Ahad, Januari 01, 2012

BANGKIT DAN BARING


 Klik screen shot di atas untuk membaca secara lebih jelas.

Terima kasih kepada blogger tanpa entri, Nik Najmi kerana sudi berkongsi pandangan bersama pembaca blog ini.

INTEGRITI, nilai subjektif.

Barangkali pada pandangan Nik, saya tidak berintegriti. Saya percaya pandangan itu bukan dikongsikan oleh semua pembaca blog ini.

Untuk rekod, saya menulis di sini menggunakan kapasiti sebagai blogger dan tidak melaporkan berita untuk media cetak atau elektronik. Entri ini nukilan saya ke 2,087 dan teringin benar saya membaca pandangan dicatatkan Nik di entri pertama blognnya, kini dibiarkan kosong. Mungkin dia boleh cuba menulis terlebih dahulu sekaligus pembaca blog ini mampu menilai integriti bahan dipaparkannya.

Tujuan saya menulis entri ini, jelas, ingin memperbetulkan fakta seperti didakwa ramai bloggers sejak awal pagi ini.


Unit LSF ditugaskan jika bilangan mereka berdemonstrasi itu KECIL seperti kes berlaku di Tanjung Malim. 

Fakta, pegawai dan anggota FRU hanya berada di lokasi jika bilangan mereka terbabit dalam perhimpunan RAMAI dan sukar dikawal. Pasukan terbabit dilengkapi command center, kenderaan water canon dan senapang pelancar peluru pemedih mata.

Kelengkapan itu tidak saya lihat digunakan di pekan kelahiran saya itu.

Justeru perhimpunan di Tanjung Malim di antara jam 1.30 pagi dan 4.30 petang tadi membabitkan kumpulan kecil.

Lebih menarik, sedang slogan 'bangkit mahasiswa!' dilaungkan, tersebar gambar sebilangan peserta demonstrasi berbaring di atas jalanraya.


Pihak polis melaksanakan tugas mereka, sama seperti peserta demonstrasi ingin mencapai objektif dimaktubkan sejak dari awal.

Andai peserta tercedera akibat dipukul oleh polis, dia atau keluarga diperuntukkan hak untuk membuat laporan berhubung dakwaan itu. Dengan bukti lengkap, polis juga boleh didakwa di mahkamah sekaligus tidak kebal dari tindakan undang-undang andai bersalah.

Jika benar dakwaan mengatakan terdapat peserta cedera parah sehingga NAZAK seperti dihebahkan, saya amat yakin ramai ingin melihat gambar mangsa. 

Apa pun, jika lebih ramai individu berdemonstrasi di Tanjung Malim, saya pasti FRU 'diseru' akan muncul di lokasi.

Jam 10.50 malam tadi, diberitakan pihak polis di pekan sama telah diarahkan supaya berada dalam keadaan bersiap sedia. 

15 ulasan:

  1. aah. memang mazidul tidak berintegriti dalam 'sesetengah hal' yang cenderung ke arah kerajaan. followers rmi seronok bce blog mazidul tapi 'kecenderungan' tuh buat rasa menyampah. orang sudah muak dengan politik negara. tak kisah lah yg dacing atau yg bulan. tapi nak wat camne blog nih dia yang punya. umpama polis yang ada kuasa memukul orang begitu juga mazidul yang ada kuasa ke atas blog nye. ado maalammmm

    BalasPadam
  2. Salam tuan Mazidul.

    Saya curious cemana leh Safwan Anang teruk dibelasah...LSF ke yg buat dia mcm tu? Kalau kena belasah pun sebab apa...

    Sampaikan ada tweet yg mengatakan safwan sedang nazak...

    http://www.adamroslan.com/2012/01/gambar-adam-adli-safwan-anang-dicederakan-polis/

    X kan langgar pintu klinik dah leh nazak?

    Boleh tolong pastikan bagaimana dia tercedera dgn teruknya?

    Banyak betul persoalan saya...Diharap tuan dapat mengkaji lebih lanjut kejadian ni.

    Tq

    BalasPadam
  3. Kita tanyakan Nik Najmi, apakah maksud integriti? Apakah mahasiswa yang mencetuskan suasana tidak aman itu ada integriti? Baring di atas jalan untuk menagih 'simpati' sehingga menghalang lalu lintas?

