Zack berusia 27 tahun, berasal dari Alor Setar, Kedah. Tubuhnya kurus, berambut pendek dan peramah.
Dia pengkid.
"Siapa teman wanita awak sekarang?," soal saya.
"Budak Sabah, 'Baby'. Saya berkawan dengan kakak dia. Sebelum dengan saya, Baby bercinta dengan lelaki Cina Semenanjung. Lelaki itu kaki pukul dan sebab tidak tahan dengan perangai dia, mereka putus. Kali kedua pun Baby bercinta dengan lelaki, putus juga. Suatu hari kakak Baby bawa dia keluar, sekali dengan saya. Kami pergi main pool di Sunway Mentari (Petaling Jaya, Selangor). Saya terjumpa dia di situlah," jelas Zack.
Baby, 25 tahun dan penganut agama Kristian.
"Sekarang awak tinggal dengan siapa?," soal saya lagi.
"Sebenarnya, Baby ada 5 beradik. Kakak dia, sama usia dengan saya, dia dan adik dia 23 tahun, semua bercinta dengan pengkid. Kami tinggal serumah dengan emak dia," kata Zack.
"Wow! Emak dia tidak tahu ke tiga anak dia bercinta dengan pengkid?," soalan spontan saya.
"Tahu. Kekadang emak dia bising juga. Apabila terbaca kisah pengkid di surat khabar, emak Baby bertanya, apalah hendak jadi dengan anak-anak aku? Saya tidak ada masalah sangat, jarang berjumpa dengan emak dia. Saya bekerja malam dan balik kerumah pagi. Waktu itu lazimnya emak Baby sudah tidur. Kalau siang kami berdua banyak menghabiskan masa bersama di dalam bilik sahaja," balasnya.
"Buat apa seharian di dalam bilik?," soal saya.
"Ish! Macam abang tidak tahu pula, 'mengecatlah' kalau tidak penat," jawabnya.
Untuk rekod, Zack mendakwa pernah bercinta dengan 6 gadis berbangsa Melayu sebelum ini.
"Kami putus samada disebabkan mereka mendapat teman lelaki atau bekas teman wanita saya hendak menjalinkan hubungan dengan kedua sekali, saya dan teman lelaki mereka. Ish! Saya tidak mahu begitu dan terpaksa berundur diri," terangnya sambil tersenyum.
"Awak berbengkung ke?," soal saya.
"Ya," balasnya.
Spontan dia mempamerkan bengkung berwarna coklat membaluti tubuhnya.
"Saya berbengkung dari atas pusat sampai ke dada. Masa berumur belasan tahun, saya memakai sport bra sahaja," jelas Zack.
"Sebelum ini awak ada buah dada?"
Soalan itu saya lontarkan.
"Ada tetapi kecil sangat, sebaik nampak kalau berbaju. Sekarang ini sudah leperlah, sejak saya menggunakan bengkung bermula tahun 2004," jawabnya bersahaja.
Jarang benar saya berpeluang berbual bersama pengkid seperti Zack. Dia kedengaran begitu ikhlas mendedahkan rahsia kaum sejenisnya.
"Kalau asyik bercinta dengan perempuan sahaja, sampai bila awak hendak berkahwin?," tanya saya.
"Kalau ada jodoh, InsyaAllah. Untuk pengetahuan abang, sejak kecil, saya memang cenderung bercampur dengan lelaki. Jadi apabila besar saya tidak bernafsu dengan lelaki. Saya lebih gemar menggoda perempuan. Walau bagaimanapun kalau menonton televisyen atau membaca surat khabar, saya amat benci kalau mengetahui kes pengkid menggoda isteri orang atau teman wanita orang lain. Itu macam sial! Saya banyak berubah sejak bertemankan Baby, antaranya berhenti minum (arak) sebab dia tidak bagi," ujar Zack.
Baby kini bekerja di pusat membeli-belah di Subang Jaya, Selangor.
"Pengkid melayan teman wanita mereka bersungguh-sungguh, kan?," soal saya.
"Ya. Saya sanggup membelikan setiap barangan dia hendak biarpun saya tidak membeli barangan untuk saya," katanya.
Dia kemudian mengaku kerap melontarkan kata-kata manis untuk terus memikat teman wanitanya.
"Bukan sukar sangat hendak memikat perempuan bang. Buat mereka rasa selesa, disayangi dan selamat, mesti 'cair' punya. Lagipun, pengkid dikenali kerana sifat caring sebab itu ramai perempuan tergoda," jelasnya tanpa prejudis.
Saya difahamkan, sebilangan gadis tidak kelihatan seperti pengkid juga didapati menjalinkan hubungan songsang sesama jenis.
NOTA
Saya difahamkan, sebilangan gadis tidak kelihatan seperti pengkid juga didapati menjalinkan hubungan songsang sesama jenis.
NOTA
Jika pembaca berasa hasil karya saya selama ini wajar dinobatkan antara blog paling vokal, sila UNDI di Social Media Award 2012.
Sokongan dan jasa kalian amat dihargai.
Tak kan la hari2 dok mengecat bilik...
BalasPadamSMTI
BalasPadamsalam en mazidul ....
BalasPadamsepatutnya kena tanya satu lagi soalan cepuemas ....
antaranya " bila awak berusia dalam 30 atau 40 an ... bagaimanakah anda agaknya ?, adakah anda masih lagi begini ?" ...
:)