Isnin, Januari 06, 2014

JAIS BOLEH TENDANG PINTU GEREJA - LEE MIN CHOON (PRESIDEN PBM)


Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Presiden Pertubuhan Bible Malaysia, PBM, Lee Min Choon di Malaysian Insider, klik di sini.

Sebenarnya kenyataan itu  berbentuk tanggapan dan diluahkan oleh peguam dibelenggu emosi tanpa kawalan. Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, tentunya mempunyai kaedah lebih baik berbanding bertindak menendang pintu gereja dari aspek perlaksaan undang-undang. Andai kata kejadian itu benar berlaku, pasti menambahkan lagi ketegangan hubungan di antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia. 

JAIS tidak bodoh.

Justeru, hemat saya, tanggapan Lee itu bak tercetus dari minda anak kecil baru pandai bercakap tatkala ditemu bual oleh pengamal media.


Apapun, saya tertarik membaca kenyataan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir. Beliau berkata, tindakan JAIS menyerbu pejabat PBM dan merampas Bible dicetak kalimah Allah itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa penguat kuasa terbabit. 

Klik di sini untuk membaca nukilan Sungai Rapat Online.

Dalam pada itu UMNO Selanngor melalui kenyataan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar, menyokong tindakan JAIS, baca di sini.

Manakala pengendali blog Dr. MIM pula menghuraikan fakta, hal ehwal agama berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan. Oleh itu, kerajaan negeri Selangor diteraju oleh Pakatan Rakyat harus menyelesaikan masalah ini.

Klik di sini.


[ Sumber : The Malay Mail ]

Kita semua tahu, pagi semalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan, NGO berhimpun untuk membantah kenyataan Paderi Lawrence Andrew, terbukti tidak bertindak ganas. Mereka hanya berkumpul di stadium terletak kira-kira 1 kilomter dari Lady of Lourdes Church di Klang. Jauh sekali menceroboh kawasan gereja. 

Pihak polis juga mampu menjangka senario itu lalu hanya menugaskan empat anggota polis menjaga keamanan di sekitar gereja Katolik terbabit. NGO terbabit tidak memusuhi penganut agama Kristian di Malaysia tetapi mendesak Lawrence untuk menarik balik kenyataannya meneruskan penggunaan kalimah Allah di gereja di Selangor.

Sehingga ke saat entri ini ditulis, paderi itu masih tidak memohon maaf kerana menyanggah titah Sultan Selangor, agar akur dengan larangan penggunaan kalimah Allah di kalangan individu bukan beragama Islam mengikut Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.

Tidak hairan jika selepas ini, Sekretariat Solidariti Islam Klang, bakal menganjurkan perhimpunan aman lebih besar untuk misi sama, klik di sini. Selagi tindakan mereka tidak bercanggah dengan undang-undang, tiada pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.


[ Sumber : The Malay Mail ]

Setakat ini, Sultan Selangor belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan susulan. Manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula masih mengambil pendekatan membisu seribu bahasa.

9 ulasan:

  1. Isu ni akan menjadi semakin besar saban hari jika media terus menyebarkan isu ni.

    BalasPadam
  2. tindakan tegas perlu diambil segera sblm perang salib!!

    BalasPadam
  3. Ketika puak2 kafirun dan munafikun bersatu mencabar dan menyerang kuasa dan hak Islam,umat Islam kelihatan seperti terpinga2,ragu-ragu dan keliru untuk mengambil pendirian.Ramai yang mengutamakan ideologi kepartian daripada agama.Ramai yang mengenepikan agama terutama pemimpin2 parti politik semata2 untuk mengemis undi puak2 kafir dan liberal.Sebab itu kita lihat kenyataan dan respon yang bercanggah dari pemimpin2 parti umat Islam.Pentaksub2 pengikut parti politik pula hanya menjadi pak turut mengikut respons pemimpin2 mereka.

    Apa salahnya untuk sekali ini umat Islam mengenepikan sentimen sempit politik demi untuk agama?

    BalasPadam
  4. Pasti..ini isu agama, tidak boleh dibawa main2..memang dalam islam kita tidak menyanggah agama lain untuk menggunakan kalimah Allah,tetapi dalam kes ini, mereka mempunyai tujuan lain untuk mengeksploitasi kalimah tersebut untuk menyebarkan agama mereka..kita sebagai masyrkt melayu islam terlalu suka bertolak ansur dengan bangsa dan anasir luar sehingga masyrkt melayu ketika ini cuba meraih kepercayaan orang cina dan anasir kafirun lain..seperti menumpang di bumi sendiri,wasalam..

    BalasPadam
  5. Mereka telah melanggar perintah mahkamah. Mahkamah telah memutuskan bahawa Allah adalah hak orang Islam mengapa mereka masih mempertikaikian dan hendak menggunakan nama Allah. Mereka menyanyi dalam bahawa melayu sedangkan dalam kehidupan mereka seharian mereka guna bahasa inggeris dan bahasa cina dan hindu. Apakah sebenarnya matlamat dan niat mereka, bukankah sengaja hendak mencabar orang-orang Islam.

    BalasPadam
  6. senang cerita apa yang kerajaan dah larang dan tak boleh..tak payahlah degil2 nak buat juga,ikutlah law..nak tunjuk keras kepala yg jadi masalahnya,terang2 tak blh pakai kalimah ALLAH nak juga pakai,persoalannya apa akan jadi pada kristian ni kalau tak dapat pakai kalimah ALLAH?saya rasa tak memudarat apa2 pun pada diaorg

    BalasPadam
  7. Paderi Lawrence Andrew ni saje jd batu api ...dah tahu xblh, tp nak jugak main ngan isu ni. Terbukti paderi ni mpunyai hati yg busuk. moga Allah tutupkan mulutnya.

    BalasPadam
  8. Si Kaduk apasal diam sahaja? Kemana perginya kredibiliti sebagai seorang PM? Kan ada kuasa, takkan asyik sibuk bercuti keluar negara sepanjang tahun?

    BalasPadam
  9. Orang UMNO tidak boleh ambil tindakan terhadap si Kaduk? Atau masing masing ikut mengelap mulut sama macam si Kaduk? Untuk pengetahuan, si Kaduk tidak pernah merasa hidup susah mahupun bersekolah di Tanah Melayu sejak darjah satu hingga ke peringkat tertinggi. Majlis Tertinggi UMNO? Sila lap mulut anda.

    Tan Sri Muhyidin for Presiden Of United States Of Melayu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.