Gambar dirakamkan oleh Ustaz Zaharuddin Zainal, 32 tahun, di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 Oktober 2010, menarik perhatian ramai pembaca.
Untuk rekod, Ustaz Zaharuddin, guru juga imam Masjid Sungai Besi, Kuala Lumpur, graduan Universiti Al-Azhar, Mesir, Al-hafiz mula terbabit dalam rawatan menggunakan kaedah Islam sejak berusia 16 tahun.
Kini, beliau seorang daripada perawat di Kasturi Syifa'.
Insan berilmu lazimnya merendah diri, itu antara ciri dimiliki oleh beliau. Jika pembaca atau kenalan berhadapan masalah berhubung gangguan jin, sila berhubung terus dengan rakan perawat, Ustaz Musleh Muhammad Ali di talian 012 298 7900.
InsyaAllah mereka mampu berikhtiar.
Berbalik kepada gambar di atas, saya teringat kenyataan dikongsikan oleh perawat di Kasturi Syifa' sebelum ini.
"Jin tidak boleh dilihat dalam bentuk asal tetapi mereka mampu menyerupai bentuk berbeza"
Sebelum tinjauan di Hutan Lipur Ulu Bendul dilaksanakan, klik di sini, kru 666 dimaklumkan oleh Ketua Balai Polis Terachi, pelbagai entiti paranormal di dakwa pernah muncul di sekitar lokasi gambar di atas direkodkan.
"Sebilangan pengunjung mendakwa terlihat 'benda' terbang di kawasan itu," ujar beliau.
Namun setelah berjaya dirakamkan, entiti terbabit tidak kelihatan begitu menakutkan. Kami tidur di kawasan sama juga tidak berhadapan dengan sebarang gangguan pada malam sama. Alhamdulillah, semua kru 666, Penyingkap Fakta dan Ustaz Zaharuddin tidur lena.
Itu fakta.
Pada ketika ini, saya amat yakin, gambar seperti itu tidak pernah dirakamkan di negara kita. Jika ada sekalipun, barangkali butiran tidak didedahkan kepada masyarakat.
Hampir 6 bulan bersama 666, sebagai penulis Blog Penyingkap Fakta saya berpeluang menemubual ramai responden melontarkan pelbagai dakwaan berhubung kejadian paranormal.
Berikut petikan dakwaan lelaki warga Indonesia sewaktu kami menjalankan tinjauan terbaharu.
"Kami berbual kira-kira 15 minit, dia berdiri di depan saya. Saya minta dia sering datang ke sini tetapi selepas kali pertama itu, dia tidak lagi pernah muncul. Empat bulan lalu, kawasan ini hutan, orang hanya datang ke tasik untuk memancing," jelas anak bongsu daripada 6 beradik itu.
Klik di sini untuk membaca liputan lengkap.
Sewaktu mendengar penjelasannya, saya sempat mengajukan soalan berikut.
"Kamu nampak wajah dia?"
Malangnya, responden terbabit didapati gagal menjawab soalan itu kecuali berkata ...
"Dia cantik"
Sewaktu mula bertapak dalam dunia penyiaran pada tahun 1995, saya diajar bahawa mata manusia hanya memerlukan 2 saat untuk mengenal pasti sesuatu subjek. Dalam erti kata lain, jika kita melihat sesuatu subjek selama 1 saat, otak tidak mampu mencernakan maklumat diterima justeru mata tidak mampu melihat secara jelas.
Dalam kes membabitkan lelaki Indonesia terbabit, dia mendakwa berkomunikasi dengan subjek selama kira-kira 15 minit, durasi cukup panjang untuk dia mengingati setiap perincian wanita didakwa berdiri di hadapannya.
Tetapi hakikatnya dia tidak mampu berkongsikan butiran terperinci berhubung wanita itu.
Ringkasnya, dalam kes membabitkan entiti paranormal, telinga kita seringkali disumbatkan dengan pelbagai informasi berbentuk dakwaan kekadang amat menakutkan.
Dakwaan tanpa bukti amat sukar dipercayai.
pengalaman sy dan x BF nampak pontianak berbaju putih dengan rambut panjang berdiri tergantung sebelah hway menghala ke kelang sanagt sangat menyeramkan..
BalasPadamSyukur, tiap har langgar jin hantu, tapi tak cederaa,,aaaminnn
BalasPadamTuhan sayangg
SMTI.
BalasPadam