Isnin, Januari 02, 2012

SUDAHKAH SAFWAN ANANG MEMBUAT LAPORAN POLIS?



Syukur,  Safwan Anang telah sedar dari keadaan 'nazak'. Baca definasi perkataan 'nazak' di sini.


Sudahkah dia membuat laporan polis terhadap dakwaan ditumbuk dua kali di muka seperti dihebahkan? Siapa membelasah dia?

Barangkali dia masih lemah dan tidak berupaya bergerak ke Balai Polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim pada ketika ini.

Berehatlah dahulu.

Jika dakwaan dicederakan itu benar, suspek boleh disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Siapa suspek itu?

Andai penat membaca kes demonstrasi, sila klik Misteri Rumah Berbulu Di Bukit Malawati.



23 ulasan:

  1. Terima kasih MAS kerana berusaha membuat pendedahan tentang hal ni. Macam2 teoti dan konspirasi yang saya dengar tentang demo UPSI ni.

    BalasPadam
  2. Mcm mana nak lapor suatu penyelewengan kpd satu pihak yg menyeleweng?

    BalasPadam
  3. Salam Bro Mazidul,

    Saya sudah melihat rakaman video Youtube, dan mendapat maklum balas kenalan di UPSI.

    Berdasarkan itu, penilaian saya adalah:

    1. Tindakan polis tepat dan amat tegas mengikut kesesuaian.

    2. Polis sudah memberi amaran dan ruang. Malah polis juga sudah meminta perusuh berkenaan berbincang dengan mereka.

    3. Perusuh menggunakan kata-kata provokasi dan maki hamun terhadap polis (penjawat awam. Pada saat kritikal, perusuh mula bertindak berbaring di jalan raya dan memanjat pagar utama UPSI.

    Syabas kepada polis. Kalau anak saya yang terlibat dengan rusuhan ini, saya sendiri akan ambil tindakan lebih tegas terhadapnya kerana mudah diperalatkan.

    BalasPadam
  4. lapuran polis mesti dibuat sendiri oleh mangsa ke?
    polis tak boleh pergi ke hospital?

    LSF , FRU itu adalah PDRM.
    bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pussssingggggggg.

    BalasPadam
  5. kena pukul 1 kali di muka pun sudah boleh pengsan, apatah lagi lebih dari itu.. kawan2 saya yang bersama dengan safwan kata dia dipukul oleh 8 orang anggota.. apa2 pun terserah pada mahkamah jika benar2 ingin dihadapkan ke muka perbicaraan..

    media juga harus adil, dan tidak berada di sebelah pihak sahaja.. media telus dan bebas yang kita harapkan.. bukan media munafik..

    BalasPadam
  6. Mazidul,

    Puak-puak ini akan sentiasa mengambil kesempatan atas apa sahaja perkara yang berlaku. Nak kredit dan tuntut benda bukan-bukan je. Bengang je aku ni!!

    BalasPadam
  7. tahniah kpd pihak polis.. Teruskan jg keamanan negara..berani berdemo, kena la berani tanggung akibatnya.. Jgn nak bising plak lepas tu..huhu

    BalasPadam
  8. ish.......ish...anak anak student yang kaya raya...boleh sibuk ber DEMON trasi..... student student yg bergantung pada penajaan... eloklah sibuk mengulangkaji pelajaran dan memenuhi aspirasi keluarga dan negara....

    BalasPadam
  9. Adam Adli seorang mahasiswa UPSI yang bakal menjadi guru?

    Nampaknya penggunaan perkataan "nazak" itu sendiri tidak menepati keadaan yang sebenar.

    Bagaimana pula mahu mengajar anak-anak sekolah tentang perkataan yang betul nanti? Diharapkan dia sudah disenaraihitamkan dari menjadi bakal guru. "GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI".

    p/s : kesian UPSI, kerana perangai mahasiswa universiti lain seperti UM, UIA dan Unisel, UPSI yang dipersalahkan. Seharusnya Naib Censelor tersebut perlu membuat kenyataan media atas apa yang dilakukan oleh pelajar mereka masing-masing.

    Mahasiswa tahun-tahun 2000-2010 nampaknya saling tidak tumpah perangainya seperti mahasiswa 1970 - 1980. Sikap memberontak yang membabi buta, berpunca hanya hasutan seorang manusia yang tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  10. diberitakan patah rusuk, hairan patah rusuk tapi mampu mengankat tangan berjabat tangan..kuat macama superman!!!...tapi lebih hairan bila kena 2 tumbukan dah nazak!!! teringat pesan sudin pada ramlee dlm seniman bujang lapuk SARANG TABUAN JANGAN DIJOLOK!!!!

    BalasPadam
  11. Kalau tidak salah, si Adam ini ada membuat lapuran polis bila dirinya dan ahli keluarganya diugut oleh pihak yang didakwanya "Samseng UMNO".

