Jam 6.29 petang tadi, di entri MUJUR TIADA MI BANDUNG CETAK ROMPAK DI MUAR, berikutan maklumat disalurkan oleh orang ramai, saya merakamkan kegiatan premis memasarkan DVD cetak rompak secara terbuka di Jalan Ali, Muar, Johor.
Atas kapasiti sebagai rakyat Malaysia dan blogger, pada jam 6.41 petang tadi saya kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Muar menggunakan talian 06 952 6222.
Berikut antara gambar saya rakamkan 28 minit kemudian. Premis terbabit masih lagi beroperasi, begitu juga premis kedua.
Atas kapasiti sebagai rakyat Malaysia dan blogger, pada jam 6.41 petang tadi saya kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Muar menggunakan talian 06 952 6222.
Berikut antara gambar saya rakamkan 28 minit kemudian. Premis terbabit masih lagi beroperasi, begitu juga premis kedua.
Mari kita lihat lokasi premis pertama berbanding lokasi premis ke dua.
Premis pertama di sebelah kiri dan premis kedua di sebelah kanan, berhampiran kedai berpapan tanda merah ditulis 'Hotlink'.
Berikut gambar premis kedua dirakam pada 7.16 malam.
Kira-kira jam 7.24 malam saya merekodkan gambar wanita dan lelaki berseragam memasuki premis terbabit.
2 minit kemudian, semua DVD diletakkan di atas meja di luar dimasukkan kedalam kotak dan premis terbabit ditutup.
Tepat jam 7.27 malam, premis kedua memberhentikan operasi.
Tindakan sama diambil oleh pekerja di premis pertama setelah pasukan polis menyerbu premis terbabit.
Bahan cetak rompak dipercayai dirampas kemudian diangkat ke kereta berwarna putih.
Kenderaaan terbabit beredar pada kira-kira jam 7.33 malam.
Saya kemudian menghubungi semula IPD Muar dan dimaklumkan 2 pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil telah menyerbuk 2 premis terbabit secara serentak.
Terima kasih saya rakamkan kepada pasukan polis IPD Muar kerana bertindak pantas berikutan paparan di blog ini.
"Pergi ke Sungai Abong, ada satu lagi," ujar sumber.
Berkebetulan berjumpa sahabat, saya merakamkan premis dimaksudkan.
Barangkali peniaga memasarkan cakera optik asli pada jam 12.30 malam justeru tidak ramai pelanggan berkunjung ke premis terbabit.
Barangkali.
Apapun ada baiknya, kegiatan premis itu dipantau.
Polis telah membuktikan mereka mampu melaksanakan tindakan secara pantas, penguatkuaasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bila lagi?
Baca maklumat ini.
Di perenggan kedua, menyatakan secara jelas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Ahli Parlimen Pagoh.
Menurut Wikipedia, Pagoh, pekan besar di daerah Muar.
Klik di sini.
Mungkin Timbalan Perdana Menteri boleh mengarahkan penguatkuasa di daerah Muar melaksanakan tugas mereka secara lebih kemas dan berkesan.
Rakyat sesungguhnya melihat kepincangan berlaku.
Barangkali majoriti mereka sudah lali dan muak melihat tindakan sebilangan pihak melanggar undang-undang secara bersahaja dan terbuka.
Jika rakyat tidak mampu bertindak, mungkin pemimpin nombor dua negara itu boleh.
Terima kasih kerana sudi menampalkan entri ini di wall Facebook.
i smell something fishy.. dari gambar pertama, ada mamat pakai baju belang hitam putih.. bila "diserbu", mamat yang sama yang angkut DVD cetak rompak tersebut masuk ke dalam kereta berwarna putih. Kenapa tidak polis tersebut yang bawak masuk DVD tersebut ke dalam van polis. adakah hanya ada seorang dua polis yang membuat serbuan? (maaf, gambar2 yang dipaparkan tidak menunjukkan "serbuan" oleh ramai polis). Gambar juga menunjukkan polis terbabit tolong pulak tolak meja masuk dalam..
BalasPadamMungkinkah polis itu "member" kepada pemilik kedai DVD tu? Maka apa yang dilakukan hanya memberitahu.. "hello kawan.. lu punya kedai masuk blog mazidul la.. lu kasi tutup ini jam jugak.. itu dvd lu angkat keluar.. kalau lu tak tutup, gua terpaksa panggil polis buat serbuan.. esok masuk paper.. lu sindiri malu.."
saya pasti esok lusa tulat.. ia akan beroperasi semula.. kalau ada rakan2 yang duduk di kawasan ni, boleh tolong pantau dan hantar gambar dua tiga hari lagi..
yup, sokong.. nmpak mcm ada sesuatu yg tidak kena..
BalasPadamCuba abg mazidul datang kembali seminggu selepas itu,saya kira ianya akan beroperasi semula seperti biasa..
BalasPadamye,sokong komen pertama. Baru perasan ada mamat pakai baju belang hitam dtg berkunjung ke kedai itu dan mamat yg sama memunggah kotak dvd. Hmm.. pelik dan misteri pulak
BalasPadamPerlukah pihak polis menunggu aduan baru nak bertindak. Saya sangat pasti polis Muar maklum SEMUA kegiatan lanun cetak rompak.
BalasPadamuntuk pengetahuan En. Mazidul..sy selalu lalu dihadapan kedai tersebut untuk pulang drpd kerja..semalam (30/1/2012) kedai tersebut masih beroperasi..pelik yer...
BalasPadamNazhahmad, tolong saya.
BalasPadamRakamkan gambar premis itu dan hantarkan ke mazidulakmal@yahoo.com.
Boleh?
Abg Mazidul...cuba dtg tempat saya...Bandar Kinrara...dah bertahun cina jual cd haram...polis ronda buat derk jee...dah la jual cd lucah..mmg x takut betul diorg ni...mudah sahaja...kalau abg mazidul nk dtg tgk...dari Jalan Kelang Lama ambil susur ke Jalan Puchong dan teruskan perjalanan sehingga nampak satu bangunan White Coffee sebelah kiri jalan. Disebelah tu ada deretan shop lot...kedai cina jual cd haram tu betul2 depan 7Eleven. Waktu beroperasi pukul 7 mlm dan ke atas...moga abg boleh dedahkan...TQ
BalasPadamDepan kedai 7Eleven bersebelahan White Coffee Bean (alamat-Jalan Puchong Mesra 1) ada aktiviti jual cd haram & cd lucah secara terang2 dah bertahun tetapi tiada tangkapan...polis bermotosikal dan berkereta lalu tapi buat x nampak sahaja. tolong abg mazidul kasi terjah sikit...mcm ade yang x kena je
BalasPadamAbang Mazidul.....Kalu Ada masa Mai ler ke utara ni....bongkarkan perihal sindiket seludup minyak diesel di sempadan bUkit kayu hitam.....pasti menarik.....
BalasPadamPermasalhn ni sy pasti xkn dpt diselesaikn sampai bila2..mereka bergerak pantas sekiranya ad serbuan..soalnya..adakah pihak berkuasa lebih pantas dari mereka??? Sekian lama aduan demi aduan dubuat ibarat mencurah air ke daun keladi...
BalasPadam