Ahad, Julai 14, 2013

MENGAPAKAH WANITA INI MERENTAP MENANGGALKAN TUDUNG?



Seperti biasa,  kedatangan bulan Ramadhan sekaligus mengundang kehadiran pengemis. Wanita BERTUDUNG di atas berusia 69 tahun dan kelihatan daif meraih simpati pengunjung Bazar Ramadhan  Kelana Jaya, Selangor.


Wajah dan TUDUNG dipakai memberikan gambaran,  dia warga tempatan dan beragama ISLAM. Justeru tidak hairanlah jika ramai pengunjung berhati pemurah menyumbangkan wang tunai kepada wanita itu. Apatah lagi melihat kedua belah matanya dipejamkan bagaikan dia tidak berupaya melihat.


Sebaik  didekati dan menyedari  gambarnya saya rakamkan,  wanita itu bingkas bangun dan berjalan tergesa-gesa. Lalu saya mengekorinya.  Dia berjalan laju sekaligus memadamkan tanggapan awal,  dia buta. Matanya celik dan kurang 10 meter mengekori wanita itu,  saya terserempak dengan lelaki kudung kedua belah  tangan tetapi berwajah warga asing.


Mereka berdua kemudian bergegas beredar, wanita tua berjalan jauh di hadapan meninggalkan lelaki kudung.


Berjalan lebih kurang 10 meter dari tapak Bazar  Ramadhan, akhirnya mereka berhenti.

"Tinggal di mana?," soal saya kepada wanita bertudung biru itu.

"Kampung  Kubu Gajah, Sungai Buloh," balasnya.

Dia mendakwa, lelaki bertubuh gempal itu,  anaknya berusia 35 tahun dan mereka datang ke Kelana Jaya menaiki teksi. Kedua beranak terbabit mengaku mereka warga Kemboja.  Saya dapati wanita itu  mampu bertutur  dalam bahasa Melayu,  anaknya tidak.


"Berapakah harga  tambang teksi datan g ke sini?," tanya saya.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Tiba-tiba wanita itu mengeluarkan telefon bimbit dari beg disandangnya dan bercakap dalam bahasa Kemboja.


Berulang kali dia mendial telefon dan kedengaran bak mengadu sambil memarahi  pemandu teksi. Pembaca setia blog ini pasti tahu pengemis Kemboja 'dijaga' oleh sindiket dikendalikan oleh warga sama.

"Awak muslim?," soal saya.

Dia menggelengkan kepala. Dua kali saya bertanyakan soalan sama dan dia memperlihatkan reaksi serupa. 

Saya kemudian secara rawak memanggil  lelaki dan 3 wanita sedang  berjalan menuju ke arah Bazar Ramadhan. Nama pengunjung lelaki terbabit,  Ahmad Hafizul  Tahir Jalaludin, 34 tahun. 


Hafizul merapati wanita tua itu.


"Saya memerlukan  Hafizul menjadi saksi. Biar saya tanyakan sekali lagi kepada wanita bertudung ini,  samada dia  beragama Islam atau  tidak.  Awak orang Islam?,"  soal saya buat kali ketiga.

"Bukan," katanya.

Selepas soalan sama diajukan buat kali ke empat, dia kelihatan  berang dan merentap menanggalkan tudung dipakai. 


Saya melihat wajah Hafizul sedikit  berubah. Dia bagaikan  tidak percaya dengan tindakan wanita  warga asing cuba mengaburi mata masyarakat  tempatan itu.


"Pada saya, kalau individu bukan orang Islam mengambil kesempatan seperti ini di bulan Ramadhan yang mulia ini, memang tidak saya jangka.  Sebenarnya dia ingin menarik perhatian  pengunjung Bazar beragama Islam. Kalau  kita tengok,  Islam sesama Islam,  hati kita mudah tersentuh untuk menghulurkan derma atau sedekah," ujar kakitangan syarikat penerbangan berasal dari Alor Setar, Kedah itu. 


Terima kasih Hafizul kerana menjadi seorang daripada pembaca blog ini.

PENGUMUMAN

Klik di sini untuk menyertai bengkel UNIK YBBM.

21 ulasan:

  1. Mudahnya org atau bangsa asing mempermainkan agama Islam.....sebab org Islam lembut hati mereka....tak payah pakai tudung pun tak apa sbb org Islam ni cepat simpati bukan hanya pada org Islam sahaja.....itulah bangsa Melayu Islam....

    BalasPadam
  2. geleng kepala baca en3 ni
    sikap murah hati kita diambil kesempatan

    BalasPadam
  3. Memang betul kata perempuan kemboja tu dia tinggal di Kg Kubu Gajah.Sila lah datang ke Kubu Gajah terutama jalan Gajah 23 dan 16 ibarat tuan dan puan berada di pnom penh.Tak payah nak beli tiket pesawat datang kemari memang syurga Kemboja tak de siapa menghalang tak ada pihak berkuasa buat serbuan,kami penduduk tempatan dah macam tinggal di kemboja.Kami di Kubu Gajah dan kampung2 yang berhampiran ibarat telah di jajah dek pendatang2 dari Indonesia dan Kemboja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dh buat report? kalau x buat report, pihak penguasa x boleh buat apa. saya rasa lah. saya x tau situasi kt sana, saya x dpt nk buat report kat jabatan yang berkenaan. demi keselamatan anda semua di sana, jangan simpati. nanti kita yang rugi.

