Sabtu, Julai 20, 2013

PEGUAM ALVIN DAN VIVIAN MOHON MEREKA DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN

Peguam Alvin dan Vivian, Chong Joo Tian dilapor memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada 23 Ogos 2013. Peguam terbabit meminta dua anak guamnya dibebaskan dengan ikat jamin kerana dakwanya, pertuduhan dikenakan terhadap mereka  belum dibuktikan dan bersifat pramatang.

Dua hari lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin memohon Alvin dan Vivian tidak dibenarkan diikat jamin kerana pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan dan Akta Penapisan Filem, kesalahan tidak boleh dijamin.


Pada masa sama, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pasangan itu tidak dilepaskan dengan jaminan kerana mereka mempunyai kecenderungan memuat naik bahan di internet berkebarangkalian membangkitkan kemarahan orang ramai.

Kini Alvin meringkuk di Penjara Sungai Buloh manakala kekasihnya, Vivian di Penjara Kajang.



5 ulasan:

  1. simpan jer dalam sana. kasi tarbiah kat mereka mengenai islam....hantar pendakwah bagi melaksanakan tarbiah kepada mereka. :)

    BalasPadam
  2. Tulah dah kena kat diorang, PADAN MUKA! :D

    BalasPadam
  3. Baguslah duduk kat dalam tu..kalau duk kat luar ni..nnti tah kehapa lg yg dibuat...duk kat dalam tuh kasi belajar sikit...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.