Isnin, Januari 16, 2012

SAYA TIDAK AKAN MENGUNDI BN ...

"Saya tidak akan mengundi BN (Barisan Nasional). Kalau kedai judi depan mata pihak berkuasa tidak nampak dan tidak ambil tindakan"

Itu antara kenyataan peniaga di pekan SLIM VILLAGE, Perak.


Barangkali ramai terfikir apakah hubungkait di antara Barisan Nasional, BN, dengan premis perjudian diceritakan di sini.

Untuk rekod, sebelum ini, Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat dan kemudian tampuk pemerintahan berpindah tangan kepada BN. Sebagai rakyat, orang ramai melihat, pemerintah berhak mendapatkan bantuan pelbagai pihak berkuasa untuk memberhentikan kegiatan perjudian masih beroperasi sehingga ke saat entri ini ditulis.

"Premis itu dilengkapi kamera litar tertutup, CCTV. Hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk. Kini pintu belakang ditutup. Kebanyakkan pelanggan golongan tua berbangsa Melayu. Masyarakat setempat sebenarnya berasa gusar jika anak remaja mereka terjebak dengan gejala judi. Setiap hari selepas jam 5 petang, premis beroperasi 24 jam itu  akan penuh dikunjungi pelanggan," ujar source saya.

Di kalangan pegawai dan anggota polis, terma  'source' bermaksud pemberi maklumat.

Jam 1.39 tengahari tadi saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, MDTM, Mohamad Fariz Mohamad Hanip.


'Salam Tuan. Premis judi onlne telah beroperasi di SLIM VILLAGE sejak setahun lalu. Gambar dan laporan di http://mazidulakmal.com. Adakah MDTM tahu kegiatan itu? Terima kasih'.

Berikut balasan SMS saya terima 14 minit kemudian.

'Semua premis terlibat kita dah submit ke Bukit Aman termasuk polis juga memantau, sebagai makluman'

Saya kemudian mengajukan soalan seterusnya kepada beliau, juga menerusi SMS.

'MDTM tidak ada kuasa untuk menutup operasi, Tuan?'

Berikut respon diterima pada jam 2.27 petang tadi.

'Itu perjudian di bawah kuasa polis. Kami (MDTM) jika premis berlesen dengan MDTM, operasi perlu bersepadu dengan polis'.

Saya tidak berkhidmat dengan MDTM atau polis tetapi berikutan maklumat disalurkan, sebagai blogger saya terpanggil  untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dalam memerangi gejala merugikan masyarakat itu. 

Jika pemerintah dan pihak berkuasa mengikut saranan 1Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', pastinya banyak telah membuka mata sekaligus bersama menangani kes ini dengan kadar segera.

Ingat, kuasa memilih pemerintah terletak di tangan rakyat dan Pilihanraya Umum  Ke 13 bakal menjelang tiba.

Justeru, dengar keluhan rakyat dan laksanakan tanggungjawab dipikul.

29 ulasan:

  1. Itulah Perangai Manusia Yang Tidak Tahu bersyukur..

    shafiqhashim.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Sampai ke Bukit Aman? Harap pihak kerajaan dapat menempatkan sebuah balai polis di daerah Tanjung Malim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanjung malim tak ada balai polis ke...kat tempat saya ada balai polis tapi kegiatan tu ada juga..siapa yang sepatutnya memantau kegiatan ini.pihak polis ke pbt

      Padam
  3. En Mazidul, Saya pun orang Tanjong Malim... Terima kasih atas maklumat dan keperihatinan En Mazidul. Harap cepat-cepat laa pusat judi tu kena ambush.

    BalasPadam
  4. MDTM kata itu tugas polis,polis kata mdtm bagi lesen berniaga.
    standard piwaian penguakuasa malaysia dalam menjalankan tugas mereka.
    sendiri tak salah,yg salah semua orang lain.
    pelik betul pekan slim village sekecil itu pun polis tak tahu(atau saja buat tak tahu?)ujudnya pusat perjudian disitu sudah hampir setahun.
    jika dalam bandaraya ipoh bolih kita terima alasan tak tahu.
    tindakan terbaik tukar saja semua anggota polis dibalai slim village termasuk ocs nya sekali.

    tahniah saudara mazidul..

    BalasPadam
  5. Dalam perkara seperti ini tidak perlulah sampai ke peringkat pusat. Jangan main lepas tangan. Kalau tak ada kuasa, kerjasama dengan yang berkuasa. Kita mau tindakan segera, atau kena mesyuarat dulu ke? atau tubuh j/k baru?

    BalasPadam
  6. en mazidul,buletin utama tv3 semalam dimana pusat pelacuran dikawasan perumahan.macamana boleh jadi mcm gitu eh.konon pernah diserbu tapi selepas itu beroperasi seperti biasa kembali.kondom bersepah dan perlakuan tidak bermoral boleh disaksikan dgn jelas lagi.

    sehingga pelacur dgn berani "offer" customer didepan isteri.aduhai...

    ishhh mustahil boleh terlepas pandang oleh pihak berkuasa.

    BalasPadam
  7. Ini masalah bila berurusan dengan pihak berkuasa..sana tuding jari ke sini dan yang sini tanding jari ke sana..last-last tak ada apa tindakan yang dibuat.

