Selasa, Julai 09, 2013

MEMBELI-BELAH DAN MELANCONG KE VIETNAM


Sebelum Ho Chi Minh, Vietnam,  dikunjungi oleh ramai rakyat Malaysia, Bandung, Indonesia menjadi tumpuan untuk tujuan membeli-belah.

Kini keadaan berubah.

Terbang ke Ho Chi Minh atau  Saigon hanya mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja dari KLIA.   

Tahun lalu, bandaraya terbabit dikunjungi lebih 300,000 rakyat Malaysia. Kain ela, tudung, telekung berbunga sulam,  baju kurung siap dan beg,  antara barangan menjadi buruan pelanggan. Sebilangan datang  membeli barangan untuk diniagakan di negara kita selain untuk kegunaan sendiri.


Tudung dijual dengan harga RM20 sahaja dan pelanggan boleh membayar barangan dibeli menggunakan RM. Kebanyakkan peniaga di Ho Chi Minh juga fasih berbahasa Melayu sekaligus membuatkan ramai rakyat Malaysia seakan membeli-belah di bumi sendiri.

Sikap ramah peniaga tempatan juga antara faktor menambat hati pelanggan dari Malaysia.


Di  kedai Rohani Collection  di Jalan Le Thanh Ton,  jubah pelbagai jenis  dijual dengan  harga  RM55 jika dibeli dalam kuantiti  sedikit berbanding harga borong, lebih murah.


Kepada mereka berminat untuk membeli barangan unik kelengkapan perang  tentera Amerika Syarikat, Korea dan Vietnam,  sila ke  Dan Sinh Market.

Terdapat  barangan tiruan atau 'copy' mengikut istilah peniaga tempatan dan juga asli dijual di pasar terbabit. Beg tentera, kemeja-t, topi dan pemetik api, dipasarkan di situ, berharga di antara USD7 dan USD50  mengikut ketulenan dan kualiti.

Namun  peniaga di pasar ini tidak  memahami  bahasa Melayu tetapi amat  arif  mengenai nilai RM. 


Manakala  Saigon  Mai Diana's  Collection menawarkan pelbagai jenis fabrik khusus untuk kaum wanita. Lebih menarik,  baju kurung moden  boleh ditempah dan disiapkan dalam tempoh 24 jam.


Di kedai sama,  saya menempah 5  baju  kemeja berlengan pendek dengan harga RM47 (upah jahit dan kain) setiap satu dan diberikan sehelai percuma. Hairannya, kedai bersebelah, menawarkan harga kira-kira RM100 sehelai untuk kemeja lelaki, bukan pilihan terbaik untuk saya.

Kain cotton, amat selesa dipakai.

Di Ben Thant Market, lebih banyak jenis  pakaian ditawarkan, pasar dianggarp 'syurga' membeli-belah majoriti pelancong asing sejak 5 tahun lalu. Di samping pakaian,  biji  bunga teratai kering  juga menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia.  Sedap dimakan begitu sahaja  sehingga terlupa sebentar akan kepenatan berjalan berkilometer mengekori wanita membeli-belah.


Di atas, gambar jurukamera Majalah 3, Abdul Rahman Salim, 49 tahun,  merakamkan visual ahli Dewanita, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ketika saya dipelawa merasa keenakkan kekacang terbabit.  

Bingkisan liputan bersama mereka bakal disiarkan di TV3  pada 22 Julai 2013, Isnin, jam 9 malam.

Apapun, saya ingin memperingatkan, pelbagai  jam tiruan  turut  di pasar di Ben Thant Market., lebih kurang  sama seperti kualiti jam dijual oleh sebilangan peniaga di Petaling Street di Kuala Lumpur. 

Pelancong ke Ho Chi Minh jangan lupa melawat Muzium Perang di kota sama. Saya dan Rahman ke lokasi terbabit bersama rakan,  penjual seluar jeans di Pasar Malam Ben Thant, Lyna dan suami, Long.


Jika ingin membeli  seluar jeans BERKUALITI  tetapi MURAH  untuk lelaki, wanita dan anak, sila klik di sini

Lyna  dan suami sentiasa bersedia  melayan semua  pelanggan secara hormat.  Beritahu Lyna, anda pembaca blog saya, harga ditawarkannya  bakal menjadi LEBIH istimewa.


Gambar di bawah antara testimoni kesan buruk  bom Orange digunakan secara rakus  oleh tentera Amerika sewaku perang Vietnam.


Melawat muzium terbabit membuatkan saya terfikir, mengapakah manusia saling berbunuhan  sedangkan dunia ini sepatutnya kita huni bersama dalam keadaan aman dan damai.

Manusia pintar  mencipta teknologi untuk membunuh?


