Isnin, Julai 08, 2013

JIKA VAPORISER BERBAHAYA ROKOK BAGAIMANA?

Terdapat ura-ura untuk mengharamkan penggunaan vaporiser atau e-cig. Kementerian Kesihatan melalui jawatankuasa teknikal sedang mengumpulkan data (klik di sini) dan kemudian akan membuat keputusan samada mengharamkan vaporiser atau tidak.


Seperti diketahui ramai, vaporiser  tidak dicukai oleh kerajaan dan tentunya penggunaan alat itu  tidak mendatangkan keuntungan kepada negara berbanding rokok.

Apapun,  perhatikan catatan dipaparkan di kotak rokok di bawah.


Amat pelik, rokok mengandungi LEBIH 4,000 bahan DISAHKAN berbahaya kepada kesihatan tetapi tidak pula  diharamkan penjualannya.

Justeru jika kajian jawatankuasa terbabit mendapati sisha dan vaporiser memudaratkan kesihatan,  terlebih dahulu haramkan penjualan rokok di Malaysia secara total. Biar paru-paru setiap perokok tidak terus dicemari dan mereka di sekeliling  menjadi  secondary smokers selama ini berasa lebih lega. Pada masa sama, tiada puntung rokok bersepah dan baju juga tidak berlubang akibat terbakar.

Pihak berkuasa harus memastikan pelbagai jenama rokok diseludup dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia tidak terus dilambakkan di Malaysia. Jika inginkan BUKTI, saya tidak keberatan  merakamkan gambar penjual dan rokok terbabit. Saya percaya, ramai pembaca blog ini sudi menghulurkan kerjasama.

Gajah berdiri di depan mata,  kuman di celah kangkang pula  menjadi bicara utama.

Apa daaaaaa ...


70 ulasan:

  1. sungguh benar bagai dikata saudara MAS... sudah terang lagi bersuluh... hak vape hak kami... :D

    BalasPadam
  2. Terbaik.. thanks bro.. harap tlg masukkn isu kebaikan vapor ini ke Majalah 3..

    BalasPadam
  3. kerajaan akan buat silap besar jika mengharamkan e-cig. mungkin mereka tak tahu betapa besarnya komuniti vapers di Malaysia. Ingat, undi PRU14 mungkin akan berubah besar.

    BalasPadam
  4. since suami saya isap vapor.. anak saya dh tidak kena batuk selsema dan demam sbb bronchitis.. tahun ni recors terbaik.. anak2 saya blom check in mana2 hospital sbb masalah yg sama.. saya tak nampak keburukan vapor kepada pengidu asap.. dimana seperti yg di ketahui umum.. rokok bukan sahaja membunuh pengisap tetapi pengidu jugak mendapat impak yg lebih besar..

    BalasPadam
  5. kalaSaya seorang bekas perokok tegar....12 tahun jadi hamba rokok....average sehari mencecah 2 kotak....macam2 cara dah dipraktikkan utk berhenti rokok....nicorettes, niquitin, cara org2 tua ( renddam tembakau dlm air kelapa then minum) pun dh cube tp still tak boleh bberhenti...bila start vaping dlm 2 weeks dah x merokok dah...so vaping ni boleh jd medium untuk berhenti rokok...even uk pun dah start jdkan vapor sbgai alternatif utk berhenti rokok yang paling berkesan....so kalau beriya sangat nk haramkan...haramkan utk umur 18 kebawah...kalau saudara nak kan pendapat dr kami golongan vapors bleh je sbb terus terang cakap media malaysia sekarang teruk menghentam kami dan kami rasakan agak berat sebelah kalau suara kami tidak boleh didengari oleh masyarakat...

