Sebaik balik menjalankan tinjauan bersama kru 666 di Bukit Malawati, Kuala Selangor pagi tadi, saya dimaklumkan berhubung demonstrasi pelajar di pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Sebilangan mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU, terbabit sewaktu meleraikan demonstrasi terbabit.
'Situation in front of the Main Gate of UPSI, students faced with the FRU. Apparently, arrests were made'
klik di sini.
Gambar di bawah disebarkan.
Malangnya berita itu kurang tepat.
Kumpulan berseragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF, dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim.
Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.
Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senam, Ipoh, Perak atau dari Pulau Pinang.
"Dia orang hanya ada 7 orang, naik satu Land Rover, kalau FRU satu troop membabitkan pegawai dan anggota seramai 30 orang," ujar sumber.
"Nampak seperti lebih kurang sama macam FRU?," soal saya.
"Memang, tetapi mereka dari LSF, topi dan pungkis sama tetapi seragam mereka berbeza berbanding seragam FRU," jelasnya.
Dilaporkan 15 lelaki dan seorang perempuan ditahan untuk proses dokumentasi di Balai Polis Tanjung Malim manakala 2 peserta dirawat di hospital. Pihak polis terpaksa bertindak kerana sebilangan daripada peserta demonstrasi cuba merempuh pagar universiti perguruan terbabit.
Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI juga dikatakan pecah.
Adam Adli dilaporkan ditahan, klik di sini.
Polis masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
"Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.
Kini, kira-kira 50 orang masih lagi berdemonstrasi di hadapan Balai Polis Tanjung Malim.
KEMASKINI
"Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.
Kini, kira-kira 50 orang masih lagi berdemonstrasi di hadapan Balai Polis Tanjung Malim.
satu bentuk penulisan laporan yang tidak bertanggungjawab...anda menggunakan kalimah, "dimaklumkan", "dikatakan"....membuktikan anda menulis secara tidak bertanggungjawab...
BalasPadamSalam kunjungan... Tindakan budak-2 takde otak ini disebabkan mereka telah dikunyiti oleh Al-Juburi... Ulasan insiden tsb di blog saya: Gempar!! Polis Belasah Budak UPSI Sampai Nazak??
BalasPadamInilah yang budak-budak tu nak sangat... Bila kena masuk lokap atau tercedera semasa demo, mereka akan guna ini sebagai modal nak perang saraf pihak berkuasa terutamanya polis.
BalasPadamLSF, FRU semua tu PDRM...
BalasPadamBetulll FRU dengan LSF sangat berbesa.... Orang awam kena faham ni !
BalasPadamKenapala budak2 ni...belajar la prabih dulu pastu dah dapat keje ko nak berdemo sampai mati pun xpe..bakal2 cikgu lak tu...pe nasib anak bangsa nnt..
BalasPadamdah tukar ke Sungai Senyum , Ipoh ya? sebab dulu saya tinggal di FRU Sungai Senam Ipoh, dari tahun 1971 hingga 1985 ... aruah abah saya bekerja di sana :)
BalasPadamMelintang patah, mengapa awak masih membaca tulisan didakwa tidak bertanggungjawab ini?
BalasPadamJawabannya, kerana maklumat dipaparkan di sini lebih tepat, kan?
Abu Muaz, habis hendak minta kumpulan boria bertugas menggantikan PDRM ke?
Cuba jelaskan sedikit.
tuan mazidul,
BalasPadambukan sungai senyum, tapi sungai senam, ipoh :)
Rizal, terima kasih and corrected.
BalasPadamkenapa saya nak share dlam facebook tak boleh.... benci betul dengan orang yang suka manipulate situasi....
BalasPadamthanks mazidul...bagi maklumat yang jelas
Salam Bro Mazidul..
BalasPadamSebenarnya inilah yang para demonstran tu inginkan. Publisiti yang menunjukkan mereka 'dizalimi'.
Apa juga yang dibuat untuk menghalang keganasan mereka akan diulas oleh pihak pembangkang sebagai 'keganasan polis terhadap orang awam'.
Mudah untuk kita mentafsirnya. Mereka inginkan imej polis dipandang rendah, sama seperti ketika berlakunya demonstrasi BERSIH dahulu.