    BalasPadam
  8. SMTI...Samala dengan tempat saya...satu banggunan dengan pejabat salah satu parti politik.Cuma selang berapa pintu sahaja..tapi tak ada tindakan diambil..

    BalasPadam
  9. Ini rasuah punya hal lah.....
    Saya tertarik apabila Mazidul menggunakan ayat " Untuk rekod, sebelum ini, Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat "

    Kenapalah teruk sangat sdr Mazidul ni.... Pakatan Rakyat memerintah tak dan panas punggung pun sudah di khianati oleh rakan sendiri...oleh katak 3 ekor tu, apa lu tatak tau ka....

    BalasPadam
  10. untuk rekod, kedai judi kat satu kawasan di KL, pengunjung setianya ialah petugas di Bilik Gerakan BN.

    BalasPadam
  11. SMTI

    jangan pulak pihak yang sepatutnya berkuasa dan punya tanggungjawab membanteras pun join sekaki..

    BalasPadam
  12. Sama ada ianya PKR atau BN, mana yang baik kita ambil dan contohi. Daripada sesetengah manusia yang hanya tahu condemn dan tidak melakukan apa apa pun.

    Teruskan perjuangan abang Mazidul.

    BalasPadam
  13. Jap bro. I need to get this clear:

    1. Adakah jawapan YDP itu memberi maksud, syarat lesen yang dikeluarkan MDTM membenarkan perjudian?

    2. Jika benar, tidakkah syarat menjalankan aktiviti perjudian memerlukan lesen Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum lesen perniagaan seumpama itu dibenarkan?

    3. Apakah maksud tersirat "semua premis terlibat kita dah submit ke Bukit Aman." Cadangan saya - kerajaan perlu segera mewujudkan Ibupejabat Polis Perak.Jika sudah ada, seharusnya YDP menulis surat kepada IPK Perak terlebih dahulu.

    BalasPadam
  14. Hahahaha..jgn la rasa pelik wahai rakan2 sekalian.Magnum dan Toto kan pemacu ekonomi negara.so apa ada hal??tepuk dada tanyalah selera..

    BalasPadam
  15. "Untuk rekod Malaysia telah diperintah oleh puak Bee End hampir lebih sedekad kerana itulah kita berada dinegara sendiri tapi umpama hidup di Dhaka atau Jakarta"

    BalasPadam
  16. Saya percaya balai polis kg slim ( bersebelahan Jambatan sungai Slim terletak tidak jauh dari premis perjudian ini. Takkan polis di situ tidak nampak ?

    BalasPadam
  17. BN atau PKR... kedua2nya parti politik, jgn salah menyalahkan. Bak kata Adam, mana yg baik kita contohi. Dan, sebagai penduduk Tjg Malim, sblm MAS membuat liputan kes ni, dah sampai ke tahap mana anda berusaha utk menghalang premis ni beroperasi...

    Kita mesti saling bekerjasama, jgn saling menuding jari. Nanti sampai bila2 pun x selesai masalah.

    BalasPadam
  18. Lin, fakta tetap fakta.

    Memang benar PKR pernah memerintah dan sekarang BN.

    Sampai ke tahap mana? Saya telah memaklumkan kes ini kepada Ketua Polis Perak.

    Ketua Polis Balai, berpangkat Sarjan Mejar berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk memasuki premis itu.

    Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, terletak di Slim River.

    BalasPadam
  19. di pekan tg malim kedai haram vcd dan cd ravi dibiarkan berleluasa walau penah masuk tv3, yg sedihnya kedai ini menjual semberono cd lucah . padahal balai polis hanyalah beberapa ratus meter je.

    BalasPadam
  20. as salam .. ini yang leceh dan buat orang awam malas nak melaporkan sesuatu .. jawapan di terima pastinya membawa maksud .. pihak berkenaan tidak boleh ambil tindakan .. ia di bawah kuasa pentadbiran pihak lain .. " ataupun jawapan paling bingai .. tidak ada sebarang aduan di buat selama / sebelum ini .. " !! Kenapalah sesuatu hal yang serius .. dah jadi kudis .. kena tunggu laporan / aduan baru boleh ambil tindakan ??

    BalasPadam
  21. Banyak kes, peniaga memohon untuk berniaga ikan dah daging, tapi di kedai jual sayuran.. mungkin mula-mula peniaga tulis jenis perniagaan "pusat hiburan keluarga" ke, "perniagaan komputer & internet ke".. so lesen lepas lah..

    BalasPadam
  22. Encik Mazidul,sila berikan e-mail encik kerana IPD Tanjong Malim ingin berikan maklumbalas kepada encik. Encik boleh berhubung dengan hea_tmalim@rmp.gov.my

    BalasPadam
  23. Terima kasih kepada Encik Mazidul Akmal Sidik di atas maklumat berkenaan. Setelah meneliti kandungan blog yang mana niat murni Encik Mazidul Akmal Sidik ingin melaksanakan tanggungjawab sosial dalam memerangi gejala perjudian yang merugikan masyarakat sangat disanjung tinggi. Pihak Polis telah berjaya menjalankan serbuan diatas maklumat positif seperti yang telah dilaporkan. Kami amat berbesar hati sekiranya encik dapat terus bekerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak kami tanpa sebarang prejudis. Kerjasama dan keprihatinan encik di dalam perkara ini amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.