Isnin, Januari 20, 2014

PHYTOSCIENCE (DOUBLE STEMCELL) BOLEH DIDENDA MAKSIMA RM200,000 JIKA DIDAKWA DAN DISABITKAN KESALAHAN PERTAMA - JAKIM

Berikut respon pantas JAKIM berhubung status isu Sijil Pengesahan Halal JAKIM produk Double Stemcell diemelkan kepada saya.



MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE

Tuan/puan

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hub Halal, Cik Nadia Zammil  Md Nasir sebelum ini adalah BENAR, klik di sini.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih

Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014

Tanpa mendapat Sijil Pengesahan Halal JAKIM, mengapakah syarikat menggunakan logo halal JAKIM?

Jawaban?



33 ulasan:

  1. femes produk ni skg. ramai kawan2 yb buat bisness ni dpt lumayan. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. produk ni bukan disahkan haram cuma logo halal mereka tu haram (tak sah).

      Padam
    2. produk bukan disahkan haram cuma logo mereka tu haram (tidak sah)
      iktibarnya, jika mereka mahu berniaga lama, perlulah mengambil serius hal-hal begini

      Padam
    3. Produk mungkin tidak haram, tetapi kenapa syarikat menggunakan logo halal tanpa berdaftar? Kalau syarikat yakin dengan produk mereka kenapa mereka tidak berdaftar dengan direktori halal malaysia? Nak berniaga tak salah, tapi biarlah dengan cara yang betul. Ramai yang membeli dan mengguna semuanya adalah melayu, majoriti islam. Produk ini kiranya sudah tergolong dalam produk was-was kerana secara nyata, FAKTA telah dikeluarkan terus oleh JAKIM. Bukankah menjadi satu dosa menjual barangan was-was kepada orang islam?

      Padam
  2. bagaimana dgn SHAKLEE?? saya dah periksa kat direktori halal kat JAKIM dan INFANCA juga tiada produk dan nama syarikat mereka.HERBALIFE tiada juga pada JAKIM tapi ada di INFANCA. mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. as salam
      produk SHAKLEE telah pun mendapat pengiktirafan & sijil status HALAL oleh badan yang diiktiraf oleh JAKIM, sebab tu SHAKLEE takde dalam direktori JAKIM.

      Untuk maklumat lanjut jemput tengok kat sini http://janahazana.blogspot.com/2013/07/shaklee-dijamin-diyakini-halal.html

      wallahualam

      Padam
  3. salam tuan,
    bab double stemcell tak dapat lagi logo halal jakim tapi guna logo halal tu saya dah faham, tapi bagaimana pula dengan kenyataan diluluskan oleh sirim dan kkm? ada tak pengesahan daripada pihak sirim dan kkm sendiri? mohon pencerahan tuan...

    BalasPadam
  4. SHAKLEE tak mmerlukan logo halal daripada JAKIM kerana ia dihasilkan di luar negara dan telah mendapat pengiktirafan halal oleh ISA iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

    wallahualam

    BalasPadam
  5. Kesian mazidul xpasal2 sorang2 mohon penjelasan. Ni la typical org kita semua nak disuap saja. Mazidul dah bongkar bab halal JAKIM. Yang lain2 dok tanya bab sirim, kkm, produk lain2 bla bla bla takkan korang tak boleh cek sendiri maklumat tu dgn pihak berwajib bukan kena bayar pun. Dah dpt maklumat yg korang nk tu share ngan org lain kat sini. Takkan tu pun mazidul nk suapkan.. alahai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa la. tipikalnya pemikiran... bila gossip, sampai ke akar disiasatnya. bila hal2 begini, tunggu je dekat wall facebook. alahai

      Padam
  6. Salam.
    Nak tanya.. mcmabe pula dgn produk2 COSWAY? Halal x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah COSWAY juga menggunakan logo HALAL JAKIM secara haram? Atau memang takde logo halal?

      Padam
    2. boleh semak status halal atau tidak sesuatu produk/ syarikat dengan Direktori Halal Jakim di www.halal.gov.my

      boleh semak sendiri sahaja. tiada masalah pun. terima kasih.

      Padam
  7. shaklee mmg halal. ada info dr jakim sendiri

    http://jalanabadi172784.blogspot.com/2014/01/shaklee-halal-ke.html

    BalasPadam
  8. jangan cepat melatah. kaji selidik dulu. sekiranya memang terbukti tak dapat pengesahan dari pihak JAKIM , bubarkan. tapi apa yg sy tahu, produk stemcell nie dah byk membantu merawat pelbagai penyakit orang. kalau nk ikutkan haram, rokok pon haram. tapi org2 kat luar sana tetap hisap. produk tengah laris memang akan ada org pertikaikan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pihak Jakim dh keluarkan kenyataan dah kt page fb diorg. Dh 2 hr dah rasanya. Leh tgk situ

      Padam
    2. Masalahnya, berlakunya penipuan. Adakah syarikat seperti ini patut di langgani? Kenapa kita sebelum menceburkan diri dengan syarikat ini tidak menyelidikinya dulu. Kerana pendapatan lumayan mahu tutup sebelah mata. Syabas Tuan Mazidul kerana pembungkaran ini.