    Maksudnya bila nyawa sudah terancam segera pula meminta pertolongan dan bantuan PDRM untuk menentukan keselamatan diri terjamin.

    Yang hairannya dalam Twitter yang ini, PDRM sudah dipanggil "ANJING UMNO" Sikapnya ini sudah boleh diumpamakan seperti "BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT".

    Kepada mahasiswa-mahasiswa yang sealiran dengan mereka ini, saya ingin menasihatkan sesuatu kepada mereka. Jika masih ingin melibatkan diri dalam perhimpunan tanpa permit sebegini, tentukan ilmu mempertahankan diri penuh di dada kerana di mana-mana sekali pun di dunia ini, pasukan polis akan menggunakan pendekatan yang sama, termasuklah juga di negara-negara maju seperti Amerika dan Britain seperti yang berlaku baru-baru ini. Fizikal kena kental,perlu tahu mempertahankan diri. Ini baru PDRM yang masih bertindak mengikut kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Kamu belum lagi bertempur dengan "samseng UMNO" yang dengarnya rata-rata adalah pengamal seni silat dan bertindak sesuka hati mereka.

    Rasanya sudah muak membaca lapuran media tentang peserta demontrasi yang asyik mendakwa dipukul dan dibelasah dengan PDRM. Ternyata sekali mereka ini "lembek" dan cuma tahu berbaring di tengah jalan saja!Yang hanya tahu menjerit-jerit dan kemudianya bertempiaran lari bila dirempuh polis.

    AUKU ini diwujudkan untuk mengengkang aktiviti-aktiviti pelajar yang kerap merusuh menentang kerajaan ketika Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Selepas dari itu, tidak lagi berlaku lebih-lebih lagi bila Anwar sudah menyertai UMNO dan kerajaan. Yang menghairankan, ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran beliau malah mengukuhkan cengkaman kerajaan melalui AUKU. Saya dahulu pelajar UTM dari 1985 -1990 dan ketika itulah beberapa pelajar yang berfahaman PAS dibuang universiti dan Anwar langsung tidak mempedulikan masa depan mahasiswa yang dibuang universiti. Tetapi selepas disingkirkan dari UMNO dan kerajaan, Anwar malah mengapi-apikan mahasiswa untuk menyokong perjuangan dan kebebasan beliau. Kini mahasiswa-mahasiswa digunakan untuk menimbulkan ketegangan. Kenapa tidak gunakan sahaja Angkatan Muda Keadilan jika mahu menimbulkan hura-hara? Kenapa dirobotkan anak-anak muda terutama dari bangsa Melayu hingga mungkin menjejaskan masa depan mereka?

    Sungguh memalukan sikap ini. Seolah-olahnya, Anwar menggunakan tenaga pasukan "sukarela" dan "militan" untuk bertempur tetapi tidak menggunakan "tentera" partinya atau "tentera-tentera sekutunya"!

    Itu sebabnya apa yang kita saksikan sendiri betapa teruknya "tentera sukarela" ini dibelasah ketika demontrasi. Anak-anak muda belasan tahun diperjuangkan sedangkan AMK hanya berpeluk tubuh sahaja.

    BalasPadam
  12. Smti

    Kepada azeel, jgn mudah mengaitkan mahasiswa tahun 2000 - 2010 dgn sikap memberontak yg membabi buta. Saya dahulu mahasiswa tahun 2006 - 2010 dan saya tidak bersikap seperti mahasiwa fahaman adam adli. Tak wajar jika saudara menggunakan perkataan 'mahasiswa' dlm komen saudara. Sepatutnya saudara menggunakan perkataan 'segelintir mahasiswa'. Terima kasih

    BalasPadam
  13. Seorang pelajar kenalah faham pengertian belajar.
    Bukan belajar apa yg ada di atas kertas sahaja.
    Seorang pelajar kenalah pandai berfikir.
    Bukan berfikir ikut akal logik sahaja.
    Bukan senang nak jadi pelajar yg terpelajar & bukan susah nak jadi pelajar yg mendengar pengajar.

    Sama-sama kita belajar erti kesopanan & kesusilaan kerana ular yg menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

    BalasPadam
  14. Nak baca blog cenderung ke arah kerajaan, baca blog pro kerajaan. Nak baca blog cenderung ke arah pembangkang, baca blog pro pembangkang.

    Nak baca blog yang tidak menyebelahi mana mana pihak dan menyampaikan fakta, baca blog Mazidul Akmal.

    Apa susah?

    BalasPadam
  15. Polis ‘Sembunyi’ Kesalahan, Minta Safwan Buat Akuan Terjatuh
    Jenayah @ Mahkamah Kuala Lumpur, 2 Jan :

    Pihak Polis pagi tadi diberitakan cuba menyembunyikan kesalahan anggota mereka memukul dan mencederakan beberapa mahasiswa yang berdemonstrasi di hadapan UPSI awal pagi semalam.

