Ahad, Januari 08, 2012

SABARLAH PDRM

Sebelum Maghrib tadi saya sempat singgah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur tetapi hanya dibenarkan berada di kawasan berhampiran jalan utama sahaja.


2 anggota polis menjaga jalan masuk ke Kompleks terbabit.

Sebaik bersalaman, saya berasa terharu melihat tugas mereka. Biar pun keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diumumkan oleh mahkamah selepas jam 10 pagi esok, anggota polis itu telah berada di lokasi.

Mereka antara anggota pasukan keselamatan berfungsi untuk menjamin keselamatan orang ramai. Terlintas di fikiran saya, mereka juga berkeluarga dan barangkali hari hujung minggu begini, sepatutnya mereka bersama anak dan isteri di rumah.

Namun kerana tugas keduanya 'terpacak' di hadapan Kompleks dipercayai bakal 'panas' sesudah subuh esok.

"Sabarlah dalam menjalankan tugas dan jaga diri baik-baik," pesan saya kepada mereka sebelum beredar.

Penganjur Kempen Bebas Anwar 901 dilaporkan telah bersetuju mematuhi 10 syarat dikenakan oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM demi memenuhi semangat Akta Perhimpunan Aman 2011.

Syarat terbabit disenaraikan di sini.

Semua syarat itu dilaporkan telah dipersetujui oleh pihak penganjur, klik di sini.

Dilaporkan di antara 4,000 dan 5,000 penyokong kempen akan berkumpul di ruang parkir berhadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.  Justeru kebarangkalian syarat diketepikan tetap wujud.

Dalam sebuah keluarga, kekadang berlaku pertelagahan, ini kan pula di kalangan ribuan manusia beremosi.

Ribuan kepala, ribuan hati, ribuan tindakan.


Mengikut takrifan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 'aman' bermaksud 'tidak ada sesuatu yang membahayakan atau yang menakutkan, tenteram, sentosa'.

Mengawal ribuan manusia berhimpun menggunakan hanya 2 pembesar suara, bukan tugas mudah. Justeru timbul persoalan, mampukah 2 individu pemegang pembesar suara itu menyempurnakan tanggungjawab berat terbabit secara sempurna?

Sikap ribuan manusia berbeza justeru tindakan mereka juga pastinya tidak sama.

Apa pun manusia dipegang kepada kata-kata (janji) mereka manakala lembu pula dipegang menggunakan tali diikat di hidung. Cuma kekadang ramai terkeliru di antara manusia dan lembu.

Saya yakin pada masa ini, pihak berkuasa juga telah mengambil kira kemungkinan perhimpunan bakal berlangsung di lokasi berbeza di seluruh negara pada hari sama.

"Sudah kedengaran bisik-bisik berhubung kebarangkalian perhimpunanjuga bakal berlangsung pada 10 Januari (10.01.12), Selesa, mana tahu, sekiranya keputusan mahkamah terhadap Anwar tidak dipersetujui penyokong beliau," ujar rakan saya hubungi pada jam 1 tengahari tadi.

Saya difahamkan sumber boleh dipercayai, pasukan polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan mula bertugas mengawal aliran trafik ke ibu kota bermula pada jam 1 pagi ini.


Pada masa sama, saya dimaklumkan, dalam taklimat petang tadi, polis diingatkan supaya bersabar sekiranya  berhadapan dengan provokasi.

"Kalau polis bertindak kasar, sebenarnya itu saat ditunggu-tunggu," ujar kenalan.

Lazimnya, pelbagai rakaman video disebarkan di You Tube selepas perhimpunan berlangsung. Kali ini saya amat percayai pihak berkuasa juga bersiap sedia merakamkan visual perhimpunan sama.

Andai kata perhimpunan esok berlaku secara aman, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, pasti kerana ada antara 10 syarat dikenakan PDRM dilanggar.



6 ulasan:

  1. alahai pdrm sudah ckup2 la bagi muka..selma ni dh ckup baik layanan pdrm..cb tengok negra lain jauh lbh trk dri kita..syukur la skit..

    BalasPadam
  2. baru ptg tadi seorg pencen askar beritau saya 'sekarang komunis dah pindah ke bandar. makin mcabar tugas polis'.

    apa pun saya tetap menyokong PDRM. mudahan dugaan mjadikan kalian insan kian komited pd tugas.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.