Jumaat, Januari 20, 2012

'TOILET SERVICE' (18 SX)

Pelanggan berbangsa Melayu gemar mendapatkan khidmat pelayan pelanggan, GRO sebangsa. Manakala pelanggan Cina memilih GRO dari negara China.

Pun begitu GRO dari Vietnam dan Thailnd turut menawarkan khidmat mereka di pusat hiburan di Malaysia.

Begitu lazimnya.

Kebelakangan ini pusat karaoke keluarga tumbuh pesat di seluruh pelusuk negara. Premis terbabit sesuai dikunjungi oleh ibu bapa bersama anak mereka dengan bayaran berkadaran. Maklumlah, kini ramai pelanggan gemar menyanyi di karaoke untuk mengisi masa lapang di samping menjamu selera. Premis dikunjungi oleh mereka dikategorikan 'bersih' berikutan ketiadaan GRO.

Di dalam buku Virus Kehidupan, saya membongkar kisah di sebalik kehidupan ramai GRO. Jika berkelapangan, sila dapatkan buku sulung nukilan saya di pasaran, berharga RM19.90.


Saya percaya, majoriti pembaca berpengalaman melihat dari luar pusat hiburan eksklusif dilengkapi lampu bergemerlapan di waktu malam. Hakikatnya tanpa GRO, pusat hiburan terbabit tidak akan mampu untuk beroperasi kerana GRO, daya tarikan utama.

"Girls ada?"

Itu soalan lazim dikemukakan pelanggan pelbagai bangsa jika berkunjung ke pusat hiburan terbabit. Untuk rekod, 'girl', gelaran diguna pakai untuk merujuk kepada GRO.

Kebanyakkan GRO di Malaysia berusia di antara 19 dan 28 tahun. Usia muda, tubuh gebu, nakal dan bijak melayan kehendak pelanggan, antara pra syarat menjadi GRO. Majoriti GRO meminum arak kerana memudahkan mereka bercampur gaul bersama pelanggan kaki botol secara selesa. Tanpa alkohol, suasana di dalam bilik karaoke kurang meriah.

Mengapa?

Dalam situasi normal, kebanyakkan pelanggan diselubungi perasaan malu. Semakin meningkat kadar kandungan alkohol di dalam darah, semakin berkurangan perasaan malu mereka. Sekaligus merangsang  pelanggan lebih berani menggomol dan digomoli oleh GRO.

Di sebilangan premis hiburan, andai disogok bayaran tertentu, GRO sanggup berbogel lalu menari secara seksi di atas meja bilik karaoke. Kadar bayaran tarian bergantung kepada durasi lagu dipilih dan jumlah dipersetujui kedua belah pihak. Saya difahamkan, 3 minit, RM200.

Sebilangan GRO tidak begitu rupawan tetapi liuk lentuk mereka menambat hati pelanggan menyaksikan persembahan dalam suasana lampu dimalapkan. Pelanggan berpoket kembung bertindak sebagai penonton bertepuk-sorak kegembiraan sehinggakan terlupa anak isteri di rumah buat seketika.

Melalui temubual secara formal dan tidak formal, saya mengutip pelbagai maklumat berhubung kegiatan GRO di pusat hiburan.

Tujuan GRO bekerja hanya satu, memperoleh wang secara mudah. Bekerja di kilang memerlukan waktu panjang dan pendapatan diraih pula tidak begitu lumayan. GRO bertugas tanpa menawarkan khidmat seks, dilaporkan mampu mengumpul kira-kira RM3,000 sebulan, bercuti pada setiap hari Ahad. Mereka hanya perlu menyanyi, minum bersama pelanggan dan barangkali disentuh sekali sekala oleh pelanggan berhidung belang.

Sebilangan pelanggan tetap pusat karaoke, selain 'girl', menggelarkan GRO sebagai 'penyedap' atau 'basikal'.

Basikal?

Ya, basikal.

Basikal, kenderaan murah boleh ditunggang.

GRO kepingin meraih imbuhan lebih lumayan harus bersifat manja serta bijak menggoda sewaktu melayan pelanggan di bilik karaoke. Jika pelanggan terliur lalu terpikat, GRO diusung ke kamar di hotel dengan harga purata RM1,200 untuk 'perkhidmatan' kurang 8 jam. Maklumat saya perolehi dari wanita Cina, penjaga GRO atau digelar 'Mummy', RM400 diserahkan kepada taukeh pusat hiburan.

Dalam tempoh sebulan, jika ditiduri 10 kali, pendapatan GRO terbabit mencecah RM8,000 tidak termasuk bayaran bekerja di hari tanpa khidmat seks. Tidak hairan jika sebilangan mereka bergaji purata RM20,000 sebulan.