    Itu ada integriti? Persetankan soal sama ada polis itu unit FRU atau apa sahaja namanya, tapi polis bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara.

    Jangan mudah melabel orang itu ada integriti atau tidak, jika anda sendiri takut untuk mendedahkan diri sendiri.

    BalasPadam
  4. Aphid.
    Sedar pun kamu blog mazidul yg punya.
    Suka hati dia la nak tulis apa apa pun.
    Suka baca silakan.tak suka get lost lah.
    Kamu sorang tak suka seratus lagi yang suka.
    Beribu blog ada,kamu pilih saja yg mana sesua dengan selera kamu.
    Atau pun kamu buka blog sendiri dan tulis apa yg kamu suka.
    Jadi apa masaalah kamu sebenarnya.
    Tolong jawab pertanyaan aku....can i fuck u tonight alfid?

    BalasPadam
  5. Betul ke nazak...kesian mak dia beranakan budak tu.
    Kenapalah tak mati dilanggar lori je.
    Mampos disebabkan kena pukul olih polis bukan kah menyusahkan saja.

    BalasPadam
  6. Bagi yang tidak mengenali saudara Mazidul Akmal secara personal, amat mudah mereka menaburkan komen bingai ikut sedap hati.

    Selama mengenali saudara Mazidul Akmal, dia tidak pernah berat sebelah kepada mana mana pihak sekalipun. Dia melaporkan fakta setelah dikaji selidik sepenuhnya sebelum entry dikeluarkan.

    Bak kata ramai, tak kenal maka tak cinta.

    BalasPadam
  7. Smti....errmmm...heran...naper ada yg xsuka bila abg mazidul menulis dgn fakta?kebenaran mesti diketahui....

    BalasPadam
  8. kalau mencetuskan ketidatenteraman dan menyusahkan orang ramai...wajarlah polis melaksanakan tugas mereka......student student sebegini menghabiskan duit pembayar cukai je.......

    BalasPadam
  9. Saya ada meletakkan link Blog mazidul di dalam facebook sebagai komen seorang yang seolah-seolah menyalahkan polis tanjong malim... malangnya bila saya buka semula... komen saya itu dipadam...

    nampak sangat mereka sebenarnya menyembunyikan kebenaran.... kalau mereka rasa mereka ikhlas.. biarlah orang lain membaca dikedua pihak, supaya semua yang membaca boleh berfikir...

    BalasPadam
  10. salam..sorry mencelah.... kadg kala ape yang d tulis ader benarnye dan logiknye... semua orang berhak bersuara mengenai fakta bukan auta... semakin lame rse seperti sekrang ni dah tak selamat.. ape motif semua ni sebenarnye..em.... ble di amati gambr dan video xcident malam kelmarin dengan care yang di ceritakan oleh sesetengah blog mejority tak masuk akal.... kite yang melihat boleh mentafsirkan nye...

    BalasPadam
  11. masing2 ada pandangan sendiri... Paling penting kena la matang dlm menyampaikan pendirian kita..

    BalasPadam
  12. pada pandangan saya pelajar UPSI ramai yg tak puas hati kerana tidak ditempatkan di sekolah sebagai guru. KPM lebih utamakan keluaran IPG milik KPM sendiri.

    BalasPadam
  13. en. mazidul cuma membetulkan fakta, bukan FRU tapi LSF~ itu saja~ apa nak personal attack pulak nih? aku pun bukan setuju sangat dengan apa yang kerajaan sekarang buat, tapi tak perlulah nak berdemo macam tu tak kiralah demo utk pembangkang ke, utk kerajaan sekarang ke ataupun utk organisasi sendiri~ yang penting, daftar sebagai pengundi dan gunakan hak anda~ dah daftar ke belum?

    BalasPadam
  14. tak faham lah knpe perlu nk berDEMONSTRASI bagai, bru STUDENT kn so blaja ar rjin2 dah ler..EN.NIK NAJMI, if u org yg BERINTEGRITI u kompem bole berfikir secara BIJAK..Tu je point nye~

    BalasPadam
  15. Harap semua pihak bertenang. Semua orang berhak mengekpresikan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita jangan hilang perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Saya sendiri walau tak suka berdemonstrasi ini pendapat saya sahaja sekurangnya mereka punya pendirian. Cuma caranya perlu diperbetulkanlah. Orang muda perlu ditunjukkan jalan yang sepatutnya bukan matikan terus semangat mereka.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.