    P/s: rancangan soal jawab tv3 yg mengupas pasal ecig tu skarang ni menjadi bahan lawak kami terutamanya fakta yang x betul dan mengarut dari panel yang kuat menghentam kami. Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  6. Betol2 sokong!
    Saya merupakn salah seorg kakitngn KKM,juga pernah menjalnkn Klinik Berhenti Merokok bagii kalangan perokok tegar..pada saya, e cig mmg merupakan salah satu alternatif untuk mengurangkan ketagihan merokok rokok analog secara berkesan.
    Minta pihak yg berwajib kaji perkara ini dgn lebih telus.sekia.

    BalasPadam
  7. Kenapa tidak haramkan penjualan arak dan rokok dahulu sebelum e-cig....yg ternyata lebih bahaya dan diketahui umum akan kemudaratannya.... Bahan2 yg digunakn utk dibuat liquid(perisa) juga dtgnya drpd bahan2 utk membuat kek....adakah kek juga harus diharamkn???....
    Menindas dan ditindas.....harap pihak berkenaan dpt mempertimbangkn kebaikan tentang e-cig ini sebelum mengeluarkan kenyataan HARAM...
    Saya juga yakin ada diantara kami vaporion terdiri drpd golongan profesional yg sememangnya menguna pakai e-cig sebagai alternatif utk menyahut cabaran kerajaan dalam kempen "TAK NAK" pada rokok....dan saya juga berkata "YES TO VAPORS"
    Diharap dan berbesar hati jika SAUDARA MAS dapat mengusulkan SUARA kami...."SUARA VAPORS 1 MALAYSIA"....
    ASSALAMUALAIKUM....^_^

    BalasPadam
  8. .. saya kira isu ini telah di marakkan lagi oleh pihak2 yang ternyata mengalami kerugian besar dek kepopularan e-cig. adalah amat malang jika kerajaan mengharamkan e-cig kerana kajian2 di luar negara telah membuktikan bhw e-cig tidak merbahaya. OH MALAYSIA ku... :)

    BalasPadam
  9. nanti diorang kenekan cukai...takde la haramnya...majlis fatwa pun kalah...im sorry..VAPE ON

    BalasPadam
  10. Bab rokok rokok seludup..baru2 ni sy ke indonesia dan tinggal disana selama 15 hari...sy menjelajah beberapa desa dan bandar kecil..tk seperti majoriti rakyat kita yg berkunjung ke bandar besar kerana shopping..sy bertemu seorang bekas pengedar rokok seludup selama 8 tahun di kawasan lembah klang yg membawa masuk rokok melalui pengkalan kuala sungai baru dan menghantar rokok kepada peruncit hanya dgn menggunakan motosikal...sekarang dia berjaya jadi pemborong barangan pengguna dan telah memiliki dua buah premis perniagaan dua tingkat di desa leranwetan,kec palang,di kabupaten tuban,jawa timur..jika orang indon bolih jadi jutawan kerana jual rokok seludup di malaysia dlm masa yg singkat..kenapa kerajaan hendak sekat penjualan vapor bolih menjimatkan wang penghisap rokok dan bolih mengurangkan pembuangan puntong rokok yg kerap menyumbat saluran paip tandas awam.....kerajaan takut kehilangan cukai rokok??...indon keturunan acheh yg buka kedai runcit di jln raja alang dan yg buka kedai borong di pasar borong selayang adalah pembekal utama rokok seludup...adakah mereka membayar cukai perniagaan dan adakah kerajaan sekat pengiriman wang ke negara mereka?..

    BalasPadam
  11. Disisi Islam, rokok sudah pun diharamkan.... tetapi ramai lagi orang Islam yg menghisap rokok....

    BalasPadam
  12. Mazidul silap..bkn 4000 rcun dalam rokok p 7000 wowww...x haram lak kan hehe

    BalasPadam
  13. Haram x haram.. pergi mamposs!! VAPE STILL ON! yeah!

