27 Jun lalu, Pusat Tahfiz Amal, PTA, di Yan, Kedah, mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja lebih 10 tahun DIARAHKAN supaya ditutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK.
Klik di sini.
Saya kemudian meminta bantuan pembaca blog ini untuk bersama memantau kes ini.
Berikut antara gambar dihantar kepada saya oleh pembaca, SELEPAS PTA diarahkan tutup.
Ringkasnya, kegiatan perhambaan kanak-kanak dan remaja didapati masih berterusan.
Ajaib.
Saya belum lagi pasti 100% samada PTA menurut arahan dikeluarkan oleh JAIK atau tidak. Sebelum ini biarpun dua kali diarah memberhentikan operasi namun PTA tetap berdegil.
Salam saudara Mazidul..nampak sangat kepincangan PTA yang memandang remeh isu ini.Kalau boleh saudara dapat temuramah mereka mereka yang berkuasa di PTA kerana rakyat hendak tahu sebab musabab perkara ini boleh berlaku.
BalasPadamSeperkara lagi saudara Mazidul..saya perhatikan reka bentuk perumahan dan bangunan serta rumah kedai sekarang sudah tiada ciri ciri kemelayuan. Tengok bumbung nya sudah hilang identiti melayunya. Ia amat ketara di kawasan kawasan elit. Minta tolong saudara dapat membuat sedikit nukilan didalam blog ini supaya majoriti pengikut pengikut blog saudara dapat informasi itu dan mendapat kesedaran akan kesan dari trend rekabentuk yang menghakis identiti melayu secara perlahan lahan. Terima kasih dan wassalam.
Harap-harap JAIK Kedah juga mempunyai perancangan untuk kanak-kanak tersebut. Ramai di antara mereka adalah anak yatim, atau pun anak-anak dari keluarga yang susah. Mereka perlukan penempatan di sekolah lain.
BalasPadammalam tadi pun di sri permaisuri cheras pun masih ada...berlegar menjual sekitar jam 10pm++...sempat saya bertanyakan pada mereka... dengan yakin budak tu jawab "eh mana ada tutup en"..... mungkin kita masih lemah dari segi penguatkuasaan....hentikan perhambaan kanak kanak...
BalasPadamadakah PTA mmg tak mengikut arahan yg diberikan JAIK atau mmg diaorg tak mkn saman? undang2 tuh dh tak laku kot sbb diaorang msh sewenang2nyer menyuruh pelajar2 tuh utk berjualan
BalasPadamdekat kawasan alor setar selalu sangat eyza terjumpa kanak-kanak yang dieksploitasi macam nie.. dengan tebal muak, mereka nie menegur orang ramai meminta sumbangan.
BalasPadamdan kadang-kadang tu kesian tengok kanak-kanak ni duduk di kaki lima ramai-ramai berkongsi satu maggi cup. makan pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab ada orang pantau mereka.
saya hrp tokey tahfiz ni hartAnya dirampas;-)
BalasPadamSebagai manusia saya cukup kesian melihat anak2 kecik diperlakuan sedemian..kadang2 terfikir jgn la anak2 saya menerima nasib seperti mereke...Kalau betul susah ditutup mohon sangat pindahkan kanak2 tersebut ke sekolah lain agar keselamatn mereka terjamin
BalasPadampada hemat saya, cara terbaik untuk hentikan aktiviti ini adalah ibubapa usah lagi menghantar anak2 ke sekolah2 yang disenaraihitam. bila tiada kanak ini, pincanglah aktivikti tak berperikemanusiaan ini. maaf andai komen saya terlalu emosi.
BalasPadamHendak melatih anak-anak berdikari bukan begini caranya. Kalau perlu sangat untuk menambah sumber pendapatan pusat, boleh sahaja diadakan hari terbuka PTA beberapa kali dalam setahun, promosikan dengan meluas supaya ramai pengunjung datang. Bolehlah guru dan anak-anak PTA belajar berniaga dalam suasana lebih terkawal dan selamat di tempat sendiri, bukannya dikerah ke tempat-tempat awam jauh dari pusat.