Adam Adli dan SMM digunakan sepenuhnya untuk merosakkan imej anak muda kita. Biarpun jumlahnya tak ramai, tetapi berita di media seperti Malaysiakini dan portal pro-PR akan menceritakan sebaliknya.
Terima kasih kerana menceritakan kisah sebenar yang terjadi..
"dimaklumkan" dan "dikatakan"...tu la namanya reporting...bukan pengalaman sendiri...ape la....
BalasPadamsebagai seorng ibu yang mempunyai anak yang menuntut diUPSI,sy sentiasa berpesan...jgn libatkan diri dlm apa2 saja perhimpuan yang melibatkan politik..tugas anak hanya utk belajar,bukan melibatkan diri dlm perkara2 sedemikian..itu adalah harapan semua ibubapa yang mempuyai anak2 yang menuntut dimana2 pusat pengajian tinggi rasanya..bayangkan perasaan ibu/ayah bila mendpt tahu anak mereka melibatkan diri mereka juga dalam hal2 yang tidak sepatutnya...pasti rasa sedih/hampa....bayangkan juga betapa susahnya ibu/ayah mencari wang demi anak2 mereka menamatkan pengajian demi segulung ijazah...
BalasPadamsedarlah wahai mahasiswa/mahasiswi sekalian...bayangkan sekujur wajah tua ibu/ayah anda dikampung...tidak kesiankah dengan pergorbanan besar mereka??
Apalah Mazidul ni, kena baca dululah baru tahu bertanggungjawab ke tak. Blog awak ni dah dicanang-canangkan di FB oleh geng-geng anti students yg demo mlm tadi sbg hujah ttg apa yg berlaku malam tadi. Tapi macam Abg atas tu cakap 'tidak bertanggungjawab'.
BalasPadamAbdullah, seperti dijangkankan, awak tidak memiliki sebarang identiti. Bersuara dan langsung tidak bertanggungjawab.
BalasPadamJika maklumat dipaparkan di entri ini tidak benar, buktikan tidak ketidakbenarannya. Bukan sekadar mendakwa info itu tidak benar. Banyak bezanya tindakan itu.
Blog untuk dibaca oleh semua samada penyokong atau bukan penyokong mereka berdemo.
Saya mendapat maklumat secara langsung kerana Tanjung Malim adalah hometown saya. Jadi tolong nyatakan secara jelas bahagian mana tidak benar?
Polis mengawal demo itu BUKAN FRU, itu fakta unless boleh dibuktikan sebaliknya.
Hujahnya telah dikongsikan di entri ini.
Faham atau masih kurang jelas?
Dear fellow future Malaysians,
BalasPadamIf you are still studying in school or college, and really want to learn politics and nurture your leadership, just join clubs, sports, or any volunteering activities first. Learn the basic things first about leadership, communication, and time management. Please help rebuild our economy first, as we especially Malays and other bumiputera have been left far behind in economy, not only locally but also globally. Without strong economy even if you are the majority and have the most voice in the country, your voices won't be heard, just look at the Africans in South Africa. Nobody will look at you. When we have strong economy, then we don't have to worry about politics because it all will just come along, China has proven it. Deep in your heart, always remember these words, "Don't ask what your country gave you, but ask what you gave to your country"-J.F.K. And together shall we bring this land to be the greatest nation in human history.
From,
a concerned Malaysian who loves his country and people.
FRU tu polislah. Apa beza kena pukul LSF dgn kena pukul dgn FRU? Kurang ke sakitnya?
BalasPadamAwak cerita student cedera langgar pintu kaca klinik. Sama ada betul student kena pukul dgn polis sampai cedera awak tak cerita. Sama ada betul student yg patah rusuk tu kena pukul dgn polis awak tak cerita.
Bhai MazidulAkmal...
BalasPadamNak spin pon berpada-pada la... buat malu golongan pemberita jer....
