Debaran tidak pernah berhenti sewaktu kru Majalah 3 meredah hutan paya gambut berair hitam di Paya Kopi, Pagoh, Muar, Johor, semalam.
Meranduk air separas pinggang, sesekali terasa bagai ada reptilia berbisa cuba mematuk betis di dalam air.
Sekaligus peluh sejuk mula membasahi dahi.
Gambar pertama saya rakamkan dari ruang berhampiran dada sewaktu berjalan, untuk dikongsikan bersama pembaca point of view sebenar.
Saya terlalu kagum dengan kekentalan semangat, pencari ikan Pelaga, Betta Bellica, Misman Kasran, 45 tahun. Dia mula menjadikan kawasan paya gambut itu sebagai laman mencari rezeki sejak 30 tahun lalu.
Berikut gambar ikan istimewa dicari.
Di kawasan sama kedapatan pelbagai jenis flora dan fauna turut disaksikan dua kakitangan Institut Penyelidikan Perikanan, FRI Glami Lami, Jelebu, Negeri Sembilan.
Sekitar jam 2 petang, kami hampir diserang dek ular Tiung, antara spesis ular berbisa.
Kejadian itu rakamkan oleh jurukamera dan bakal disiarkan pada 11 Februari 2012, jam 9 malam.
Selepas pulang ke Classic Hotel di Jalan Ali, Muar, Johor, badan terasa longlai tetapi kepenatan tidak mampu menghalang saya merakamkan gambar kehijauan daun pokok ditanam di luar lobi hotel.
Muar amat terkenal dengan Mi Bandung enak justeru pada awalnya saya beranggapan terdapat kedai menjual juadah terbabit di lokasi gambar dirakamkan.
Mari kita lihat apa di sebalik daun?
Bukan Pizza Hut.
Saya dimaklumkan penghantar cepat restoran makanan segera terbabit cuma memakir motosikal mereka berhampiran premis 'panas' itu.
Zoom in ...
"Di bandar Muar ini hanya terdapat 2 kedai menjual DVD cetak rompak. Kedai di hadapan hotel itu dibuka sekitar jam 11 pagi dan ditutup pada 10 malam. Sebaik ditutup, satu lagi kedai berhampiran akan beroperasi sehingga jam pagi," ujar sumber.
Sewaktu makan semalam, saya berpeluang merekodkan gambar kedai kedua terbabit.
Mujur tiada Mi Bandung cetak rompak di Muar.
Sila sebarkan entri ini semoga sampai ke pengetahuan pihak berkuasa di Muar.
Kemaskini
Jam 6.41 petang tadi, saya bertindak menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan kemudian disambungkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.
"Selamat petang encik. Nama saya Mazidul Akmal Sidik. Saya ingin meminta tolong sedikit. Saya tinggal di Classic Hotel, di hadapan hotel ini kedai menjual DVD cetak rompak kelihatan terlalu meriah. Justeru tidak molek kalau setiap orang keluar masuk di hotel ini melihat kegiatan itu. Kedai kedua terletak berhampiran. Malam tadi, saya terlihat 4 kanak-kanak dianggarkan berusia di antara 8 dan 12 tahun masuk ke kedai itu. Barangkali ibu dan ayah tidak mampu membeli perisian asli permainan video, saya pun tidak boleh berbuat apa. Tadi saya berdiri di luar lobi, beberapa orang datang dan memberitahu, DVD movie dijual dengan harga RM6 manakala lagu MTV, RM8. Gambar dan cerita, saya telah muatkan di http://mazidulakmal.com. Kalau ada masa mohon encik tengok sekejap maklumat di blog," ujar saya.
"Ok," balas penyambut panggilan.
SMTI
BalasPadamSebenarnya En Mazidul,banyak lagi kedai cd cetak rompak di Muar ni.Cuba en bertanya dengan penduduk di Muar ni mana kedai cd yang menjual Cd cetak rompak.Berlambak...
BalasPadam-Orang Muar,orang yang En pernah tegur berdekatan kawasan kejadian.=)
Kampung saya di pagoh juga. Sekarang ni tgh musim udang galah. Kalau abang nak merasa atau nak cari bahan berita dah dkt sgt tu.
BalasPadam