPadam1) restoran segera - tidak sihat kerana menggunakan minyak menggoreng yg sama berulang
2) kedai makan tepi jalan atau tepi longkang - berdebu, lalat, panas, tikus, habuk, lipas, kotor
peliknya mengapa mereka boleh pula membawa anak anak mereka ke tempat tempat demikian tanpa perlu mengupload di facebook?
Masih ada yang tidak boleh terima kenyataan,,,, dan cuba menegakkan benang yang basah....
BalasPadam1)Renovation punyalah dah lama berjalan dan baru 24hb P. Kamalanathan hulur bantuan peribadi RM10,000? Agaknya sebelum ni dia tidur ke? hehe
BalasPadam2)Sekarang ni dah masuk 16 Ramadan apa kata kau update pic cikgu-cikgu sekolah berbuka puasa kat "bilik persalinan"."Bilik persalinan"/bilik air ke memang tak sesuai , apasal tak buat kat dewan? Renovate jugak? hehe
Adalah tak wajar sama sekali portal news Indonesia ambil berita bersumberkan blog yang kesahihannya belum jelas. Mesti kau buat assumption yang international.kompas.com ialah sebuah "blog" tipikal macam blog ni kan?
MAS,ada baik kau setelkan lah dulu hal dengan bikers yang kau buat dajal dulu, sibuk pulak nak buat masalah dengan orang lain.
Cuci otak..saya rasa anda ni memang patut cuci otak sebab selalu bersangka buruk dan mencari kesalahan orang lain..jangan lupa cuci hati tu dulu. semua point 1 dan 2 anda adalah datang dari anggapan-anggapan buruk anda semata-mata.
PadamPoint 1 - Kamalanathan bukan tuhan dia boleh tahu semua yang berlaku dalam Malaysia ni. Sekolah mana yg kantinnya buat renovation dan sebagainya. Dia adalah manusia biasa. Kalau dia boleh tahu semua kejadian yang akan berlaku..dia bukan manusia.
Point 2 - Anda dah melawat sekolah tersebut ke? Anda pasti semua sekolah ada dewan?
Nak mencari salah memang mudah sebab perkara ni dapat tunjukkan seolah-olah anda lebih baik dari org lain.
NH:Bukan nak bersangka buruk tapi kalau bab renovation semua tak kan la Guru Besar sekolah ni tak inform pada pihak yang sepatutnya terlebih dahulu? Tak kan benda berat macam ni terus direct kepada pengetahun P. Kamalanathan, tak kan PPD tak tahu??
Padam2)So kalau tak ada dewan, budak-budak kena makan kat bilik persalinanlah, begitu? Instead of guna bilik persalinan, kenapa sekolah tak guna bilik sumber sekolah, ataupun pasangkan sahaja kanopi yang terpisah sikit dari kantin yang di renovate (habuk debu/barang binaan)?
Mengikut laporan SH, ada parents yang bagitahu bilik persalinan ada dua tandas lah pula, mana satu aku nak percaya pun tak tahu lah.Tapi dari gambar MAS aku tak perasan pulak tandas tu. Manusia ada otak kena fikir, kalau benda "common sense" macam ni pun dah sampai pengetahuan jemaah Menteri baik tak payah jadi Guru Besar.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamCuci Otak. benar, pergilah mencuci otak awak terlebih dahulu. Penulis hebat wajib membaca maklumat tepat. Saya cadangkan awak, membaca semua maklumat tepat disiarkan supaya, komen awak catatkan di sini juga tepat, BUKAN sekadar tanggapan tidak berkesudahan.
PadamSepatutnya, komen awak tidak wajar disiarkan tetapi saya paparkan juga atas dasar simpati :)
Padam
Kantin tutup, renovate katanya.
BalasPadamMasuk fb, masuk blog, menteri datang.....renovation pon selesai.
Rumusannya, Facebook dan blog mempercepatkan renovation
lol. kalau tak masuk internet sampai hujung tahun lah budak budak tu makan dalam bilik air tu.
Padambtw, kalau tempat untuk budak-budak masih tak cukup, bolehlah budak-budak tu makan di bilik makan guru, dan guru berpindah ke bilik air sebagai tempat makan. tengok gambar guru2 tu enjoy jer makan dalam bilik air.
Korang yg komen negatif segala bagai ni..korang anak orang berada ekk.. Yelah..mana la tau kot2 tandas tingkat atas.bilik mandi tingkat bawah.. Ke tandas kat luar rumah?? Ehh.. Hotel kn ada tandas dlm bilik tidur.. Siapa ada jakuzi lg.. Kira bilik hotel pun tempat jijik ekk.. Pelik!! Pemikiran orang yg mcmni.. Dapur rumah teres kebanyakkan mgadap tandas..tk pun tepi tandas gak.. Ke korang duduk rumah tkde bilik air.??? Tolong tkyah nk bangkitkan kn isu yg sebenarnya korang sendiri pun meja makan rumah depan tandas.. So sekian... :)
BalasPadamBezakan maksud 'menghadap' / 'tepi' dengan DALAM. Kalau faham, tahniah kerana kamu masih faham Bahasa Melayu. Ke rumah kamu meja makan DALAM tandas?
PadamCuci Otak, ternyata awak memang penakut. Tiada identiti tetapi menulis bak anjing menyalak.
PadamAnjing pun ada jenis.
Salam..seperti yg saya jangka..cuci otak memang peka dengan setiap ayat n komen yg di tuju kan kepada dia..tapi kenapa tidak peka dgn isu yg dia bidaskan?? Sebenarnya kalau diperhatikan segala komen2 negatif cuci otak..semua berkaitan emosi..bukan dengan pengetahuan..bersyukur la kita masih di malaysia..sekurang2 kita masih mampu untuk makan..tk kira la dimana tempat sekali pun..cuba tenung dan hayati nasib mereka yg diluar sana yg serba kekurangan...kita yg masih mampu brdaya untuk mncari makan n mnyuap nasi sedang mempertikaikan kebersihan tempat makan..masih ramai yg tidak berkemampuan dari segala aspek untuk mncari sesuap nasi di luar sana tu yg sanggup mncari makanan sehingga terpaksa makan lebihan makanan yg dibuang..orang susah ini lah yg harus dibantu..bukan nk brtikam lidah dgn isu yg sangat remeh.. Salam.
Padamdalam malaysian insider bgtau guneswari diugut dalam sinarharian bgtau guru besar diugut. hmmmm . racial tension will go outbreak and riot is coming soon in malaysia.
BalasPadamTODAY- malaysian insider saying that Guneswari is getting blackmailed while in sinar harian saying that the headmaster also getting blackmailed. sigh. soon there will racial tension outbreak and unstable malaysia because of ISA abolishment. sick !
BalasPadamMalaysianInsider tu memang 'kacap terlabik', dari dulu lagi. Bende berlaku lain, tapi dia cakap lain. Hahaha
Padambodoh tul cuci otak ni... dalam bilik tu tak do tandas.... tak goti2 bahaso!
BalasPadamTukar dah title artikel dia..bukan bilik air tapi bilik tambahan..
BalasPadam