Dua suspek kes pembunuhan 3 beradik di Alor Setar, Kedah diberkas polis, 45 hari selepas mereka dibunuh.
Mangsa, Noor Syafikah Nadia Abdullah, Puteri Nurul Akma, 12 dan Nur Izzati Husna, 3 tahun dipercayai dibawa ke rumah kosong di Kampung Gelam. Suspek kemudian cuba merogol Norsyafikah namun gagal. Gadis berusia 14 tahun itu dan 2 adiknya kemudian dipercayai dibawa ke kawasan sawah padi di Alor Senibong dan sekali lagi dia cuba dirogol, dia cuba melarikan diri. Berikutan itu, Norsyafikah dibunuh manakala adiknya menyaksikan kejadian itu ditolak ke sungai dan dibiarkan mati lemas.
Jarak rumah suspek dan mangsa, dilaporkan hanya 150 meter.
Suspek, penganggur dikatakan kenalan Norsyafikah dan individu terakhir ditemui oleh mangsa sebelum mayat mangsa ditemui.
Jarak rumah suspek dan mangsa, dilaporkan hanya 150 meter.
[ Ruang iklan FREE di Zon A blog ini. Hubungi Tel/WhatsApp Shahrul 019 270 9061 ]
Suspek, penganggur dikatakan kenalan Norsyafikah dan individu terakhir ditemui oleh mangsa sebelum mayat mangsa ditemui.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata, 2 suspek berusia 19 tahun terbabit direman di antara 16 dan 22 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis turut menemui bukti dan kes ini dianggap selesai.
Tahniah kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia kerana berusaha gigih untuk menyelesaikan kes ini.
Asalamualaikum Encik Mazidul.
BalasPadamNama mangsa yang ditulis salah. Sepatutnya NOOR Syafikah Nadia ABDULLAH.
Harap pembunuh2 ini menerima hukuman yang setimpal.
BalasPadam