    BalasPadam
  14. Terima kasih kerana berjuang bersama brother2 vaper,bukan nak angkat vaper tp inilah kebenaranya.
    Klu nak haramkan e cig,rokok mcm mana plak

    BalasPadam
  15. Saya amat kecewa dgn langkah2 untuk mengharamkan vapor, sy telah berjaya berhenti merokok dan hisap vapor selama 2 tahun.Tiada lagi sakit dada pabila bangun pagi bermain bola tanpa rasa semput.Tolong kluarkan fakta dahulu atau kajian sedalam-dalamnya.bukan cakap kosong yg saya mahu...

    BalasPadam
  16. Tekanan dr org yg punya kepentingan dr penjualan rokok menyebabkan semua ini terjadi. Mereka rugi byk sbb komuniti vapor skrg ni menjadi semakin bsr dan jualan rokok menjadi semakin kurang.secara tak langsung group vapor ni juga memelihara alam sekitar sbb tiada asap n sisa yg dibuang.cuma cara kawalan utk bwh umur masih perlu dibuat.

    BalasPadam
  17. Saya penghisap rokok vapor... yang pastinya tiada lagi astray dirumah dan abu2 rokok berterbangan disana-sini... Penghisap rokok vapor adalah golongan yang MAHU berhenti/kurang menghisap merokok. Mengapa mahu dihalang niat kami. Sepatutnya kerajaan membantu /atau menggalakan penggunaan alat ini. Adakah kerana semakin kurang kes2 penyakit kerana rokok dihospital atau cukai rokok semakin berkurangan? Tolonglah beri SEBAB SEBENAR atau jangan ganggu niat kami mahu BERHENTI MEROKOK.

    BalasPadam
  18. benda yang xda cukai kat negara secara automatiknye jatuh hukum HARAM..mudah je..nampak tak permainan die tu kat situ..

    BalasPadam
  19. Btul tu bang Mazidul.....trima kasih krana mengulas tentang Vaporiser dengan cukup ilmiah. Ni baru la dinamakan ulasan be'isi'...bukan mcm wakil CAP Penang tu....melalut je....

    BalasPadam
  20. Kali pertama aku bersetuju dgn kenyataan M.A.S.

    BalasPadam
  21. Saya ada beberapa orang yang rapat yang merupakan bekas perokok tegar.tegar tu dah tahap kena kretek, tak ada lain.
    Tapi ada satu cara cemana nak bagi dia berhenti.senang je.
    Kena sakit jantung. InsyaAllah, berhenti la nanti. Sebab manusia akan berubah dan berdaya untuk berubah bila dah berada di ambang maut (masa kena masuk ijn dan operate).
    Saya amat sokong cadangan untuk kerajaan mengharamkan terus rokok di malaysia, dan tak terkecuali e-cig (vap), sekiranya memang terbukti secara ilmiah ia memudaratkan kesihatan.

    -------peace.smti.---------

    BalasPadam
  22. MAS ade orang telah memandang serong pada anda, rasenyer kali ini peluang anda untuk mengikis semua lemparan yg di berikan. Kupas, gali dan terjemahkan dgn cara yang paling bijak MAS.

    *teringat mase kes Air Asia*

    BalasPadam
  23. Vape on!!!! Nothing else can stop me from vape....i wont let my body destroy by cigarette again....

    BalasPadam
  24. Salam Bro Mazidul..

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

    Jelas rokok telah diharamkan...

    Sekarang ini jawatankuasa Fatwa negeri-negeri pula bersidang untuk mengharankan shisha dan rokok elektronik.

    bagi saya ianya sama seperti memfatwakan bahawa "haram jika tidak sembahyang 5 waktu" semua orang faham TAPI BERAPA RAMAI YANG MELANGGARNYA...

    jadi kesimpulannya sendiri hisap sendiri tanggung... takde sape nak marah... pi la hisap rokok ke.... shisha ke mahupun vapor.... kerajaan hanya mengharamkan dari sudut ISLAM....

    BalasPadam
  25. Salam Bro Mazidul..

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

    Jelas rokok telah diharamkan...