Saya, Lyna, Long dan Rahman kemudian singgah di Window's  Cafe, menikmati kopi Vietnam asli.


Lyna kemudian membawa saya ke kedai keluarga iparnya, melihat dan membeli pelbagai barangan perak asli dengan harga amat murah.


Makanan  halal  tidak menjadi masalah di Ho Chi Minh. Apapun saya mencadangkan pembaca  menjejakkan kaki  ke Vietnam untuk menjamu selera di Restoran Bananaleaf  (bukan milik mamak). Biarpun setiap hari  dikunjungi  oleh  ramai pelanggan, servis kakitangan restoran pantas.


Ya, kami makan dua kali di restoran sama.


Gigi  sotong masak pedas, sangat enak dimakan bersama roti atau nasi putih.


Tidak sah lawatan ke Vietnam,  andai tidak berpeluang menyusuri Sungai Mekong dan menaiki perahu  bersama penduduk tempatan di pulau berhampiran tanah besar.


Klik di sini untuk melihat gambar Sungai Mekong.


Sebelum menaiki sampan, semua pelancong dihidangkan dengan makan dan minuman mengandungi  madu lebah.


Manis.


Nyayian lagu tempatan juga turut dipersembahkan sambil pelbagai jenis buah-buahan dihidangkan kepada pelancong.


Di  pulau sama,  pelancong berpeluang menyaksikan proses pembuatan makanan seperti gula-gula berasaskan kelapa.


Barangkali penat melayan orang ramai berkunjung, wanita di bawah  berehat sambil memerhatikan gerak-geri kami.


Saya dan lebih 20 rakan facebook dan pembaca blog  ini,  In Sha Allah akan ke Vietnam pada 14-17 September akan datang. Kepada mereka  telah membayar deposit pakej 4 hari 3 malam itu  sebelum 5 Julai lalu,  terima kasih.  

Harga pakej HANYA RM1,500.

Kini kos itu barangkali akan meningkat sedikit mengikut harga tiket penerbangan MAS. Apapun  jika berhajat  untuk menyertai KE VIETNAM BERSAMA MAZIDUL, sila Whatsapp 019 244 5354 dengan kadar segera.

17 ulasan:

  1. bile nak ppergi lagi..xnak buat group tour ke bang

    BalasPadam
  2. Assalamualaukum, Sy baru je singgah ke blog En. Mazidul. Catatan setiap perjalanan memang sangat menarik. Saya bakal menjadi pengikut setia blog ini.

    BalasPadam
  3. Membaca dan menatap gambar-gambar yang dipaparkan sangat teruja untuk ke sana. Alangkan bagusnya kalau di Malaysia pun berupaya membuat pasaran serta memberi khidmat sebegitu rupa yang pastinya memberi banyak menafaat untuk rakyat.

    BalasPadam
  4. bestnye..brg murah2,memang gile n rambang mata mcm ni..haih..ble nth blh g sn huhu

    BalasPadam
  5. baca entri pasal vietnam ni terasa nak join group abg mazidul ke sana. harap tour ke vietnam akan diteruskan dimasa hadapan. harap sya berpeluang turut serta pada masa hadapan.

    BalasPadam
  6. Last year pergi rasa nak g lagi lah..Memang best!!

    BalasPadam
  7. ala.. December xde ke? sy nak pergi December...

    BalasPadam
  8. Saudara Mazidul...ada contact no Lyna?

    Terima kasih

    BalasPadam
  9. saya nak pergi tahun 2014. sila update kalau pergi vietnam lagi

    BalasPadam
  10. Xda update ttg kopi vietnam? Bgaimana harga pasaran disana?

    BalasPadam
  11. Terima kasih di atas info yang sangat berguna. Kami akan ke Saigon pada 24 Mac nanti untuk memborong kopi. Lawatan seterusnya nanti mungkin bersma Mazidul.

    BalasPadam
  12. Saya baru balik dari Ho Chi Minh City..barang sana masih murah. Kalu pergi sana siapkan cash money dari sini. Bila membeli kena tawar menawar..turunkan harga sampai 70% jika ke pasar malam Ben Tanh..China Town barang murah..boleh beli borong..tapi mereka tak fasih b.inggeris..komunikasi susah sikit n tak selesa. Saigon Square nice place tuk baju branded...makan di nabil restaurant pun sedap...kopi vietnam hmm sedap...satu box 21 sachet 3 in 1 blh dpt rm10. Oklah nice place..bawa bekal maggie roti biskut dari sini...hahaha for safety..

    BalasPadam
  13. Asalamualaikum saya berminat ke ho chi minh.. bila ada lagi trip ke sana. Saya dari johor. Peniaga kain

    BalasPadam
  14. bro kitorang nak ghi sana hujung minggu nih....ade tips terbaek ke....nak carik LEVIS ngan 511 attire....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.