"Encik dari TV3 ke?," tanya gadis itu.
Namanya T. Jamuna dan berusia 21 tahun.
"Kenapa?," soal saya kepada gadis berbangsa India fasih berbahasa Melayu.
"Saya dan keluarga tinggal di tingkat 11. Emak saya kena mencuci darah (dialisis) sejak dua setengah tahun lalu. Pernah lif rosak 2 minggu, emak saya susah sangat hendak naik tangga. Kita sudah beberapa kali komplen, kalau tengok lantai lif itu sedikit lagi hendak runtuh. Saya risau kalau nanti ada orang terjatuh," ujar anak bongsu dari empat beradik itu.
Biarpun dia tersenyum, saya dapat merasakan kebimbangan di hatinya.
Berikut gambar lif dimaksudkan oleh Jamuna, di Flat PPRT Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya rakamkan sebelum bertemu gadis itu.
Untuk rekod, hanya satu daripada 3 lif di Blok D itu masih beroperasi.
"Sekarang emak pergi mencuci darah. Tiga hari seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat. Emak sendiri pergi, kekadang saya bawa," jelas Jamuna.
"Ayah Jamuna ada lagi?," soal saya.
"Tadi lelaki menolak troli itu ayah saya, dia OKU (orang kurang upaya), bisu dan pekak. Saya kasihan, emak balik dari mencuci darah, badan dia lemah, tidak boleh berjalan jauh, inikan pula mendaki tangga. Tetapi dia terpaksa kalau lif rosak. Saya menghubungi nombor telefon tertera di lif itu, dia orang jawab, kejap lagi! Kejap lagi! Sampai kira-kira 14 hari masih tidak diperbaiki lagi," jelasnya, kesal.
Bayangkan, wanita berusia 58 tahun, berpenyakit buah pinggang terpaksa mendaki ke tingkat 11, flat setinggi 18 tingkat ini.
"Saya akan cuba memaklumkan MPBJ," ujar saya kepada Jamuna.
"Saya akan cuba memaklumkan MPBJ," ujar saya kepada Jamuna.
Maklumat disalurkan oleh pengawal keselamatan berusia 33 tahun, saya temui sebelum merakamkan gambar blok di atas, lebih menarik.
"Disember tahun lalu, lif rosak. Wanita India mengandung, duduk di tingkat 12 terpaksa bergegas turun menggunakan tangga kerana terdesak hendak melahirkan anak kedua. Akhirnya, anak lelaki dia dilahirkan di ruang tangga di tingkat 7 disambut oleh wanita Melayu. Dia turun, tali pusat bayi dibawa sekali ke dalam ambulan menunggu di bawah," ujar anak kelahiran Selangor itu.
Pasti kejadian terbabit sukar dilupakan dek wanita itu.
"Nanti Mazidul pergi ke Blok B, tengok pula keadaan lif di sana. Hanya satu lif sahaja bergerak di semua blok, A, B, C dan D," tambah pengawal keselamatan sama.
Saya dibawa ke Blok B oleh pekerja syarikat pengangkutan, Mohd Ikhwan Ramli, 29 tahun.
Saya merakamkan suasana di ruang berhampiran lif.
"Tengok lantai lif ini, macam hendak runtuh," kata wanita berbaju merah di bawah.
Rintihan mereka saya dengari, malangnya saya bukan wakil rakyat mampu membantu mereka. Untuk rekod, 4 blok flat kos rendah di Jalan Pekaka PSB 8/1, Kota Damansara itu dimajukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.
"Saya tinggal di sini sejak 1 Mei 2003, duduk di tingkat 14 dan lif ini pernah rosak 2 bulan. Penat saya menaiki tangga, orang tua. Lif paling cantik, berlampu, kira lif di blog inilah," ujar wanita berusia 59 tahun di bawah.
Mari kita bersama menyaksikan keadaan 'lif paling cantik' dimaksudkan wanita itu.
"Isteri saya sedang mengandung anak sulung, kalau lif rosak, dia hendak melahirkan anak, memang saya bimbang. Kami duduk di tingkat sembilan," ujar lelaki berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Isterinya, anak kelahiran Rantau Panjang.
Saya doakan wanita itu berpeluang melahirkan cahaya matanya di hospital, bukan di ruang sempit tangga blok terbabit.