    Beberapa anggota polis dikhabarkan telah mengambil beberapa gambar curi ketika Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib masih berehat di Hospital Slim River.

    Dan mereka dikatakan meminta Safwan untuk menurunkan tandatangan pada satu kertas keterangan polis untuk mengaku bahawa beliau terjatuh di tempat kejadian (UPSI) dan bukannya dipukul (polis) semalam.

    Safwan yang terkejut dengan tindakan itu terus bertindak mengoyakkan keterangan tersebut dan bermasam muka dengan polis terbabit.

    Dibenar keluar hospital

    Keadaan Safwan yang berdarah ketika dipukul

    Safwan, 23, yang merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) 2011/2012 mendakwa beliau tidak melawan langsung pasukan keselamatan ketika pergelutan berlaku.

    Malah, beliau bergelut dengan polis adalah bertujuan untuk membantu rakannya yang sedang dipukul, Amar Rashidi yang turut mengalami pendarahan serius di bahagian hidung.

    Tampil lemah dengan kerusi roda yang disorong isterinya, Masturah, mendakwa, dalam kejadian semalam, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras.

    Pihak polis Perak semalam bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan “rempuhan sendiri” ke klinik berdekatan melalui sidang media yang dilapor hampir seluruh saluran berita arus perdana semalam termasuk di surat khabar hari ini.

    Safwan telah dibenarkan keluar dari hospital setelah doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya hari ini.

    Ambil tindakan mahkamah

    [406591_152111424897948_152011464907944_209022_1888077120_n]



    Safwan yang juga Timbalan Presiden GAMIS mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

    Peguamnya, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

    “Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.

    “Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu.” katanya.

    Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River. - GZDaily

    BalasPadam
  16. Bukankah dia langgar pintu kaca tue, lepas tue tuduh polis belasah dia.. hehehe.. ada dua laporan kes dia ni. pertama laporan dia dibelasah. satu laporan dia lanngar pintu kerana lari dari polis. lakonan sama macam guru dia anwar.

    BalasPadam
  17. cara "nazak" mamat tuh ... cam sama dengan "idola" nya dahulu .... aku pk kalau gie klinik "kerajaan" sure dpt mc berminggu minggu .... dalam tempoh tuh .. leh aaa buat memacam "propaganda" .. hahaha ... teringat kes "tenang" dulu ... heheh ...

    tp apa pun ... aku tak dpt tgk lagi bebudak kolej swasta yang lain .... kenapa "mamat" melayu ini mudah diperalatkan ??

    BalasPadam
  18. tumpang tanye..smti tu ape..dari haritu nampak tp xtau maksud nye *_*

    BalasPadam
  19. Saya Membaca Tampalan Ini - ainol akasyah... ni term utk malas komen tapi tinggal jejak... harap maklum... ;p

    BalasPadam
  20. Tentang kecederaan Safwan Anang, dari sebuah blog - "Sekejap tadi saya menerima satu emel yang mendakwa beliau merupakan kakitangan Hospital Slim River yang menerima pesakit pada malam tersebut. Walaubagaimana pun beliau mahu identitinya dirahsiakan -

    Emel yang dihantar sebentar kepada saya menerangkan secara terperinci keadaan Safwan Anang ketika dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan :
    Muhamad safwan anang was brought to hospital slim river following the allaged scuffle with the police during demostration at UPSI. He claimed sustaining loss of conciousness (LOC) during that event. He however, was fully concious upon arrival at Hospital Slim River.
    > Physical Examination showed that he sustained small abrasion over his lower inner lips and soft tissues injury over his chest. . Chest x-ray did not show any rib fractures or pneumothorax.
    There was no internal injury. He had an old cheekbone fracture. During his hospital stay for more than 24 hours, he was very stable, he can talk, can eat normally,he did not exhibit any symtoms or signs of head injury and was discharged home this afternoon.
    > Allegation that he was punched twice on the face,kicked on his chest was baseless as there were no evidence of such pattern of injuries. However, such pattern of injuries as sustained by him may be contributed to fall and can occur during scuffling.
    > The news that he comatose or had life threatening injury as a result of the schuffled was a total lie. If somebody comatose, he definetely will not be left on the streacher alone and addmitted to the general ward. If he comatose, he will require assisted ventilation to support his breathing and placed in the intensive care unit. Furthermore, he will not be discharged the next day.

    > The other guy (Ammar) sustained linear laceration above the nasal bridge and required suturing to close his wound. This pattern of injury consistent with the injury caused by sharp objects. No evidence that he was punched or injury caused by blunt objects. He received outpatient treatment and was subsequently discharged home."

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.