Nikmati keindahan ikan Kelisa Emas atau Malaysian Golden Arowana, saya rakamkan di Kampung Padang Lalang, Simpang Empat, Semanggol, Perak.
Nama saintifik ikan Kelisa, Scleropages Formosus.
Nama saintifik ikan Kelisa, Scleropages Formosus.
Ikan turut digelar 'Dragon Fish' dilengkapi dua sesungut itu kelihatan garang dan sentiasa bergerak berhampiran permukaan air.
Kelisa Emas bukan sahaja cantik tetapi memiliki keunikan tersendiri.
Sebelum ini, ikan Kelisa Emas liar banyak ditemui di habitat asal, Sungai Kerian, Alor Pongsu. Untuk mengelak daripada kepupusan, kini ikan termahal di negara kita itu diternak di kolam.
Sekitar tahun 1960 an, ikan sama dijual dengan harga RM2 sahaja seekor. Harga terkini anak ikan Kelisa Emas sepanjang 9 sentimeter, RM9,000.
Ikan bersaiz seperti atas berusia lebih 3 tahun dengan berat kira-kira 2 kilogram dianggarkan bernilai RM20,000 sekaligus dinobatkan ikan hiasan termahal di Malaysia.
Kisah ikan Kelisa akan saya sajikan kepada penonton Majalah 3 pada 11 Februari 2012, selama sejam bermula 9 malam.
Bagaimanapun terlebih dahulu, saya ingin berkongsi kejadian istimewa berhubung ikan Kelisa Emas JANTAN bersama semua pembaca blog ini.
Ikan Kelisa betina apabila matang akan bertelur dan kemudian mencari pasangannya, ikan JANTAN untuk telur terbabit disenyawakan. Untuk rekod, tidak semua JANTAN berminat untuk mendekati betina ketika sarat bertelur kecuali sudah bersedia.
Kekadang di kalangan manusia, sikap sama boleh kita lihat. Sebilangan lelaki juga kelihatan kurang berminat mendekati isteri sedang mengandung. Manakala majoriti sentiasa berkorban, meluangkan waktu untuk membelai isteri mereka sebelum zuriat dilahirkan ke muka bumi ini.
Pun begitu pengorbanan ikan Kelisa JANTAN lebih daripada itu.
Bersetuju menjadi pasangan kepada ikan Kelisa betina bererti memikul tanggungjawab teramat besar. Pasangan akan berenang bersama, siang dan malam di antara 4 dan 10 hari. Kelisa JANTAN dipercayai tidak mencurangi perhubungan terjalin dan sentiasa berada di sisi ikan betina.
Perhatikan gambar saya rakamkan di bawah.
Begitu antara saat manis dikecapi pasangan ikan Kelisa Emas terbabit.
Setelah bersedia, ikan betina mengeluarkan telur mencecah 40 biji sekaligus Kelisa JANTAN kemudian menyirami semua telur terbabit dengan sperma, lambang kejantanannya sekaligus telur disenyawakan.
Proses itu berlaku dalam tempoh singkat di dasar sungai atau kolam.
Telur seperti di atas dikutip satu persatu oleh ikan Kelisa JANTAN menggunakan mulut lalu disimpan di dalam ruang rahangnya selama 2 bulan.
Waktu itu Kelisa BETINA menghilangkan diri, barangkali untuk berehat dan meninggalkan pasangannya kesunyian.
Dia sepi dan kelaparan sambil memikul tanggungjawab besar manakala ikan Kelisa betina mungkin sedang bermesra dengan JANTAN lain.
Berikutan ruang mulutnya dipenuhi telur, ikan Kelisa JANTAN terpaksa berpuasa selama lebih kurang 2 bulan.
Dalam tempoh itu, telur akan berubah menjadi anak ikan kecil.
Kuning telur dijadikan bahan makanan oleh anak terbabit di dalam mulut Kelisa JANTAN.
Semakin anak ikan membesar, saiz kuning telur semakin mengecil.
Kelisa JANTAN terus berenang dalam keadaan kurang selesa berikutan saiz rahang bertambah besar, mengembung. Sesekali ikan sama secara spontan mengeluarkan semua anak dari mulut dan melihat samada zuriat mampu berenang atau sebaliknya.
Jika tidak berupaya berenang selesa, semua anak dikutip kembali dari dalam air dan dimasukkan semula ke dalam mulut ikan JANTAN bagi menjamin keselamatan anak ditinggalkan dek ibu.
Hanya selepas kira-kira 60 hari, setelah pasti semua anak berupaya bergerak untuk mencari makanan sendiri, ikan Kelisa JANTAN membebaskan mereka dari mulut.
"Itulah, tengok suami dia, pandai membuat anak tetapi tidak pandai bertanggungjawab menjaga anak"
Sebilangan manusia berkata begitu untuk menceritakan fakta kehidupan.
Jika ikan Kelisa mampu berkata-kata, mungkinkah sebilangan hidupan air itu mengungkapkan kenyataan berikut?