BalasPadamKalau tutup Raja Sakti nak makan apa?
BalasPadamSalam..
BalasPadamEn Mazidul, semalam (4 Julai 2013, jam 9.45mlm) ketika saya sekeluarga makan malam di Medan Selera Taman Universiti, Skudai, Johor (Jalan Kebudayaan 8) kami didatangi pelajar dari PTA yang masih menjual barangan.. Terima kasih..
Salam..
BalasPadamSaya kini berada di dataran bandaraya JB.. 10 minit yg lalu kami didatangi oleh pelajar dari PTA memohon sumbangan..
Bleh datang ke seksyen 9 (sunway bangi) bandar baru bangi...makin ramai budak2 yang datang kutip derma..selagi tak bagi duit mereka akan buat muka kesian
BalasPadamminggu lepas ektika makan di kedai di Seremban, saya di datangi oleh seorang anak dari PTA. Saya mengambil sedikit masa bertanya asalnya, dia kata dia sebelum masuk ke PTA tinggal di Senawang. Bila saya tanya di mana, dia kata dekat Maybank. Dataran senawang tersebut adalah kawasan yang biasa untuk saya, dan saya tidak ingat ada orang tinggal di kawawan kedai2 tersebut. Bila saya tanya di mana ibu bapanya sekarang, anak tersebut berkata mereka tinggal di negeri smebilan tapi tak tahu di mana. Bila saya tanya lagi bila masa belajar, untuk masa sekarang ini mereka ad ustaz yang tinggal di Sendayan.
BalasPadamsaya tidak bertanya banyak lagi kerana saya tahu mereka diperalatkan, Oleh itu tidak adil untuk anak2 kecil saya asak dengan macam2 soalan sedangkan mereka tidak bersalah.
Harap Sdr. Mazidul terus menekan pihak berkuasa mengambil tindakan keatas PTA
Assalamualaikum,
BalasPadamsemalam (8/7/2013) sekitar jam 9.45 mlm, ketika makan di Kiosk Bertam, Kepala Batas, kami sekeluarga di datangi pelajar PTA ni. Pelajar tu berasal dari Ipoh. Bila ditanya tentang penutupan PTA, dia menafikan. Dia kata datang dengan seorang ustaz. Ustaz tu pun macam dia, mintak derma di tempat lain. Sekitar jam 10.15 mlm, nampak pelajar ni berjalan ke tempat letak kereta dan hilang begitu saja. Tidak dapat di kesan, siapa yang menjemput pelajar ini.
Kesian bila anak yang tidak tahu apa-apa di pergunakan. Saya berharap sangat ada pihak berkuasa dapat ambil tindakan.
sebenarnya bukan peranan JAIK shj yg perlu dlm menangani masalah ini, JAIK hanya memantau operasi sekolah yg berdaftar di bawah kerajaan negeri shj dan memasikan mereka mengikut sukatan yg telah diputuskan, dlm kes PTA ni dah sah2 penubuhannya xdiiktiraf dan xdi daftar, so kita kna berbalik pd isu eksploitasi kanak2 yg mna institusi sprt kebajikan masyarakat, masyarakt dan ngo2 untuk kanak2 perlu segera turun.. polis juga perlu ambil pusing isu ni walaupun tidak berlaku sebarang jenayah, mungkin perlu ada push terhadap budak2 ni sampai jd kes polis baru polis boleh masuk??? dan dgn cara ini mungkin membolehkan pendakwaan dibuat... untuk kebaikan budak2 ni juga
BalasPadamsalam,
BalasPadammasih lagi berleluasa. baru semalam ada seorang kanak2 berusia dlam lingkugan darjah 5-6 dtg mintak derma dgn menunjukkan resit yg sama di area cyberjaya. ada juga rakan2 sy bgtahu sehingga ke johor pun ada juga kanak2 ini yg dtg meminta sumbangan yg sama.
nampak sangat le jab.agama tk buat koje,buktinya ramai pengomen kat blog2 ni minta tolong en.mazidul turun padang ! ehem. .
BalasPadam