Jumaat, Januari 13, 2012

ULAMAK MUDA ULAMAK GILA?

" ... ulamak muda ini, ulamak gila orang panggil, gila tidak gila, dia masuk parti sekular, faham? Parti sekular ini, dia pergi masuk, makna air najis itu dia pergi berenang, duduk dalam, bernafas dalam itu. Nah! Boleh dengar 15 ribu seorang sebulan, nah! Tetapi duduk dalam najis sekular. Sekular ini keluar daripada Islam, sesat dunia akhirat ..."

Itu antara petikan kenyataan ustaz tersohor dan kenyataan itu disebarkan di YouTube.

Mereka kelompok berkopiah, dihormati kerana dianggap berilmu oleh masyarakat. Ilmu manusia, setitik air berbanding selautan ilmu Allah.

Apabila kenyataan seperti itu dihamburkan di khalayak ramai, pastinya pelbagai persoalan tercetus di minda masyarakat. Antara kemusykilan, mengapakah kata-kata sebegitu dilontarkan oleh manusia kelihatan dan kedengaran berilmu? 

Apapun sila tonton klip video di bawah.

22 ulasan:

  1. maknanya dia tak ada ilmu lah tu. sebab tu dia ckp serupa tak ada ilmu. haha.

    BalasPadam
  2. Ada salah faham mana-mana ni. Takleh judge berdasarkan apa yang kita tahu je. Ada benda yang kita tak tahu. Pada pandangan saya la, bukan semua ulamak muda yang dimaksudkan Ustaz Azhar gila. Tapi yang sekular. Maknanya yang memisahkan agama dan pentadbiran,politik dan sebagainya. Mungkin itu maksud Ustaz Azhar Idrus. Perkataan 'gila' tu pulak mungkin disamaertikan oleh UAI dengan 'tak betul' atau 'terpesong'. Orang Kelantan ngan Terengganu bahasa dia kasar sikit. Betulkan saya jika saya salah.

    BalasPadam
  3. macsm mana lah ugama islam tidak dicemuh dan dipermain olih penganut lain,dikalangan ulamak sendiri suka merendah dan menghina semasa mereka olih sebab fahaman politik.
    saudara anon 6:29
    bab orang kelantan dan terengganu kononya bahasa mereka kasar sedikit atau banyak bukanlah lesen untuk melabelkan orang lain gila.

    kalu bab kasarq ni,bahasa oghang kedah lagi kasarq..
    maof la anon 6:29 oi aku ni bapa tighi laki mak hang nak selogho,jangan dok magha no.

    BalasPadam
  4. knp bila ulama mcm nie mazidul keluarkan kenyataan dan update kat blog?

    apasal bila org atasan tertinggi tolak mentah2 hudud tanpa usul periksa xna pulak mazidul update kat blog?

    kenapa ye?

    BalasPadam
  5. SMTI, Setuju ngan Hisham.

    Kalau nak kira kasar, orang belah Kedah lagi kasaq..Melaka ke..

    Dulu saya respek dan suka Ust Azhar Idrus..Sekarang tidak lagi..

    BalasPadam
  6. saya org tganu dan bgi saya mengatakan seseorg tu gila, bodoh dan mmanggil seseorg dgn nma beruk atau sewaktu dgnnya adlah t'lalu kasar. hnya segelintir remaja sj yg ska memanggil kwn mereka sdemikian. itupun remaja yang kurang ajar dan tiada maksud 'terpesong' atau 'tak betul' disebalik perkataan gila di tganu. kalau pkataan 'gila' tu mmg utk gila la. bagi saya kalau nak menyampaikn sesuatu ilmu tu cukuplah sekadar menyampaikan yang baik-baik. tidak mencampur adukkan dengan pkataan yang tidak sepatutnya. wallahualam...

    BalasPadam
  7. Apa masaalahnya ? apa yg dikata oleh Ust Azhar tu betullah.....kau org yg kata tak betul tu, sebab dah gelap hati....faham dah gelap hati ?

    Dah gelap hati ni kerana dah termakan duit haram, duit rasuah....he..he..he..

    Kasihan mazidul pun ikut sama.....

    BalasPadam
  8. Ammar, kenapa saya update blog? Jawabannya mudah, kerana ini blog saya.

    ... dan sebab blog Secangkir Kata milik awak sudah tidak dikemaskini sejak 4 hari lalu.

    BalasPadam
  9. Acah, saya kagum dengan kebolehan awak melontarkan tuduhan dan fitnah.

    Ada mengikut perangai sesiapa ke?

    Sekadar bertanya.

