Selasa, Julai 23, 2013

WANG TEBUSAN MURAH


Empat lelaki Melayu berusia di antara 22 dan 29 tahun didakwa mengikut  Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup  dan boleh disebat jika sabit kesalahan.


Suspek didakwa menculik penganggur, Ng Mun Tatt, 21 tahun di Taman Sri Muda,  Shah Alam, Selangor pada 15 Julai lalu  dan dilaporkan meminta wang tebusan RM3,000.  Dua lagi suspek lain dikatakan masih bebas.


Ng mendakwa kes ini TIADA kaitan dengan tindakannya didakwa menghina Islam tetapi suspek  bertujuan  memeras ugut wang daripada keluarganya.

Andai diteliti, terdapat 6 suspek terbabit dalam kes ini. Ertinya, wang tebusan itu dikongsikan oleh  6 orang. Andai jumlah itu dibahagikan sama rata, setiap seorang hanya meraih HANYA RM500. Adakah jumlah itu berbaloi dengan hukuman digantung sampai mati MANDATORI  jika mereka semua disabitkan kesalahan?


Siapakah identiti sebenar Ng? Adakah benar dia penganggur? Sila baca entri ini. Barangkali rakan pembaca tinggal di Sri Muda terbuka hati untuk berkongsikan maklumat  sejauhmanakah seriusnya kegiatan perjudian online di daerah itu.


Apapun 4 lelaki didakwa masih berstatus SUSPEK,  mereka BELUM  disabitkan kesalahan. Di mahkamah,  fakta kejadian  bakal didedahkan.




15 ulasan:

  1. Tuan,
    Saya tidak berilmu dan tiada pengetahuan. Tapi kes sebegini, kita perlu mengumpulkan dana guaman bagi sahabat kita yang menegakkan Islam.
    Apakah yang perlu dilakukan adalah memberi sumbangan walaupun RM1.

    Adakah usaha ini menjadi kesalahan?
    Mohon Penjelasan dan tindakan susulan tuan.

    BalasPadam
  2. @walnut, kau ni bangang ke apa, menegakkan islam kepala lutut kau?! jangan guna nama islam dan burukkan islam jika mencederakan bangsa bukan agama islam. kau hanya memburukkan keadaan, macam mana orang bukan islam nak tertarik dengan islam jika sikap macam kau ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hrmmm.. tetap ada juga yang "terpanggil nak bela" orang-orang seperti Mun Tatt & Alvivi.. MAAFKAN AJE MEREKA NI, ye.. syahir
      http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20829-bagi-peluang-alvin-vivian-tebus-kesalahan

      Jadi syahir setuju bebenor le saranan YB Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin supaya umat Islam memberikan peluang kepada pasangan remaja Alvin dan Vivian untuk menebus kesalahannya.

      "Maka oleh itu saya rasakan tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan kedua pasangan remaja itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu."

      Padam
    2. Syahir,
      Saya pertama kali rasa ada sesuatu tidak kena kes ini walaupun saya dah maklum saya tiada berilmu macam saudara.

      Jika saudara rasa saya perlu mengaku bangang, saya terima jika itu mampu buat saudara hebat.
      Sekurangnya saya tahu siapa saudara Islam dan Bangsa saya masa umur sekarang daripada dah bongkok nak mati nanti.

      Padam
    3. Terbaik...kadang kala kita membodoh kan orang....tak salah jika sesekali kita membodoh kan diri kita sendiri...lbeh baik kita mengaku kita nie bodoh tak berilmu daripada mengaku diri kita pandai TETAPI di sebalik nya BODOH...saudara nie sangat rendah diri...tapi saya percaya saudara tidak bodoh dan saudara berilmu...komen saudara amat mendalam maksud nya...selamat berpuasa...

      Padam
  3. Ahmad Syahir Hambali, cantik bahasa awak? Begitukah cara memperjuangkan ISLAM?

    BalasPadam
  4. biasalah tuan..Ahmad Syahir Hambali ni golongan puak2 yang tak boleh ditegur. puak dia lah yang paling islam. konon jgn cederakan bangsa bukan islam sebab hina islam, awak bahasa macam longkang. org islam pon muntah dengar bahasa kau.

    BalasPadam
  5. mungkin kerana ini la ada sesetengah org bkn islam sewenang2 nya menghina agama islam. yg menghina agama islam hanya di panggil soal siasat dan penjara... tapi org islam yg cuba 'mengajar' mereka2 ini pulak bakal berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup. kesian mereka ini... sy harap tidak la seteruk itu hukuman mereka...

    BalasPadam
  6. kes sebergini perlu diteliti dan dimabil berat.... kadang kala ada yg sengaja diambil kesempantan oleh golongan tertentu utk mengalih perhatian. Kes besar yg sebenarnya adalah Alvin dan Vivian tu, tetiba kes ni muncul di perhangatkan oleh pihak tertentu. Pokoknya Islam semakin hari semakin di pandang rendah oleh mereka yg "buta". Dr pandangan perbadi sy, JANGAN menampakkan atau meletakkan islam tu sehingga dipijak2. Yg mane bersalah perlu dihukum dgn setimpal jgn bagi lepas terutama yg menghina Islam. Dan jgn pula terlalu menyalahkan pemuda islam ini sekiranya mereka bangkit mempertahan dan memperjuangkan darah muda mereka yg mungkin selama ini bersabar. Walaubagaimanapun sekiranya kedua2 kes pemuda ini bersangkutan dgn penghinaan agama, sekiranya tiada kaitan perlulah disiasat apa pula kes yg lain nya...??? apa2 pun pihak2 berkuasa dan kerajaan perlu mengambil berat kes ini walaupun agak nampak "terpencil" dr sudut kepentingan politik.... Yang penting Islam perlu DIPERTAHANKAN....!

    BalasPadam
  7. Tak payah nak tanya org sri muda utk kegiatan perjudian. Tanyalah mazidul sendiri. dia kan org sri muda juga. ada rumah flat di srimuda.. ground floor..

    BalasPadam
  8. saya difahamkan oleh polis, mereka culik cina ini bukan bertujuan untuk memeras ugut dengan keluarga cinanya. itu semua adalah rekaan. bagi menutup kes ini. ketika kejadian penculikan, semua wang dompet jam tangan dan rantai emas diserahkan kepada teman wanitanya ketika menculik di sebuah warung makan (tempat kejadian) dan cina ini mengaku ada terlibat dengan meletakkan kepala babi kat kawasan surau. Wallahualam. sekarang saya sendiri pun tak pasti mana satu yg benar. apa2 pun saya hnya terima berita ini sebagai hiburan.

    BalasPadam
  9. Hero-hero dari Pas mengatakan suruh kita memaafkan Alvin dan Vivian.Memang difikir sekali imbas memang patut dimaafkan sebab diorang baru pertama kali menghina Bulan Ramadhan.Tapi sampai bila keadaan ni dibiarkan berlaku??? Setiap kali Islam dihina,Sultan dipertikaikan,banyak kritikan dibuat dan pihak yg bersalah minta maaf,lalu mereka bebas.Bermakna mana-mana individu pun tidak akan takut untuk menghina agama atau bangsa lain kerana mereka akan terlepas.

    BalasPadam
  10. Baguslah,maafkan saja mereka yg menghina Islam tu. Suara2 yg pro Syiah kerap kali mempertahankan musuh2 Islam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.