"Kawasan perumahan ini kelihatan aman tetapi banyak masalah. Kami minta dua bonggol daripada MBPJ supaya pengguna jalanraya tidak memandu atau menunggang kenderaan secara laju. Jalan utama itu telah mengorbankan 3 nyawa. Tahun lalu, orang tua kena langgar dek kereta, maut. Penduduk pernah menghantar surat kepada MBPJ, malangnya tidak ada tindakan ," dakwa Ikhwan.
"Alasannya?," soal saya.
"Kata mereka, ini laluan utama perumahan tetapi peliknya kawasan perumahan orang kaya di belakang sana, boleh pula diletakkan bonggol, pilih bulu. Rumah datuk datuk, jalan sama juga. Maklumlah rumah PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin)," balasnya.
Saya difahamkam, sebelum PKR mengambil alih tampuk kepemimpinan Selangor, seunit rumah disewa dengan harga RM124, kini RM250 sebulan.
"Teruk juga lif di sini?," tanya saya.
"Hanya satu berfungsi di setiap blok, dua lagi digunakan untuk diambil spare parts. Kekadang lif naik mengikut tingkat, tidak mengikut butang kita tekan. Bayangkan, lif naik ke tingkat 18, selepas itu turun satu tingkat ke satu tingkat lain. Sudah lebih 5 tahun keadaan begitu, saya sudah tinggal di sini kira-kira 10 tahun. Dahulu kami duduk di perumahan setinggan, Kampung Lanun, SS2, Petaling Jaya," jelasnya.
Saya terus mendengar.
"Sebelum Tahun Baharu Cina lepas, kami menganjurkan ekspo menjual telefon bimbit. Masuk hari kedua, 14 Januari, datang 3 trak dan 2 van penguatkuasa MBPJ. Ada orang membuat aduan, kata mereka. Kami orang Melayu, beragama Islam, cuma hendak berniaga. Cuba memohon lesen, tidak diberikan. Penguatkuasa pada mulanya hendak merampas barangan kami tetapi saya cabar mereka. Kalau hendak rampas, pergi tutup dahulu kedai judi berkomputer di atas restoran mamak, dekat lokasi ekspo. Saya cakap, kalau diambil tindakan, kami sendiri akan pergi naik ke premis perjudian itu dan mengangkut semua komputer, humbankan ke bawah," tegas Ikhwan.
"Apa terjadi selepas itu?," soal saya.
"Barulah penguatkuasa bertenang sedikit. Waktu itu ramai penduduk di sini berkumpul. MBPJ kemudian menghubungi polis, bukan kami. Untuk pengetahuan abang, terdapat 2 kedai judi di kawasan berhampiran. Kedua premis berselindung di sebalik kedai snooker, mesin judi di bahagian belakang. Kedai di atas restoran mamak, kalau tidak silap saya beroperasi sejak 8 tahun lalu. Pelanggan majoriti Melayu. Bila dapat gaji, habis duit diserahkan kepada pengusaha premis perjudian, anak isteri di rumah tidak ada beras untuk makan," terangnya lagi.
Sewaktu bersama program 999, saya pernah memasuki premis kedua di atas. Pekerja menjaga meja snooker, warga Bangladesh. Terdapat lebih 20 mesin judi berkomputer di bilik belakang, dijaga oleh pekerja wanita, warga Indonesia.
Orang ramai sebenarnya nampak kejadian berlaku di sekeliling mereka.
Mereka bermata.
Kepada pihak memiliki kuasa, sila laksanakan tugas berlandaskan aduan dikemukakan orang ramai. Rasanya tidak perlu saya menamakan pihak berkuasa terbabit.
Ops! Jika belum mengundi blog ini, sila ke Vocal Blog.
Daftar dan undi, terima kasih.
Ops! Jika belum mengundi blog ini, sila ke Vocal Blog.
Daftar dan undi, terima kasih.
Sila kongsikan entri ini di Facebook, terima kasih.
Masya Allah, sebegini terukkah? :( semoga ada pihak yang berkuasa membaca dan melihat ini kalau ada kat TV
BalasPadamSedih sambil berfikir macam ni buruknya perangai & sikap pihak berkuasa..
BalasPadamMmg org politik + pihak berkuasa tak boleh diharap( tak semua)..
masa menjelang PRU mulut manis mcm ibu gula..semut pun tak mahu hinggap..manis sangat..Lepas PRU rakyat merintih, dorang gelak ketawa naik kereta mewah...
