Isnin, Januari 09, 2012

UPDATE DARI MAHKAMAH

Saya tiba di Kompleks Mahkamh Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 5.30 pagi tadi.

Jam 6.45 pagi, kira-kira 1,000 penyokong kempen kelihatan mula memenuhkan ruang parkir di hadapan mahkamah.

Teriakan 'reformasi' dilaungkan, pada masa sama kedengaran suara ustaz menyampaikan kuliah subuh kepada jemaah di Masjid Wilayah terletak berhampiran.

Polis telah bersiap sedia untuk menjaga keamanan dan sayup sayup kedengaran bunyi helikopter terbang di udara.

Hujan turun lebat pada jam 5 pagi telah berhenti, cuaca agak sejuk dan keadaan kini tenang.

Wartawan dan jurugambar tempatan dan asing juga berada di lokasi. Pintu masuk ke Kompleks tidak dibuka kepada orang ramai ketika entri ini dinukilkan.

Sebentar lagi, matahari akan terbit dan saya berharap kempen ini tidak mengakibatkan kekecohan.

Ya Allah, di subuh ini ku panjatkan doa, peliharalah keamanan negara ini.

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.