Isnin, Januari 09, 2012

UPDATE 2 MAHKAMAH

Hampir jam 8 pagi, dianggarkan kira-kira 2,000 penyokong berada di hadapan mahkamah.

Ceramah disampaikan, poster dan banting 'Bebas Anwar 901' dipamerkan sekaligus melanggar antara 10 syarat ditetapkan oleh polis. Bagaimana pun setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

"Dia orang ini tidak kerja ke?," kedengaran soalan diajukan.

Tiada siapa di sekeliling saya memberikan respon.

Sebahagian penyokong dilaporkan bermalam di beberapa hotel bajet di Chow Kit, Kuala Lumpur dan tiba di lokasi seawal jam 3 pagi.

Jelasnya, ruang pakir tidak mampu memuatkan 100,000 penyokong seperti dirancang sebelum ini.

Helikopter masih terbang di ruang udara.

posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. ayya agak2 la bro.saya ada sini..mana ada 2k..dekat 10k dh skrg..tmpt pun kecik..

    BalasPadam
  2. Tak mengikut syarat dan peraturan tu saje jer... nak test ketegasan pasukan POLIS... Nanti, bila POLIS dah ambil tindakan, senang sket nak blame POLIS yang memulakan kekecuhan... Alasan macam nie dah biasa dah...

    BalasPadam
  3. terang-terang mereka melanggar syarat,seperti biasa bila polis bertindak,polis akan dicop sebagai ganas,alat kerajaan dan sebagainya...

    BalasPadam
  4. Dorg xde kje lain ke, dari dok sebok kt sne baik g kje, cari rezeki..haisyhh..Menyusahkn org awam yg lain je la dorg neyh~

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.