Menurut Kementerian Dalam Negeri, KDN, terdapat kira-kira 300,000 pendatang tanpa izin, PATI terperangkap di Malaysia akibat ditolak oleh negara asal kerana mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Jundidi Tuanku Jaafar berkata, kos menanggung kehidupan setiap PATI, RM75 sehari. Wan Junaidi dipetik mengeluarkan kenyataan itu di Utusan Malaysia. Kos itu termasuk untuk menanggung makanan dan perbelanjaan kesihatan PATI terbabit.
Beliau juga berkata, 13 Depot Tahanan Imigresen hanya mampu menampung 6, 500 PATI sahaja. Dicongak, dalam tempoh sebulan, Malaysia membelanjakan RM14 juta untuk menanggung kos kehidupan PATI di Depot.
Sampai bilakah rakyat Malaysia bakal menanggung kos kehidupan biawak hidup, PATI itu? Tidak pula Wan Junaidi memberikan tempoh masa dalam kenyataan media beliau.
5 tahun lagi? 10 tahun? 20 tahun atau sampai kiamat?

Klik di sini untuk membaca laporan penuh Utusan Malaysia.
Persoalan lain, di manakah 300,000 PATI dilaporkan 'terperangkap' di negara kita ditempatkan?
Jawaban, di bawah.
Jika diteliti kenyataan Wan Junaidi di atas, maksudnya PATI dibenarkan bekerja di Malaysia. Saya juga tertarik dengan perkataan 'sebahagiannya masih bekerja dengan majikan'.
Berapakah bilangan PATI diertikan dengan perkataan 'sebahagian' itu?
Semoga Wan Junaidi boleh memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia secara telus. Kami ingin tahu berapakah bebanan kewangan terpaksa ditanggung oleh negara akibat kegagaglan pelbagai pihak berkuasa bernaung di bawah KDN mengekang kemasukan PATI membolosi sempadan Malaysia kami cintai ini selama ini.

tapi saya tidak suka PATI bekerja di sebuah hotel bertaraf dunia iaitu 5 hingga 8 bintang, di bahagian pelayan dan chef, PATI hanya layak bekerja sebagai bahagian DOBI dan STEWARD sahaja....
BalasPadamJangan buang sampah merata-rata. Apa hukuman org yg bawak sampah tu? Haiihh.. makin banyak la sampahhh..
BalasPadamSedap jer kerajaan nak tanggung depa. Rakyat Malaysia ramai lagi yg susah. Kalau pati semua cukup makan kat depot...maybe ada rakyat malaysia yg susah menyamar jadi PATI. Our government baik tak tentu hala dgn org luar....dgn rakyat sendiri...?
BalasPadamtak dapat hantar.balik dan dibenarkan bekerja.wah,syoknya dia org.tak lama lagi kena serap..
BalasPadammacam mengalakan perkara yang salah..ada kah itu cara terbaik..
PadamCukup menarik kenyataan itu..
BalasPadamtahniah...
BalasPadamApa yang saya boleh buat setakat yang termampu sekarang ialah saya akan elakkan dari membeli dari peniaga orang asing. Tapi saya akan dilema tiap kali melawat kedai mamak, sebab saya memang suka makan di kedai mamak. Servis bagus!
BalasPadamSampai bila kita dibelenggu dengan masalah PATI ini, kerajaan tidak begitu serius menanganinya, tentu saja yang ada kepentingan dengan PATI ini akan merasa senang kerana bekerja dengan mereka, lebih-lebih lagi yang dalam penjara peruntukan makan saja jutaan ringgit sudah tentu mengguntungkan kepada yang berkenaan. Di sabah contohnya peruntukan bagi membiayai PATI ini mencecah juta ringgit (tahanan) seorang sahabat saya pernah mencuba memohon tander makan dibahagian ini namun tidak bernasib baik kerana kroni-kroni yang berkenaan lebih diutamakan.
BalasPadamSmti
BalasPadamBerbalik kepada kes di pulau bruit.bak kata pepatah kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.
BalasPadamtahun 2020 negara malaysia menjadi negara maju mungkin terlaksana dan mungkin mendapat title real "truly asia" yang sebenar..if u know what i mean..@@
BalasPadamPati lebih di bela oleh kerajaan dari anak pribumi sendiri. Setahu saya, pelajar-pelajar di universiti dapat pinjaman dari kerajaan dengan lebihan untuk belanja makan cuma Rm25 sehari. itu pun kena bayar balik kemudian. Lebih untung jadi PATI...
BalasPadamRM 75 / sehari! apa menu yang PATI dapat? macam sedap jer menunya dengan harga RM75...
BalasPadamMelampau suda ni..sy yg golongan marhain ni pun terkemut2 nk belanja untuk seharian..kadangkala skip lunch,kadangkala skip bfast...tp pati ni cantekkk je dibela elok..cukup makan..walaupun suami sy engineer kami ttp xcukup makan ...suami xmakan kt ofis, sy x lunch dirumah sebab nk jimat untuj sarahidup yg lain..melampau dh ni...
BalasPadam75 sehari. Dimana silapnya...
BalasPadamuntung jadi PATI.. semua ditanggung.. kita rakyat kat sini bersusah payah kerja cari rezeki diorang dapat free2 je.. kalo dah pandai datang pandai la balik sendiri.. wat ape nak ditanggung semua.. kalo datang naik tongkang biar diorang balik pun naik tongkang.. bagi tempoh.. jangan ditanggung semua.. pandai2 la diorang nak hidup.. kalo tegas dalam pelaksanaan takde la yang lain2 berani datang lagi.. baik sangat kita ni.. cuba kita g negara diorang.. ada nak layan sebaik macam ni.. untungnya PATI..
BalasPadam