    Sekarang ini jawatankuasa Fatwa negeri-negeri pula bersidang untuk mengharankan shisha dan rokok elektronik.

    bagi saya ianya sama seperti memfatwakan bahawa "haram jika tidak sembahyang 5 waktu" semua orang faham TAPI BERAPA RAMAI YANG MELANGGARNYA...

    jadi kesimpulannya sendiri hisap sendiri tanggung... takde sape nak marah... pi la hisap rokok ke.... shisha ke mahupun vapor.... kerajaan hanya mengharamkan dari sudut ISLAM....

    BalasPadam
  26. Bernas sungguh bro cakap..saya sokong benda yang elok kenapa kerajaan nak haramkan sedang punca utama dibiarkan berluasa. inikah akibat jika benda tidak mendatangkan keuntungan pada negara perlu diharamkan?

    BalasPadam
  27. Setuju sangat dengan topik ini dan ianya sangat menarik. Namun, ianya pasti akan menjadi menarik apabila satu sesi soal jawab dapat diadakan diantara seorang Doktor Pakar, Pihak Kementerian dan Wakil dari pihak Vaporians (Pengguna E-cig or Vape)...yang pasti, rancangan ini akan menjadi seperti rancangan bola sepak final piala dunia dengan kapasiti penonton yang ramai..pasti!!!...KKM menyatakan bahawa satu jawantankuasa kajian telah dibentuk, Majlis Fatwa pula ingin mengatakan vape HARAM dari segi agama...tapi pastikan ianya adalah betul dengan kajian serta disertakan atau nas yang betul dan tepat...serta biarlah adil...kerana beberapa produk e-liquid di MALAYSIA adalah buatan anak tempatan tanpa NIKOTIN dan tanpa ALKOHOL...mohon dipastikan dengan telus dan jangan hanya merujuk kepada produk yang diimport dari luar negara semata-mata. Merokok sudah ternyata ialah perbuatan yang sia-sia dan amat memudaratkan jika ianya melampaui batas. Namun sekiranya menggantikan rokok kepada e-cig MAMPU untuk memberhentikan tabiat merokok, bukankah ianya satu usaha kearah kebaikan??? Saya seorang perokok tegar, selepas menggunakan e-cig saya tidak lagi merokok...walaupun mengambil masa setahun..dari 12mg nikotin kearah sehingga 0mg nikotin...yang pasti sudah setahun saya TIDAK MEROKOK...anak isteri dah gembira, sekiranya e-cig diharamkan, bayangkan apa yang berlaku???adakah saya akan kembali merokok??...akhir sekali, dari komen yang diberikan diatas, bagi saudara/saudari yang tidak merokok pasti akan memberikan komen yang tidak berasas dan AMAT NEGATIF kepada e-cig...sekiranya anda tidak merokok, pastinya anda tidak akan tahu bagaimana susahnya untuk berhenti..oleh yang demikian...jangan bercakap SEBAB ANDA BENAR-BENAR TIDAK LAYAK melainkan anda adalah doktor pakar..Nasihat untuk vaporians, Kerajaan kita sangat baik dan bijak, mereka tidak akan membuat sebarang keputusan melulu tanpa alasan kukuh kerana mereka tahu KUASA MEMILIH KERAJAAN ADALAH DI TANGAN RAKYAT...komuniti vapers amat besar di Malaysia...oleh itu, vapers sekalian tak perlu menunding jari dan menyalahkan sesiapa keranan kita tahu, kita percaya dan kita yakin dengan penggunaan e-cig kita mampu membantu kempen "KATAKAN TIDAK PADA ROKOK"...

    p/s: rokok naik harga RM10.50 namun rokok seludup masih dengan harga RM2 masih ada menjadi pilihan ramai, so perokok tegar tidak pernah gusar pun, diam jer buat tak tau. Serta, 70% rakyat Malaysia adalah perokok. So whats the point???