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam Mazidul,
BalasPadamorang kalo dah benci dan tak mengikut rentak mereka dh tentu akan terus menentang setiap apa yg dijelaskan di sini.
teruskan menulis Mazidul.
saya setuju , lagi pula pdrm mmg ditugaskan utk mententeramkan keadaan unless ada berlaku pergelutan makan mereka terpaksa mengambil tindakan susulan . haha , kalau bercakap dgn mereka yg buta hati mmg tak akan habis :)
BalasPadamharapnya bersemangat WAJA sampai dapat jawatan..
BalasPadamminoriti je yang pegang prinsip..bila dah ada wang dan jawatan perjuangan entah kemana..
remaja sekali seorang jadi sekali seorang buat silap..silakan..
http://idahsalam.blogspot.com/2012/01/sedih-video-detik-cemas-perhimpunan.html
BalasPadamAssalammualaikum Mazidul. Video ini tidak berpihak kepada mana-mana, ia jelas dan nyata siapa yang bertanggungjawab.
Quote:
BalasPadambukan sungai senyum, tapi sungai senam, ipoh
sy pun hairan jugak...
atau mungkin sy yg ketinggalan...
rupanya kesilapan teknikal...
quote:
Mazidul Akmal Sidik berkata...
Rizal, terima kasih and corrected.
Ahad, 1 Januari 2012 1:15:00 PTG GMT+08:00
nampak gaya yg ditangkap tu tak kemana.. jadi cikgu sekolah tadika la gamaknya hahahaha
BalasPadamBro Tips.. Yang ditangkap tu tetap akan jadi guru.. tak kiralah tadika ke apa pun.. tetap guru... Guru yang akan 'MENCORAK' minda anak bangsa termasuk anak anda nanti.. Ramai lagi guru2 di luar sana sedang memerhati apa yang sedang dan telah berlaku.. Mereka manusia berotak sebab tu mereka jadi guru..Fikir2 kan...
BalasPadamyang nampak LFS banyak sebab mungkin dia ambik dari 2-3 balai lain... selalunya 1 balai ada 1 unit LSF yang berkekuatan 7 orang... jadi kalau 3 balai dah lebih 20 orang... betul kan saya kalau silap
BalasPadamBuang masa je layan diaorang tu.
BalasPadamTahniah PDRM. Walau dimaki hamun, Rakyat tetap bersama mereka.
BalasPadamsemua nak slhkan PDRM.. mereka hanya menjalankan tugas.. semasa bertugas mereka mesti memepertahankan diri.. kalau orang tu mengganas xkan PDRM nk tgk je.. polis pukul pesalah bising, pesalah pukul polis tiada siapa yg nk mmbantu..fikirkan jika takdir anda menjadi slh seorang anggota PDRM.. bagaimana anda mnjalankan tugas.. bab politik je salahkan PDRM.. PDRM rakyat biasa juga, ingin mencari sesuap nasi juga.. bkn nya org yg berkuasa..
BalasPadamkalau tengah susah. cari PDRM. kalau kena rompak. cari PDRM. kalau orang merusuh? salahkan PDRM. mentaliti orang buta hati. teruskan menulis saudara Mazidul. ramai lagi rakyat yang masih terang hatinya menerima perkara sebenar.
BalasPadambudak2 UPSI ni semua balaci2 je...semua ada otak tp xmau berfikir. sudahnye pelajaran ntah ke mana.
BalasPadamSalam Bang,
BalasPadamAbg tak payah layan pun xpe budak2 basher blog abg nie...
Biasela, pattern, mane2 blog yg tentang diorg, diorg akan datang serang bg input2 kadang2 beria2 walaupun salah...
sebab, "Big Bos Kunyit" diorg dah ajar...
"Hangpa bohong je, lame2 hangpa ckp bende same, bohong pun jd betol..."
Sebab tu kapal selam boleh menyelam depa kate tak boleh menyelam..walaupun khalifah penang diorg tu sendiri da naik...
wallahualam...
syabas tuan mazidul.. puak pro pkr nii memang perangainya gitu. dibawah engaruh syaitan dulu sekarang dan selama-lamanya.. puak ni jadi keldai anwar .. tak reti nak timbang dahh akibat rasukan syaitan. ada otak bijak namun gagal menjadi bijaksana. teruskan menulis Tuan mazidul.. pedulikan kera-kera PKR nii. yang penting rakyat mendapat gambaran sebenar.