      Padam
  4. good job mazidul...memag org kita ni tidak berkira hendak menderma pada bulan ramadhan ni...tai pada pendapat ana lah...ade baiknya kalo kite menderma dekatr masjid or badan2 kebajikan yg lain itu lebih afdhal, bukan ape takut sumbangan niat kita memang ikhlas tapi nanti disalah guna mcm kes ni lah...

    BalasPadam
  5. nak menderma boleh...tapi rasenya kalo dh mcm ni mcm x kena pada tempatnya, ada baiknya derma kat masjid2 or badan2 kebajikan itu lebih utama kerana takut sumbangan kita disalah guna mcm inilah...so kalo nk beramal tu tgk pada tempatnya...

    BalasPadam
  6. betul kata irfa.... sampai hati kan mereka ini....

    BalasPadam
  7. mana jabatan agama islam... mereka x pantau ker? xkn jenguk pon tdk... benda ni setap tahun kan bnyak aduan .... org asing bukan islam menyamar islam minta sedekah kt bazar ramadhan... peminta sedekah boleh naik teksi tu,,..bnyak duit mereka... jabatan jngan dok tidor je kt pejabat... tugas kalian tu amanah rakyat..

    BalasPadam
  8. Kat PARAM Bandar Tun Razak Cheras pun ada peminta sedekah, ada yg bawak budak kecik lagik.

    BalasPadam
  9. mcm ni bangsa kapir laknat..pandai nak berselindung atas imej Islam tp hakikatnya memburukkan Islam pada mata umum.Kalau kutuk Islam bukan main lagi.Rupanya mcm ni permainan diorg.Allah timpa lah bala kat diorg ni.

    BalasPadam
  10. oh,,,kalau nak meminta simpati gunakan nama isalam,lepas dah dapat apa yg di hajati kutuk islam,,hantar pulang negara dia balik pakai sampan org mcm ni,,,

    BalasPadam
  11. jab.agama kejenya terima aduan je agaknya,kalau takde aduan dari orang ramai,diaorang bantai tido je kat office tu kot ! !

    BalasPadam
  12. Masuk je bulan Ramadhan.. semakin menjadi-jadi diaorg ni..!

    BalasPadam
  13. hurmm...kita mudah tertipu sebab hati kita mudah tersentuh kan...
    dan mereka suka mengambil kesempatan yang ada...
    nak nak bila menjelangnya bulan ramadhan...
    hurmm...

    BalasPadam
  14. Terlalu banyak kes spt ini sampai kalau dtg yg betul2 memerlukan pun akan membuatkan kita berfikir berkali2 untuk memberi

    BalasPadam
  15. Macam2...kita cuba nak berbuat baik..sebaliknya ada penipuan...

    BalasPadam
  16. bro mazidul..dkt pasr mlm depan slyng mall..tiap mnggu akn ade sndiket wrga asing mntk sedekah..dieorg akan dduk bersila smbil pangku baby mntk simpati..mntk bongkar bro..skrng ni kt tapak tu jd bazar ramadan..kali ni ade makcik2 pkai tdung plak mntk sedekah..mmg nmpk kesian sbb trus teringtkn mak kt kg..tp tkt gak nk bg sbb tkt sindiket cm artikel bro ni..

    BalasPadam
  17. ada dua faktor kenapa hati kita cepat sangat tersentuh lalu menghulurkan wang kepada peminta sedekah. pertama seagama. kedua sebangsa. pernah satu ketika saya begitu tersentuh hati pabila melihat seorang buta bangsa saya (yang saya yakin tidak seagama dengan saya) sedang memetik gitar sambil menyanyi lagu tempatan (bahasa saya). di sisi duduk seorang budak kecil dalam lingkungan umur 7 tahun yang selalu memimpin tangannya ketika berjalan. ketika itu jika punya wang lebih, tanpa berkira saya selalunya akan memasukkan beberapa rm ke dalam tin disediakan oleh peminta sedekah itu. tapi pada satu hari saya ternampak peminta sedekah itu duduk di kedai minum. di mejanya terletak beberapa botol minuman keras dan peminta sedekah itu sudah mabuk-mabuk. lalu dalam hati saya, inikah pulak tujuan orang tu mengemis. mengharap ihsan dari orang ramai. lepas tu dibelanjakan untuk mabuk-mabukan? bermula dari itu, apabila terjumpa peminta sedekah hati saya terus meluat.

    bab lain, pernah juga beberapa kali saya memesukkan rm ke dalam kotak peminta sedekah yang berdiri depan pasar raya sebap nak juga dapat pahala sebap luat kotak yang digendong oleh seorang pemuda yang lengkap berpakayan baju melayu dan bersongkok tertara tulisan sumbangan mendirikan sekolah tahfiz. tapi apabila terbaca pendedahan mazidul tentang benda tu, hati saya terus lebur, berkubur di lubuk muak..... "terima kasih sdra mazidul"

    BalasPadam
  18. Lately, makcik ni kt Bazar Ramadhan Sg.Ramal. Siap kendong baby lg. Ter-perasan tudung biru tu. SAMA!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.