Jam 5.53 petang tadi, saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan.
'Salam Datuk. Di blog saya memperbetulkan fakta, bukan FRU digunakan di Tanjung Malim tetapi LSF (klik di sini). Cuma inginkan pengesahan, seperti didakwa, Safwan Anang dipukul oleh polis sehingga pengsan, adakah dia telah membuat laporan polis?'
Kira-kira 7 minit kemudian, SMS itu dibalas oleh beliau.
'x ada pun'
Dalam sidang media sebelum ini, Datuk Shukri juga menafikan dakwaan polis bertindak ganas sewaktu menangani perhimpunan haram di Tanjung Malim, Perak itu.
Baca laporan Berita Harian di sini.
Barangkali ramai berasa semakin hairan, jika mendakwa patah tulang rusuk kononnya akibat dipukul oleh polis, mengapakah laporan polis masih tidak dibuat oleh Safwan sehingga ke hari ini?
Saya tidak menulis berlandaskan kepercayaan politik tetapi berasaskan fakta.
Jika kejadian berlaku itu fakta, buktikan dengan fakta.
setuju!budak2 ni cuma tau berpolitik jln blkg je.sama mcm ketua jgk suka yg blkg2 ni
BalasPadam"ooo sumber drp BERITA HAIRAN padanla...
BalasPadammedia pencacai umnoporno mmg buat laporan penuh munafik, media yg tidak bebas dan dicucuk hidung mcm Lembu!!! LEMBU!! pencacai lembu mmg la tak takut dosa!!! "
- jawapan standard komen drp Penyokong PR...
"Ishh budak2 ni patutnyer pi belajar, muda lagi nak involve politik2 ni" -Umno dan atas pagar..
"kami ada hak bersuara la pencacai umno LEMBU!! kalau dah KERAjaan buat kezaliman ,penindasan ko nak dok diam jer ker!! - PR
"Blah la ko penyokong peliwat tegar...mak bapak bg duit suruh belajar, tp sibuk berpolitik..dasar tak reti bersyukur" - UMNO TOTOK
"Ya Allah engkau turunkan, BALA kpd POLIS2 anjing KERAjaan ni!! mereka membuat tindakan zalim mengalahkan BINATANG!! padan la MCM LEMBU!!
"pas pis pus,Depa dok pergunakan Agama utk kepentigan depa Ja..Org suruh bincang ELOK2 nak JIHAD juga!! - bn
"LAWAN TETAP LAWAN!!! Hindari Kezaliman REGIM UMNO BARISAN NASIONAL!! " - PR
"PENCACAI PR ni tak reti Bersyukur, AMBIGA juga yg disokongnya.apa nk jadi nih?? nak Jd mcm 13 mei ker???? " -Perkasa
"UMNO TOLAK HUDUD, Parti Assobiyyah, Najib altANTUYA Bapak sekularime" -PR
"HABES ANWAR tu islam sgt ke Baghal?? Dasar Al-juburi!!! "
"ahh bullshitt arr politik, 2-2 sama jer BODOH!!!"- REMAJA zmn skrng
bila kita tgk balik semua komen ni Melayu Islam kita la juga yg tulis...
Cik Mazidul saya ada terliht video dlm you tube ttg rasional penambahbaikkan dlm AUKU ikut perearan zaman...
BalasPadamlinknya disini..ada 12 video semuanya
tajuknya Ops Bilang* - 10. Fahmi Reza (pt 1) http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=YEpIq3NAP-U
mohon kita semua menonton tanpa prejudis
Living, memang diajar menulis sebegitu rupa?
BalasPadamSedangkan saya mencatatkan pandangan dengan baik.
What you write, shows who you are.
Bro Mazidul: saya paham mksd bro.. saya hanya copy paste drp FB dan mengubahnya sedikit utk kelihatan "sehabes" sopan...
BalasPadamrealitinya itulah tulisan2 yg tertulis didinding FB mengenai politik tanah air..
yg bergaduh melayu kita juga..
tk sabar..tunggu abis bljr dulu la..nnt menyesal seumur hidup kalu rezeki tk pjg kt ipt..
BalasPadamBro Mazidul,
BalasPadamSekadarnya bertanya, apa perlu kita lakukan kalau ada sekumpulan orang berbuat bising pukul 1 pagi berhampiran dengan tempat kita. Patutkah kita memanggil Polis untuk suruh mereka beredar? Atau membiarkan mereka berbuat bising kononnya itu hak demokrasi mereka untuk berkumpul
smti...ermmm...bosan dah pasal yg kunun2 mahasiswa asik berdemo sana sini...dah xder benda lain nak buat...g blaja lar...org lain susah payah, korg asik duk perabih boreh mak bapak...uat demo...ada otak ker xder?
BalasPadamAda bukti kekerasan polis, dakwa peguam
BalasPadamAbdul Rahim Sabri
5:24PM Jan 3, 2012
Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti dan saksi yang menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Fadiah (bawah) yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis.
NONE"Kita percaya siasatan secara bebas untuk menentukan kejadian sebenar yang berlaku... Dan kita juga ada video dan gambar yang jelas menunjukkan mereka (polis) telah bertindak ganas dalam meleraikan himpunan tersebut.
"Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Dakwanya, kekerasan itu digunakan ketika hendak meleraikan perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru.
Bercakap dalam sidang media di depan IPD itu, Fadiah turut mempersoalkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu memartabatkan demokarasi dan hak asasi manusia di Malaysia.
'Penipuan' Najib
Sebaliknya, Fadiah menyifatkannya sebagai "satu penipuan" jika ianya dilihat kepada insiden yang menimpa mahasiswa yang berhimpun di hadapan universiti berkenaan.
"Kita lihat bagaimana mahasiswa dipijak, disepak pada hari berkenaan. Inikah yang dikatakan oleh Najib untuk menjunjung nilai-nilai demokrasi dan hak asasi. Ini adalah satu penipuan," katanya.
smm protest in sultan idris university 010112 muhammad safwan anangKatanya, Malaysia telah menerima prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan polis tidak boleh menggunakan kekerasan atau menggunakan kekerasan pada tahap minumum dalam satu perhimpunan.
"Tapi bila kita tengok dalam kes ini, pelajar langsung tidak bersenjata, mereka hanya mempunyai suara untuk menyatakan tentang kebebasan akademik.
"Tetapi mereka dipijak oleh lebih 200 pihak polis, dipukul dan diterajang dan tidak diberikan bantuan perubatan dan guaman. Adakah ini berpatutan?" dakwa Fadiah.
Sehubungan itu, mahasiswa berkenaan membuat laporan polis supaya kerajaan bertanggungjawab berhubung perkara tersebut dan mendakwa polis yang terlibat ke muka pengadilan.
Ulasan saya : Kemaskan FAKTA anda. Jangan berpihak dahulu sebelum mendengar drp pihak sebelah.
Jangan ikut spt pihak berkuasa yang menafikan dahulu kemudian barulah istihar dibuat siasatan. Telah banyak kali berlaku begini. Track rekod pihak berkuasa tidak meyakinkan.
Sepatutnya pihak berkuasa mesti berkata begini "biar kami siasat dahulu kes ini adakah benar mahasiswa cedera dibelasah polis ataupun dia cedera terkena cermin ketika melarikan diri" Bukan terus menafikan.
Kef, saya masih menunggu laporan Safwan Anang.
BalasPadamSaya tidak berpihak, komen saudara saya siarkan.
Jika dikasari, mangsa sebenar harus membuat laporan polis.
Andai, Safwan telah membuat laporan polis dan saudara ketahui, sila kongsikan di sini.
Jika tiada laporan dari Safwan, siasatan tidak boleh dijalankan.
Insiden UPSI: Siswa buat laporan polis
BalasPadamAbdul Rahim Sabri
4:58PM Jan 3, 2012
Kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hari ini membuat laporan polis berhubung cara pasukan keselamatan itu menangani perhimpunan anjuran sekumpulan mahasiswa di Tanjung Malim kelmarin.
Kumpulan tersebut mendakwa pihak polis kerana bertindak ganas dan mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara pada perhimpunan itu.
NONELaporan polis itu dibuat oleh jurucakap BEBAS Haziq Abdullah Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang ini.
Laporan polis itu mewakili 17 mahasiswa yang ditahan pada hari tersebut termasuk pengerusi BEBAS Muhammad Safwan Anang yang turut hadir dalam sewaktu membuat laporan polis tersebut.
Muhammad Safwan yang berkerusi roda ditemani isterinya Masturah Abu Bakar dan ibu mertuanya Mariam Abdul Rashid. Kira-kira 30 mahasiswa dan NGO hadir memberi sokongan kepada mereka.
Dalam laporan polis itu Haziq mendakwa pihak polis telah mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara, antaranya penangkapan mereka didakwa dibuat secara ganas dan kasar dan aktivis serta peserta ditahan dan diheret secara kasar.
'Bersifat mala fide'
Selain itu, Haziq juga mendakwa polis menangkap dan menahan beberapa individu dengan sewenang-wenangnya termasuk tiga orang yang berada diluar balai untuk memberi sokongan kepada mahasiswa.
"Semua penahanan ini adalah salah di bawah undang-undang dan bersifat mala fide.
smm protest in sultan idris university 010112 student lay on floor"Mengepung pelajar dan tidak memberi sebarang amaran yang seterusnya sebelum menyuraikan kami," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan polis itu juga, Haziq mendakwa amaran polis yang menghalang menyertai pehimpunan aman itu adalah satu tindakan melampau dan menyifatkan polis tidak mendukung prinsip hak asasi dan demokrasi.
Haziq yang juga presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mendakwa kehadiran anggota polis yang ramai adalah "tidak relevan" dan "boleh dielakkan" sekiranya pegawai polis bersedia berunding dengan pihak penganjur.
Sehubungan itu, Haziq menuntut pihak polis dari Bukit Aman membuat siasatan bebas terhadap dakwaan tindakan polis "yang melampau dan bertentangan dengan undang-undang dan hak asasi" pada hari tersebut.
"Kami menuntut tindakan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai polis yang terlibat," katanya.
Ulasan saya : Reminder 1 : Saya mohon utk dipaparkan ulasan saya semalam.