    --- VAPE ON ---

    BalasPadam
  28. saya mempunyai ramai rakan perokok yang telah beralih kepada e rokok. kebanyakan daripada mereka ini saya dapati tidak mahu lagi menghisap rokok manual/tradisional kerana baunya yang busuk (kata-kata bekas perokok tegar). malah ada diantara mereka yang telah berhenti terus daripada merokok dan vape. saya mendapati pada akhirnya, kebanyakan vapers akan berhenti juga menghisap vaper/erokok. erokok @ vaper memang banyak membantu perokok tegar berhenti dari merokok. malah, didapati tahap kesihatan mereka juga bertambah baik. mengapa perlu dihalang rakyat yang telah sedar akan bahaya rokok. adakah kerajaan inginkan perokok-perokok ini kembali kepada tabiat lama mereka. tetapi, saya amat bersetuju jika ada kawalan. kawal agar erokok ini tidak digunakan oleh pelajar-pelajar.

    BalasPadam
  29. Pihak media mudah nak meghentam vaporian sekarang ni .. klu nk diharamkan,knp xmula dr rokok ?? Bila terlalu ramai peroko tegar beralih kpd vapor,itu adalah satu cara utk berhenti merokok..vapor adalah platform kedua utk behenti merokok...sedangkan saya merokok dr umo 20 tahun,dn sehari 2 kotak .. dlm tempoh menghisap vapor selama 3 bln ni ,alhamdulillah saya tidak perlukan rokok lg..masing2 perlumengkaji baik buruk vapor ni .. jn nk hentam sesuka hati .. tq

    BalasPadam
  30. Pihak media mudah nak meghentam vaporian sekarang ni .. klu nk diharamkan,knp xmula dr rokok ?? Bila terlalu ramai peroko tegar beralih kpd vapor,itu adalah satu cara utk berhenti merokok..vapor adalah platform kedua utk behenti merokok...sedangkan saya merokok dr umo 20 tahun,dn sehari 2 kotak .. dlm tempoh menghisap vapor selama 3 bln ni ,alhamdulillah saya tidak perlukan rokok lg..masing2 perlumengkaji baik buruk vapor ni .. jn nk hentam sesuka hati .. tq

    BalasPadam
  31. Terima Kasih Brother Mazidul... sesungguhnya kami vaporian memerlukan pembelaan kerana semua media masa memandang negatif penggunaan vapor ini dikalangan perokok yg ingin mengurangkan tabiat merokok dan menjalankan gaya hidup sihat. Walaupun saya tidak merokok dan hanya menjual dan memberi servis kepada pelanggan terlebih dahulu saya mengkaji tentang penggunaannya. Dan saya dapati penggunaan vapor adalah lebih sihat berbanding rokok konvensional. sekarang berbanding nisbah rokok konvensional dan vapor adalah 7000 : 1 kalau tak silap saya.
    Terlihat saya satu video yg dibuat oleh pengguna vapor yg pernah bekerja di pelantar minyak iaitu terdapat satu device yg boleh mengesan gas beracun. Ujian yg dijalankan adalah antara rokok konvensional dan vapor . Rokok konvensional tidak melepasi ujian tersebut dgn penggera alat tersebut berbunyi dan diuji Vapor dgn perisa yg berkepekatan 9mg . penggera alat tersebut langsung tidak berbunyi. jadi dimana bahayanya. saya boleh bekerjasama sekiranya tenaga saya diperlukan bagi membuka mata masyarakat yg memandang serong terhadap penggunaan VAPOR.. jijoe12@gmail.com

    BalasPadam
  32. dah sah rokok tu memang haram dlm hukum Islam.. bayangkan kalau arak yg dah sememangnya dihukum haram diminum oleh org islam pun memerlukan 44 hari untuk 'bersih' inikan pula rokok yg telah diharamkan sebab memudaratkan.. agak-agak sah ke sembahyang selama ini sebab benda haram tu dah melekat kat paru-paru.... bagaimana pulak dengan ahli keluarga yg x merokok terpaksa hidu asap yg sama dilepaskan dikawasan berdekatan?? sebab kadar bukan perokok menghidap kanser peparu lebih tinggi dari yg menghisap perokok terutamanya ahli keluarga sendiri..