5 tahun saya kerja dikawasan ni, makan di restoran mamak tu.. baru tau atas tu ada kedai judi...
BalasPadamtapi memang keadaan PPRT tu sangat daif, kasihan sungguh... harap pihak berkuasa cepat buka mata
kisah ni mcm dlm cerekarama. selama ini sy ingatkan cerekarama tu cuma fiksyen.
BalasPadamya Allah kesian nye tingkat 11 tu. mog akak yg mengandung tu selamat melahirkan baby nyer di hosp kene la siap2 awal2 g sepital kalau dah sakit baru g , silap silap bersalin kat tangga, moga mereka yg tinggal di sini di permudahkan.
BalasPadamkenapa lah sussah sgt nk jalankan tanggungjwb yg dh di amanahkan... bt keje pun nk memilih2 bulu...
BalasPadamInilah realiti flat PPRT di Klang Valley, mereka seakan di abaikan oleh segelintir PBT...diharapkan agar seluruh PBT di Malqysia ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih amanah!!!!!!!!!!!
BalasPadambaru je vote blog bro..all the best
BalasPadamSubhanallah .... yang miskin tertindas dan semakin ditindas ...
BalasPadamtanggungjawap penduduk setempat jaga lif, kalau rosak semua susah
BalasPadamtapi mulut bisu nak menegur bila ada makhluk yang vandalisma lif tersebut
kalau rosak semua bising tapi susah nak bertanggungjawap jaga bersama2
biaslaah lah barang kali mereka lupa mereka di atas adalah dengan kuasa undi kita di bawah kita di pprt kita di perumahan orang susah miskin kotor . kalau nak harap undi orang di kawasan mewah memang kelaut kedudukan diorang. yb makan gaji buta ke? setiap kali aduan rakyat ataupun membaca laporan tn mazidul saya rasa memang benar lah yab dan yb ni buat kerja apabila hendak pilihan raya . sama sahaja sana dan sini perlu keluar tv baru mahu ambil tindakan kalau tidak?
BalasPadammajoriti flat PPRT macam tu kan?... pegi la mana-mana pun - Ampang ke, Cheras ke... lebih kurang je rupanya... kalau kita komplen banyak pada pihak pengurusan, nanti diorg jawab 'bayar maintenance seciput, mintak servis macam kondo'...
BalasPadammasalahnya orang yg tinggal pun ada juga yang buat perangai buruk... tak jaga harta awam yang ada lepas tu tak bayar duit maintenance... bila ada masalah semua orang kena...
bila nak buat penilaian kita kena dengar 2-2 pihak kan...
SMTI!
BalasPadamWow, kasihan penduduk dekat situ.
BalasPadamhm..sedih dgn penderitaan mereka
BalasPadamMemang daif keadaan yg dipaparkan.. Adakah semua PPRT begini? Apa punca kerosakan? Adakah terjadi dgn sendirinya? Nampak di sini ada 2 pihak yg bertanggungjawab.. 1) pihak yg melakukan vandalisma sehingga persekitaran/ peralatan(lif) rosak, tak dijaga dan kotor.2) pihak yg sepatutnya bertanggungjawab utk menangani masalah (1) di atas. Bagaimana nak mendidik minda utk mengatasi masalah ini? Wallahualam...
BalasPadamMana2 rmh flat mesti hadapi masalah lif...puncanya pengguna juga. Kenapa tak naik saja elok2, kenapa kena conteng2, cabut sana cabut sini? Bila rosak mula buat aduan. Cari cara mcmn nak selesaikan perkara ni. Rmh saya flat juga tp mujur tak ada lif, sek.11 kota damansara tp mmg teruk di bwh pengurusan PKNS. Maintenance RM40/bln tp servis mcm tak ada apa2. Bila hujan, air dr atas bumbung mencurah ke atas astro dekoder, terpercik membasahi koridor & tangga smpai lecak. Buat aduan dah bertahun2 drpd maintenance x tertunggak smpai tertunggak2 sbb tak nak settlekan nak tggu tndakan diambil tp baru-baru ni PKNS bg alasan tak boleh buat apa2 sebab x settle maintenance...Knp dulu masa tak ada tertunggak tak mabil tindakan, bila dah tertunggak pndai bg alasan? Kami org miskin mcm merempat di negara sendiri...
BalasPadam