Isnin, Februari 17, 2014

TV3 MENGGUNAKAN VISUAL DIKITAR SEMULA?


Berita Harian, 2 Februari lalu memaparkan berita, kira-kira 4,000 mangsa ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Banjir di Beaufort dan Tenom, Sabah.

Klik di sini.

Saya membaca berita disebarkan di alam maya kononnya Buletin Utama, BU, TV3 menggunakan visual dikitar semula sewaktu memaparkan berita penyerahan bantuan banjir di Tenom, Sabah.

Tarikh dipaparkan di BU, 29 Mei 2007.

Blogger, Omak Kau, antara individu menghentam TV3 tanpa usul periksa.


Klik di sini.

Untuk mengetahui FAKTA sebenar, saya menghubungi Noorzati Mohd Arish, penerbit Buletin Utama bertugas pada 15 Februari lalu.

"Seperti Mazidul tahu, Sabah sekarang masih dilanda banjir. Koordinator TV3 di Sabah, Alphege Godomon dan kru sibuk membuat  liputan. Jadi, dia mengarahkan jurukamera sambilan untuk merekodkan visual penyerahan bantuan banjir itu pada pagi 15 Februari lalu. Mazidul boleh hubungi Alphege," saran Zati.

Sebelum itu, saya menelefon, jurukamera profesional, Rohaizat Roslan, 46 tahun, anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Lazimnya, jika visual direkodkan oleh jurukamera profesioanal, tarikh dan waktu rakaman tidak dipaparkan," komen Rohaizat Roslan.


"Setting tarikh dan waktu di kamera, berubah secara automatik atau perlu diubah secara manual?," soal saya.

"Secara manual. Kalau jurukamera bertugas kurang berpengalaman ataupun amatur, dia barangkali keliru dan tanpa disedari TIDAK mengubah data ke tarikh dan masa terkini sekaligus terakam visual maklumat tarikh dan waktu itu tanpa disedari," jelasnya.

Rohaizat, 46 tahun,  berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang penyiaran.


Jam 10 pagi tadi saya menghubungi Alphege.

"Di mana Alphege?," sapa saya.

"Dalam perjalanan ke Tenom, membuat liputan banjir lagi," jelasnya dalam loghat Sabah.


"Saya yakin, berita dihebahkan kononnya BU menggunakan visual dikitar semula itu tidak benar. Bolehkah Alphege jelaskan kejadian sebenar?," pinta saya.

"Kira-kira jam 11 pagi, 15 Februari, jurukamera sambilan merakamkan visual penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Tenom. Jurukamera berusia sekitar 50 an itu juga menetap di Tenom dan kita menggunakan khidmat dia membuat liputan kes kecemasan. Kali terakhir dia menyumbang visual kepada TV3, kira-kira 6 tahun lalu. Selesai rakaman penyampaian bantuan oleh Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, jurukamera itu bergegas menaiki kenderaaan, menghantar visual direkodkan ke pejabat saya di Kota Kinabalu," kata Alphege.

Jarak di antara Kota Kinabalu dan Tenom, kira-kira 150 kilometer.

"Mengapakah Alphege tidak menggunakan khidmat jurukamera profesional TV3?," soal saya spontan.

"Di Sabah, saya ada dua jurukamera. Ketika itu, seorang membuat liputan Ascomm dan seorang lagi ditugaskan ke Tawau," katanya.


"Adakah jurukamera sambilan itu menyedari kesilapan tarikh dan waktu visual dirakamkan?," soal saya lagi.

"Dia sedar dan memaklumkan saya, kamera Mini DV digunakan itu rosak. Oleh itu, katanya, tarikh dan waktu itu harus ditutup, mosaic sewaktu siaran untuk tidak mengelirukan penonton BU. Lazimnya, data mengenai tarikh dan waktu tidak kelihatan di skrin kamera, hidden," jelas Alphege.

Alphege, berasal dari Tamparuli dan telah berkhidmat dengan TV3 selama 10 tahun. Dia juga pemenang pelbagai anugerah kewartawanan di Negeri Di Bawah Bayu.

Ringkasnya, dakwaan mengatakan TV3 menggunakan visual dikitar semula, tidak benar. Lebih menakjubkan, penyebar berita tidak mengambil inisiatif untuk menghubungi syarikat penyiaran itu untuk memperoleh kenyataan rasmi dan tepat. 

Asalkan fitnah berjaya disebarkan, mereka berpuas hati. Barangkali berguling-guling sambil bertepuk tangan.

Saya tertarik dengan komen pertama di entri ini.




USTAZ Ahmad Fadhli Shaari, mendakwa bermimpi dan diminta menghebahkan tawaran imbuhan RM500 kepada individu berjaya menembak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah terjaga daripada mimpi ke?

Klik di sini.

3 ulasan:

  1. jamawi jaafar pun belum jadi ketua pemuda pada tahun 2007...

    BalasPadam
  2. laporan dari pembangkang tu mmg fitnah...tgk mmg ada kesilapang teknikal kat sana...cuba tgk jam kat skrin tu...19:14:09...maksudnya jam 7 petang...klu di sabah jam 6 setengah petang kompom da gelap...apa lagi pukul 7 setengah petang...kami da anggap malam :P

    BalasPadam
  3. minah ni dah counter balik ulasan bro.. harap tv3 ambil tindakan undang2 jika tv3 berada di pihak yang benar... jika tidak seolah2 tv3 yang salah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.