    BalasPadam
  33. hisap vapor-kesihatan semakin bagus (dah 9 bulan tak kena asma, dah 9 bulan tak guna 'inhailer' asma), stamina semakin bagus, hari2 naik tangga untuk ke rumah tingkat 3 (dulu, fuh rasa mcm nak mati bila sampai ke tkt 3), pernafasan dah rasa boleh sampai ke kaki, dulu pernafasan sampai tekak je, boleh tahan nafas semakin lama /panjang. Mulut, badan, rambut semua2 bau wangi, dah tak bau rokok lagi. badan semakin berisi disebabkan selera makin semakin bagus, bahan racun TAR rasanya dah tak de dalam paru2. X-ray paru2 menunjukkan yg tanda "non smoker patient", dulu selalu demam2, tetapi skrg ni deman dah payah nak singgah ke badan. dulu bila nak bangun pagi daripada tidur, boleh terasa belakang tengkok/kepala mcm di sengat tebuan, tetapi skrg ni bangun pagi rasa fresh. dulu tak minum air kosong banyak, tetapi sejak vape ni.....sehari minum sehingga 5-8 liter air.

    sebenarnya banyak kebaikan e-cig ni berbanding dgn rokok biasa.....apa2 pun kerajaan kena pikir, kenapa perlu ianya diharamkan, kalau percentage kesihatan 'smoker' di malaysia boleh menjadi lebih baik.....kami warga vapor mmg dah lama nantikan peluang utk berhenti rokok. ya, kalau nk cakap pasal penyakit kenser, dlm rokok pun ada juga, dalam air paip yg kita minum pun ada juga. dalam makanan spt mee megee, dan lain2 lain..semua ada. jadinya.....

    CAP, anda ready ke untuk berdebat. kalau hanya sebelah pihak aje kemukakan masalah ini, mmg nampak berat sebelah. malu anda kerja nama CAP anda itu telah dijadi bahan senda gurauan, gelak ketawa oleh para smokers/vapors dan yg sewaktu dgnnya....hilang credibiliti anda bro....ke atau beriya2 untuk haramkan e-cig sebab rokok kat kedai restauran kawan2 anda dah tak laku.....??? hahaha funny....

    surf ni bro dan buat kajian betul2 sebelum senang2 nk haramkan e-cig

    In this episode Shawn from http://www.zeecigs.com/ reveals the results of his Chest x-ray comparison of a before and after snapshot. In this Episode we compare a chest x-ray before and after which is an interesting view. His volcano like smoking was heavy at two plus packs a day. Shawn Switched to Electronic Cigarettes in 2009.

    BalasPadam
  34. Bt slogan bkn men lg ktakan tdk pd rkok,rkyat d dhulukn..smua 2 hnya kta2 shj..yg jls krjaan hnya mngtpikn rkyat..bnda yg baik tp dptrblitkn fkta.krjaan lbh rela rkyat mghsap rkok yg jls2 bhya pd tbuh bdn..sma sx sy tdk stju.slpas jmpa e cgttes sy trus dpt brhnti mrkok.jgn kta hsap rkok bau pn xblh.dku stiap pg msti btuk brkhak tp slpas jmpa e cgtes trus xde.tbuh pn ada prbhan.itu yg krjaan kta bhya??pe kes..klau nk hramkn,hramkn smua..rkyat bkn bdh..klau nk stop bnda bk nie jgn hrp pru14 bn dpt pgg malysia.

    BalasPadam
  35. E-cig tk blh di haramkn tp kene pantau..kenapa isu ini di perbesarkn,kerana tidak bercukai...yg nmpk bahaya tk di haram kn..buat soal jawab hanyr sesame sendiri mne nk tahu keberan nyr,asik ulng mnde yg sme..tanpa kte sedari kerajaan menberi racun kepada rakyat sendiri..ad tk sesiapa nmpk,sedari....kenapa tk haramkan rokok
    dr dulu...cukai..cukai..cukai...rakyat mati kene xpe jji dwet masuk..pejam mata je...presiden cap jgn cakap byk sgt lau x thu apa2..puuuiiiii...