"Tengok betina itu, hanya pandai membuat anak (bertelur), kemudian menyerahkan tanggunagjawab menjaga telur sehingga menjadi anak mampu berdikari kepada JANTAN"
Besar benar pengorbanan JANTAN.
SILA KONGSIKAN ENTRI INI DI FACEBOOK
haiwan pun tahu sifat2 murni dan tanggungjawab
BalasPadamMohon kebenaran untuk masukkan link mengenai pengorbanan jantan ini ke blog saya.=)
BalasPadamItu la... kadang-kadang kita boleh mendapat pengajaran yang berguna dari haiwan...
BalasPadambesar benar pengorbanan jantan...respek la kat ikan kelisa jantan 2...tapi kalo manusia jantan ni..emmm
BalasPadamhehehe...dah begitu lumrahnya ciptaan Allah swt..ikan kelisa jantan dikira membawa anak dalam mulut 2 bulan je..isteri manusia bawa anak dalam perut 9 bulan tuh..apa pun pengorbanan jantan kelisa pasti x sama dengan mulianya manusia yang bernama wanita..tapi betul ke yang bertelur tu betina dan yang membawa telur dalam mulut tu jantan..hehehe
BalasPadamSMTI
BalasPadamsaya baru kehilangan (mati) ikan kelisa yang telah dibela hampir 2 tahun...
Nilai pasaran lebih kurang RM8888.00...
Sedih sangat...bila terbaca entri en mazidul, terus rase sedih...tak sempat ikan saye tu nak merasa jaga 'zuriat' sendiri...
Farisha, setiap yang hidup akan mati, tidak kira berapa sekali harga dirinya.
BalasPadamsmti....terbaekkk lah entri nih...tersenyum sendiri...:)
BalasPadamtry lopehkan dokek sg bil, buleh idup atau tidak
BalasPadampengorbanan ikan kelisa jantan ni ptt di jdkan ikutan lelaki,suami2 zmn skrg nih... berkorban jaga anak2 sndiri
BalasPadamowh macam tu rupanya ikan kelisa membiak. Unik dan istimewa makhluk ciptaan Allah
BalasPadamJangan lupa tanggungjwp yang telah kita pegang amanahnya jika x nak bersusah payah hendak menjawap di akhirat kelak.
BalasPadamSMTI
BalasPadamBetul tu en. mazidul...
BalasPadamHarapan saya dapatla pengganti secepat mungkin...
en mazidul...tersentuh saya membaca cerita ikan ni.
BalasPadamsebenarnya saya memang mengagumi lelaki kerana suami,ayah,abang serta adik lelaki saya memang dlm kategori lelaki penyayang dan bertanggung jawab.
mungkin isteri/emak lebih menonjol kerana dia mengandung,melahirkan dan membesarkan anak-anak.
tapi jika kita berfikir secara logik dan matang lelaki sgt menyumbang dan berkorban kpd keluarga mungkin melebihi pengorbanan seorang isteri.[ramai wanita yg tidak setuju dgn kenyataan saya ini]tapi mmg itu hakikatnya.hampir 90% pendapatan suami utk isteri dan anak-anak.[tak perasan eh?]
saya sering memikir cerita seorang kawan saya tentang seorang suami yg pernah berkata padanya[kawan saya] " saya telah membahagiakan isteri dan anak-anak saya dgn bekerja kuat dan kini mereka telah memiliki semua impian mereka.dan saya juga ada hak utk memiliki impian dan bergembira seperti isteri dan anak-anak saya tapi mereka menidakkannya hanya kerana saya telah jatuh cinta dan ingin memiliki seorang wanita menjadi isteri kedua saya."
sehingga hari ini saya masih berfikir tentang keadilan dlm sesuatu perhubungan... ;)
hebat pengorbanan sang bapa ....
BalasPadamsanggup tak mkn semata2 nk menjamin keselamatan anak2 die .... terharu lah
takat ni..
BalasPadamblum lagi ada kedengaran kes2 sijantan mencabul/rogol.. atau
'haruan mkn anak'...
dikalangan specis ni..
bagus betoi la.. kehidupan mcm ni..
jauh skali kes2.. berparang/simbah asid...hutang ahlong !!!
kihkihkih..
Menarik entry ni ^_^
BalasPadamSMTI..
BalasPadamsaya baru tau ttg ini.terima kasih krn berkongsi
Saya setuju dgn susumanis.Lagi pun haiwan hanya diberikan nafsu tidak dgn akal..manusia diberikan nafsu dan akal..Jadi tak perlu mencari salah antara satu sama lain. Kalau pandai menggunakan akal, segala masalah boleh ditangani.
BalasPadamsmti, umpama kelisa jantan menjaga anak (peribahasa baru) :)
BalasPadamSMTI - Setiap kejadian ada hikmahnya, setiap yang dijadikan Allah ada tujuannya. Subhanallah.
BalasPadamMohon untuk share
BalasPadamhebattttt
BalasPadam