    BalasPadam
  10. pada pandangan saya, perlu lihat video ini secara full version.. bukan cut n edit version... takut jatuh fitnah..

    BalasPadam
  11. Ya Rabb..tunjukkkan kami semua jalan yang lurus, jalan yang Kau Redhai dan bukan jalan mereka yang sesat...amin

    BalasPadam
  12. saya bukan kaki blog tegar. tp itu bukan maksud saya. maksud saya ialah,kenapa bila perkara ini mazidul ketengahkan di blog sedangkan perkara tentang hudud yg ditolak mentah-metah mazidul TIDAK ketengahkan?


    rasanya jika tanggungjawap sebagai seorang islam,individu tersebut perlu merangkumi semua aspek yg terletak dibawah ISLAM tersebut.

    jadi main point saya ialah,kenapa mazidul ketengahkan isu ini sedangkan isu tentang hudud yang ditolak mentah-mentah mazidul tidak ketengahkan?

    jika ada isu tentang hudud yang mazidul ketengahkan,saya mohon linknya disertakan.

    terima kasih.

    BalasPadam
  13. ammar, bukankah hudud sudah ditukarkan kepada negara kebajikan? sila rujuk kepada pendirian parti tertentu setelah bergabung dgn parti-parti tertentu...

    BalasPadam
  14. Maaf saya ingin mencelah... Sesengah manusia faham, Islam itu syumul... Islam itu indah. Tapi bagi pendapat saya... manusia yang bergelar islam itu sendiri masih lagi tak menghayati islam itu sepenuhnya. Keindahan islam itu tercemar di sebabkan adanya orang-orang seperti ini. Tak terfikirkah mereka, apa pendapat orang bukan Islam tentang perilaku mereka ini. Tak bolehkan kalau hendak berdakwah, gunakata2 yang lembut dan menyedapkan hati? Adakah Islam mengajar seperti ini?

    BalasPadam
  15. Mungkin semua ada pandangan tersendiri tapi mmacam saya nyatakan dalam komen 6.29 tu, kita takleh menilai berdasarkan apa yang kita tahu je. Mungkin ada something yang terlepas pandang ke.

    BalasPadam
  16. Bila bercakap tentang hukum saya amat respek Ustaz Azhar Idrus..tapi bagi orang yang suka jatuh hukum kat orang lain nie tak cerdik la..kite kene akui yang setiap orang nie ader kelebihan dan kekurangannya..kepada ustaz azhar idrus, ketahui kekurangan anda nie..

    BalasPadam
  17. Hati-hati ketika berpolitik jangan sampai caci-mencaci. Hazrat Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda "Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan tercabut daripada mereka kehebatan ISLAM dan Apabila mereka meninggalkan amar bil ma'ruf dan nahi anil mungkar , mereka akan kehilangan keberkatan wahyu, dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan ALLAH.

    BalasPadam
  18. kepada Acah je....berhati2 bila berkata..fitnah tuh lebih bahaya..umpama memakan daging saudara sendiri....bknla nak tunjuk baik..tapi klu x tau atau x pasti jgn ckp asal boleh jek...nnti kerana mulut badan binasa...

    BalasPadam
  19. kenapa tiba2 ustaz azhar idrus menjadi sebutan di mana2? ade yang puji ade yang hentam. who is he? untuk rekod, kalau anda perasan seseorang individu tak kira ustaz/artis/selebriti bila dah famous maka banyak lah tulisan/video/ulasan terhadap dia. to be honest, saya suka mendengar ceramahnya. pada dia Islam come 1st. halal haram come first. mungkin cara bercakap dia kasar. tapi kebanyakan ape yang die cakap tu betul. sila dengar keratan ceramahnya di youtube. belambak. ini bukti. viewers pun 10000++ so, malaysians know what they heard. encik mazidul, ustaz azhar idrus ialah fenomena. fenomena ke arah gaya hidup seorang Islam yang berkualiti. anda parti mana bukan masalah selagi anda tahu anda ialah orang Islam dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang islam.

    BalasPadam
  20. Mungkin ramai tak mengetahui bahawa Malaysia sendiri sebenarnya ialah negara sekular. Mungkin Ustaz Azhar ini perlu buat bacannya semula mengenai isu sekular.

    http://tinyurl.com/7jqdh2g

    BalasPadam
  21. Pendapat jujur saya, at least pendatang2 ni cari rezeki halal dgn basoh kereta, tak mcm kebanyakan anak melayu yg dpt sumber haram mcm ragot,jadik bapak ayam,merempit sana sini bawak gf.
    (mode: menyampah dgn bangsa melayu yg tak tahu berusaha dan hanya harapkan bantuan org lain & bantuan kerajaan semata2)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.