    BalasPadam
  36. Pendapat saya, dua-dua xbagus...huhuhu...ikutilah dan contohilah Rasulullah S.A.W..in sha ALLAH akan diberkati dunia dan akhirat...Selamat menunaikan ibadah Ramadhan semua... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau begitu.. kuih muih dan air manis (sirap, milo, oren, apa sahaja air (......isi tpt kosong...) yang kita minum hari² pon tak elok... tak bagus jugak bro... cukup kita sekadar minum air kosong je laa bro sbb tu dh mampu untuk hilangkan dahaga... kenapa perlu makan makanan ringan, air manis, kuih muih yg byk gula, nasi putih (karbohidrat penyebab obesiti bila terlampau banyak ia akan bertukar kepada gula) dan pelbagai lagi bahan makanan yang diawet walaupun mereka mengata ia tak merbahaya tapi jangka masa panjang bila kerap digunakan ia tetap memberi kesan kan? Bila bercerita benda logik sila fikir secara logik penyebab penyakit di sekeliling kita... asap kilang, jerebu, asap kenderaan, dan pelbagai lagi.. kereta dan motosikal juga berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan dari kecuaian pemandu itu sendiri. membunuh orang yg tak bersalah. lebih baik saudara menggunakan kuda sahaja sebagai alternatif kerana sesungguhnya ia tak merbahaya berbanding kenderaan lain. jika anda mengatakan sudah ajal... begitu juga dgn perkara lain bro... what's the point? kerana ia adalah keperluaan maka semua akan beranggapan baik kpdnya.. begitu juga makanan dan minuman.. pada saya vape ecig dan minum/makan benda sampingan adalah sama sahaja.. ia lebih baik dari merokok yang jelas merbahayakan kesihatan..

      Padam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. Ramai jugak yang dah ketagih dengan vapo rupanya. Baru ura ura nak diharamkan,ramai dah yang melalak...takut sangap

    maknanya dakwaan e rokok boleh menghilangkan ketagihan adalah bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yg bising sebab takut terpaksa kembali merokok bukan sebab ketagih vapor. They have found a better alternative to live a better life why must revert back to the old one yg terbukti bg bad effects. Sama jugak kalau kereta tetiba diharamkan mesti ramai yg bising sebab takut kena bersesak naik public transport walhal kereta la yg menyebabkan jalan jamm. Takkan nak kata pemandu2 ni "ketagih" driving walaupun memang ramai yg gila stereng.

      Padam
    2. pendek giler akal hang bro, camtu ke conclusion hang..? aku sebagai perokok dah berapa lama cuba berenti merokok. Setakat semangat je tak cukup bro, macam macam aku dah try nicotin etc etc..tapi gagal. Sila bila vape ni terus boleh berenti merokok. Skarang ni kalau berbuka aku dah tak cari rokok dah, vape pun dah mula slow down.Tapi aku akui aku kene vape gak sekadar nak hilangkan gian nikotin dalam badan. Hang kene faham bro, kalau hang dah sebati ngan rokok dekat 20 tahun, payah giler nak quit bro. Lu kalau tak somking,tak yah sembang bagus..At least kita org cuba nak berenti merokok. Dulu masa kitaorg duk smoking kat kedai korang tarik muka, busuk la and etc..etc..Bila kita org dah vape dan boleh slowdown smoking ,lagi lu nak pangkah kitaorg...FIKIR dulu sebelum tulis bro...

      Padam
  39. harap penjualan vape dipantau dan tidak dijual pada remaja bawah umur. saya banyak kali melihat sekumpulan kanak2 berbaju sekolah menghisap vape ini dikhalayak ramai. mereka mengatakan yg menghisap vape ini tidak memudaratkan kesihatan.

