Rabu, Januari 18, 2012

MI SUP CAMPUR LIPAS

Kebelakangan ini, kita dipaparkan berita berhubung usaha pihak berkuasa mengesan premis menjual makanan menggunakan Sijil Halal selain daripada dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Baguslah.

Isu berkaitan Sijil Halal telah lama saya sentuh di blog ini dan saya percaya pembaca setia pasti menyedari fakta itu.

Jika diperhatikan ramai pemilik restoran mamak meletakkan ayat Al-Quran di dinding restoran mereka. Namun jika diteliti, restoran sama tidak memiliki Sijil Halal JAKIM. Jelasnya mereka yakin, sebaik melihat ayat di dinding, pelanggan beragama Islam yakin makanan disajikan di premis itu berstatus halal.

Hakikatnya, bukan mudah untuk mendapat Sijil Halal JAKIM kerana syarat ketat dikenakan bertujuan untuk menjamin makanan disajikan halal dan suci.

Bak menjadi trend, sebilangan restoran mamak kini menggajikan tukang masak warga Thailand untuk menyajikan masakan panas seperti tomyam dan pelbagai makanan lain. Lazimnya, mereka mula berniaga pada jam 5 petang sehingga awal pagi.

Ya, restoran mamak kini menyediakan tomyam.

Jika berkunjung ke premis sebegitu, saya sarankan pembaca menjenguk dapur restoran. Melalui pengalaman, saya mendapati sebilangan tukang masak dari negara jiran itu tidak mementingkan kebersihan. 

Dapur mereka bersepah.

"Tengok, ada 2 anak lipas dalam mi sup," kata saya kepada pekerja restoran mamak.

Pekerja terbabit melihat mangkuk mi untuk memastikan kebenaran dakwaan saya. Mujur saya terlihat anak lipas terbabit terapung di permukaan kuah mi sebelum menyuapkan makana ke mulut.

"Cakap kepada tukang masak, saya hanya hendak makan mi sup, bukan mi sup campur lipas," ujar saya.

Keesokkan hari, saya dapati tukang masak itu tidak lagi bekerja, dia telah diberhentikan oleh majikan.

Saya kini berada di Taiping, Perak kerana melaksanakan tugasan Majalah 3. InsyaAllah, esok saya akan menulis entri lebih menarik untuk bacaan semua.

Sebagai peringatan, pergilah menjamu selera bersama keluarga di premis menjual makanan memiliki Sijil Halal bukan secara semberono makan di mana sahaja.

Sebagai pelanggan kita mempunyai hak untuk memilih.

6 ulasan:

  1. mak ai kembang tekak den, ada juga kedai makan yang hidang makanan yang ada rambut..yuck :((

    BalasPadam
  2. harap pihak berkuasa tingkatkan lagi operasi sijil halal ni... masa duduk kat bukit sentosa dulu, pernah jugak termakan mee goreng lipas.. agaknya tu resepi terbaru..pesan pulak nasi ayam, sekali dapat ayam yang dah busuk..restoren mamak memang pengotor.. pernah sekali menjengah ke dapur, terlihat 2 pekerja mamak tengah buat bebola roti canai.. baju tak pakai, duduk terkangkang.. badan penuh dengan peluh.. sampai sekarang tak berselera kalau nak makan roti canai kat kedai mamak...

    BalasPadam
  3. SMTi..Terima Kasih atas peringatan..JAZAKALLAH!

    BalasPadam
  4. Pernah sekali ternampak mamak uli roti dengan kaki, kebetulan nak pergi tandas terpandang la pula, masa tu dalam jam 1pagi,..tak larat uli pakai tangan agaknya terlalu banyak berkilo2...agaknya kuku kaki tu potong tak..?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.