BalasPadamkalau kena belasah pon memang patut..
BalasPadamdah namanya nak buat kecuh..buat demo haram..
tu la puak bangang..kalu dah cedera..nak salahkan pehak lain pulak..
tahu buat tapi tak tahu akibat..
bodo ke ape..
Smti...org kata, kita klu layan org giler...kita pun lelama jadi giler...klu layan org bodoh..lelama kita pun bleh bodoh....jadinya. Lantakan jekla abg..mulut longkang diorg tuh mmg xleh tutup...
BalasPadamMajoriti yang demo anak2 melayu... Orang melayukan suka menang sorak...
BalasPadamDemo berani, kena tarik dengan polis terus takut :)
Haih... menang sorak...
kalau lah yang berdemo ni top scorer UPSI pointer 3.5 and above, aku rasa ada patutnya diorang ni dilayan macam raja...tapi aku boleh jamin, ini semua student yang kemaruk benar nak 'berjuang' atas dasar parti politik...seriously, undang-undang harus diperketatkan dan dikuatkuasakan...golongan yang suka berhimpun ni, adalah lebih bagus berhimpun di masjid daripada bikin kecoh macam ni..takde adab..!!!pptuuiihh...
BalasPadamTerima kasih En Mazidul. Saya selaku mahasiswa pun konfius siapa mulakan siapa. Izinkan saya jadikan laporan En Mazidul sebagai poster pencerahan di laman FB saya. TQ!!!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamni la dipanggil mahasiswa berotak lembu...pikir la dulu nak buat ape2 pn..ble dah diserap kebencian kate gajah rimau pn x kan terima dah...polis itu manusia biasa..mereka perlu jalankan tanggungjawab jaga keamanan..dah mereka buat kecoh..unfair ke polis tak leh nak sentuh dan bertindak sebab die mahasiswa...mahasiswa tu malaikat ke?
BalasPadamAnakGanu... dokkang nok tunggu CGPA 3.5 baru beradab..baguh.. Sedari kiter dapat 17A1..belajor oversea...medik lagi.. tp dulu tudung lening rambut kuning.. paka pakaian hakikat nyer telanjang.. budok2 hok bersuara gining lah hok buleh bwk org kiter ke depang lebih dr bangsa laing.. dokkang baru buleh RM500 terlompat2 suker hati sangat.. demer dop gitu kang? org laing bahang RM240juta nk bela lembu.. kiter (bumiputera).. nk pinjang RM200k nk beli umoh belon tentu lepah.. pandangan amber sajer..
BalasPadambiarlar mahasiswa berotak lembu... jangan kiter jadi lembu.. orang amik RM240j nk bela lembu.. kiter pon..beres boss.. Vice Presiden Petronas kena masukkan orang Cina..beress boss.. kiter bina masjid berjuta2 tp nk semayang jumaat pon xleh..beress bosss.. ending dia??? lu pikir la sendiri bossss...
BalasPadamFRU..PORU..LSF adalah 3 group yang berbeza...macam diketahui umum FRU adalah ANTI RIOT SQUAD yang terlatih secara terperinci untuk mencegah RUSUHAN...PORU pula dari PGA yang juga terlatih untuk membantu FRU menangani RUSUHAN yang BESAR...LSF adalah unit pencegahan RUSUHAN secara kecilan..yang datangnya samada dari balai mahupun IPD...kalau salah sila perbetulkan
BalasPadamp/s: apapun bro mazidul teruskan menulis...teruskan usaha membentangkan FAKTA...dan bukan AUTA...
Korang pikir la de..benda ni srupa je klu pembangkang yg memerintah..umno lak nti yg akan wat kecoh..tetap polis jugak yg kene maki hamun smua..nasib polis ni jadi orang tengah je..tak pihak mana2..ubah la pemikiran tu..jgn pikir takat tu..kaji dulu dalam2..srupa jugak pembangkang yg memerintah..orang lain lak yg akan tibai polis..korang ade pikir smua tu ke...
BalasPadamBerfikir dengan mendalam..benda ni klu di terbalik kan tetap serupa..kalau pembangkang yg memerintah polis juga yg jadi mangsa..jgn nak salah kan polis aje..
BalasPadam