    BalasPadam
  40. SOALAN SAYA

    1. KEJADIAN REMAJA BAWAH UMUR MEMBELI SERTA MENGHISAP ROKOK ANALOG/TRADISIONAL DARI TAHUN BILA IA BERMULA?

    2. APAKAH TINDAKKAN KERAJAAN MEMBENTERASNYA?

    3. APAKAH TELAH DAPAT BUKTI SAHIH MENYATAKAN ROKOK ELEKTRONIK BAHAYA ( BUKTI SAH DALAM KAJIAN) DARI KERAJAAN?

    4. PERTUBUHAN WHO TELAH MENGESAHKAN ADA 7000 LEBIH BAHAN BAHAYA DALAM ROKOK ANALOG/TRADISIONAL DAN ADAKAH MASIH BELUM CUKUP BAHAYA PADA KERAJAAN MALAYSIA UNTUK MENGHARAMKANNYA?

    5. APAKAH BEZA ANTARA ASAP DAN WAP?

    BalasPadam
  41. VAP xde cukai tembakau....rokok kena cukai tembakau, gomen dapat income TAPI income dari cukai tembakau tu boleh ke nak cover medical/hospital bill pesakit kanker akibat merokok. Tak sangka ada juga kerajaan dan pembangkang yang bodoh macam ni. Kerajaan mengong tu da semua tau la kan. Pembangkang yang selama ni dok menyalak tak tentu hala, tak mau la pulak menyalak dalam isu macam ni. aku tak isap rokok or vap.

    BalasPadam
  42. smti..saya dah bertahun berenti merokok..dulu dah tahap chain smoker..memang azab time nak berenti dulu..bg saya, mereka2 yg menghentam vape ni adalah org yg memang tak merokok..bg mereka sesiapa ja yg hembus asap tu tak baik..mereka tak nampak kebaikan vape ni bg perokok konvensional..cuma perlu KAWAL penggunaan pada pelajar termasuk di IPT

    BalasPadam
  43. back kepada apa tujuan untuk hidup ....

    anda ada jawapannya ......

    BalasPadam
  44. semua nk haram, semua poyo..
    yg sepatutnya diharamkan x pulak d buat..
    semua poyo, keep on vaping, apa ada hal.
    mau saman ka?

    BalasPadam
  45. haram dulu benda yg sepatutnya diharamkan.
    adaka ecigarette pulak yg nak di haramkan? eh eh?
    poyo semua ni... keep on vaping bh.

    BalasPadam
  46. Stakat haram leh isap lg. Memiliki, menjual leh kna rm3000 pe cer

    BalasPadam
  47. haramkan juga nasik lemak, roti canai dah teh tarik. Ini juga merbahayakan kesihatan. selain itu, sila denda kepada org2 malaysia yg tidak mahu bersenam. ini juga menyebabkan penyakit.

    BalasPadam
  48. sekadar berkongsi.. saya sudah merokok selama lebih kurang 14 tahun.. purata sekotak sehari.. awal Jun lepas saya mula vape.. dari hari pertama vape saya sudah tak hisap rokok.. sehari sebelum ramadhan saya kemas barang vape dan letak dalam almari.. hari ni hari ke-7 tanpa vape/nikotin..

    BalasPadam
  49. biarkan aje diaorang nak isap apa pun, kerajaan tal payah tegah,yang sakit,yg cepat matipun diaorang juga ! !itu yg dia nak ! !

    BalasPadam
  50. aku sokong bro....teruskan perjuangkan hak kami!

    BalasPadam
  51. nk haramkan senang ..nampak org isap rokok .. terus saman .. jadikan kesalahan merokok seberat dadah .. baru la kurang org nk menghisapnya di khalayak ramai .. settle .. tapi cemana nk buat .. pasal pak2 menteri pon isap rokok jugak ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.