Malangnya mereka tidak memiliki slip gaji justeru terpaksa menggunakan nama rakan atau saudara terdekat jika ingin membeli kenderaan.

Sebelum ini sebilangan besar pusat hiburan dibanjiri GRO kelahiran Indonesia dan Thailand, barangkali kerana bekalan tenaga kerja itu mudah diperolehi berikutan kedudukan negara berjiran. 

Trend itu kemudian bertukar. 

Pemilik premis hiburan kemudian lebih cenderung mendapatkan khidmat GRO berasal dari Vietnam dan China. Mereka dikatakan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan wang bakal dihantar ke negara asal.

Saya melihat segelintir GRO Vietnam dan China bertindak lebih bijak. Ketika bekerja sambil berhibur di pusat hiburan mereka mengintai peluang untuk dikahwini oleh lelaki warga tempatan terutama berbangsa Cina. Bersuamikan warga Malaysia, membuka peluang untuk mereka bermastautin di negara ini. Jika lelaki dikahwini itu kaya, status mereka bertukar dari GRO kepada 'isteri bergoyang kaki'. Jika tidak berjaya menjadi isteri, sebilangan mereka sanggup menjadi wanita simpanan kepada lelaki warga Malaysia. Berbanding sukar melayan pelbagai kehendak dan karenah pelanggan di pusat hiburan di waktu malam sehingga lewat pagi, lebih baik mereka sesekali menyerahkan tubuh putih kepada lelaki dengan bayaran bulanan.

Ringkasnya, kerja mudah, imbuhan menawan.

Biarpun dibanjiri dan terpaksa bersaing dengan GRO warga asing, GRO tempatan, majoriti berbangsa Melayu berterusan menawarkan khidmat mereka.

Mengapa?

Kerana kekangan bahasa.

Pelanggan Melayu dilaporkan kurang selesa berkomunikasi dengan GRO warga asing tidak mampu berinteraksi dalam bahasa ibunda dan Inggeris. Bercakap bak ayam dan itik, bukan pilihan mereka. Layanan GRO Melayu pastinya lebih selesa. Kemanjaan bukan sahaja ditawarkan dalam bentuk sentuhan tetapi bahasa menggoda. 

Untuk rekod, GRO dibayar di antara RM40 dan RM60 sejam bergantung kepada status pusat hiburan dikunjungi. Jika pusat hiburan eksklusif, bayaran dikenakan lebih mahal.

Pun begitu, pelanggan juga diberikan pilihan bayaran dalam bentuk pakej, contohnya di antara RM250 dan RM500 bagi tempoh 6 jam perkhdimatan. Kadar itu tertakluk kepada kategori  'servis' ditawarkan oleh GRO mendampingi pelanggan di antara jam 9 malan dan 3 pagi.

"Kalau girl hanya menyanyi dan minum sahaja, RM250, kalau mahu sikit lebih, raba raba, tambah lagi RM250. Pelanggan mahu 'toilet service' (oral seks), boleh bincang sama girl dia pilih," ujar Mummy.

Sewaktu menyertai banyak operasi bersama pihak berkuasa sebelum ini, saya mendapati bilik air luas di sebilangan pusat hiburan eksklusif dilengkapi sofa panjang.

Mudah, tidak lenguh pinggang.

Untuk rekod, buku Virus Kehidupan bukan sahaja menceritakan fakta tersirat dan tersurat berhubung GRO malah merungkai pelbagai kes bersabit Mat Rempit.

Kongsikan entri ini di Facebook, jika sudi.

5 ulasan:

  1. Quote:
    3 minit, RM200....

    waaa... bagus ni... !!
    lagi hebat dr jadi ah long...

    kalu ...
    3 minit, RM200....
    48 jam... bersamaan 2 hari...
    brapa tu.???
    sbulan...??
    stahun...??

    pencen nnt..
    terfikir jugak nak jadi taukeh pusat hiburan mcm ni...
    dah lama hidup susah !!!

    kihkihkih !!!

    BalasPadam
  2. Sy penah pegi karaoke di Damansara..agak eksklusif..charge GRO,RM500 utk 4 jam..kalau mahu seks..tambahan RM 1000..Kebanyakkan Melayu & sabahan..seperti yg mazidul kata..bilik air luas..

    BalasPadam
  3. Saya dah khatam buku tu.

    Bila nak buat buku ke-2?

    Kalau2 tajuknya :-
    (1) "Bercakap dari hati" (kisah pengalaman sebagai pengantara & mengadap pelbagai insiden di tempat kejadian.

    (2) "Tiada yang Ada : Entiti Paranormal..." (kisah 666 penyingkap fakta).

    BalasPadam
  4. Ya Allah, selamatkanlah umat Islam Di Malaysia.

    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.