      Fikir-fikirkanlah........

      Saat Jais
      www.treat-cure.com
      http://saatjais.wordpress.com

      Padam
    3. Masalahnya Syarikat ini menipu. Adakah wajar kita melanggani syarikat seperti ini? Sebelum berkecimpung dengan Syarikat ini selidikilah terlebih dahulu. Bukan kerana dapat banyak membantu ke atau mendapat pendapat yang lumayan benda yang salah di tegakkan. Kenapa harus mengaitkan dengan Rokok? Syabas Tuan Mazidul kerana pendedahan anda.

      Fikir-fikirkanlah........

      Saat Jais
      www.treat-cure.com
      http://saatjais.wordpress.com

      Padam
    4. hebat! kalau mcmtu esok lusa hospital & doktor xde kerja dah sbb produk ni bagus.. nilah mental kita.. gambar2 tu suma bole cari kat google.. blm tentu keberkesanannya untuk setiap individu sama.. lagipun kalau keberkesanannya sgt pantas sure ada steroid.. wallahualam (itu [petikan kawan saya yang bekerja di lab & pharmacist)

      Padam
  9. Kandungan utama double stemcell ialah gula(carbohyrate) sebanyak 93g setiap 100g. 1gram fiber dan 190mg sodium(garam).

    1. Produk ni claim mengandungi stemcell dari epal, acai berry dan blueberry. Tetapi berapakan kuantitinya? 1gram atau 1miligram atau 0.0000001miligram.
    2. Produk ni claim ia adalah anti oksidan. Anti oksidan yg paling mudah diperolehi adalah vitamin C. Kenapa tidak dinyatakan kan kandungan vitamin C di dalam produk ini?
    Company ini secara general menerangkan kebaikan acai berry, blueberry, grape dan epal stemcell dalam website nya tetapi tidak menyatakan kuantiti nutrien tersebut pada produk nya
    Boleh rujuk dr website phytoscience mengenai claim mereka.
    https://www.iphytoscience.com/eng/doublestemcell.asp

    Kawan2, Sila bandingkan nutrient fact bg produk2 lain diluar sana.
    Setiap produk akan letak semua vitamin dan mineral di dalam produk meraka. Tetapi mengapa phytoscience gagal meletakkan kandungan produk mereka secara detail? Fikir-fikirkan

    Lebih baik makan buah epal, anggur, acai berry dan blueberry sebenar.
    Kos double stemcell RM250 utk 14 hari. Sebulan lebih RM500.
    Katakan kos produk ini RM50. RM450 duit anda pergi mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...saya setuju... disebabkan ingredient yg meragukan, lebih banyak gula dan garam, maka saya jadi ragu-ragu untuk minum produk ni....mcm kita minum glucose lah....produk mahal, tak berbaloi untuk dijadikan amalan pemakanan sihat kalaupun betul produk berkesan....sebenarnya depa lebih giat mempromosikan sistem MLM sahaja....

      Padam
  10. Aku benda2 MLM ni mmg sentiasa ada syak wasangka. Kalau la benda ni guna logo halal yang salah, tapi bukan salah halal pada produk tu, tak ke korang yang pro-produk ni ter pk, kenapa syarikat ni guna logo salah? Kenapa? Apa tujuan dia guna logo halal salah? Ni belum check lagi betul ke SIRIM dgn KKM tu approve produk ni. Orang kita dh banyak makan benda alah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Company ni mmg licik, seperti comment saya diatas. phytoscience tidak declare kuantiti ingredient secara details.

      double stemcell hanya declare
      93g drpd 100g adalah carbohydrate(Gula)
      190mg Sodium
      1g Fiber
      Lepas dia kata ada stem cell epal, acai berry, blueberry tapi tak letak kuantiti.

      So kalau hantar pegi sirim ke KKM utk dpt sijil.
      Kalau sirim atau kkm check, pastu detect 0.000001% jer stemcell tu. produk ni still lulus sbb diorg tak pernah publish kuantiti sebenar.

      Melainkan mereka claim double stemcell ni megandungi 5gram stemcell, Tapi bile check ada 2gram jer. Baru produk tak lulus utk dpt sijil.

      Macam ni sume org bleh buat bisnes.
      Letak gula satu sudu
      Letak garam skit(sodium)
      Pastu kita letak stemcell Cocos nucifera (tidak bgtau kuantiti)
      So dpt produk baru Quadruple stemcell. Senang nak kaya mcm ni hahahaha.


      p/s : Cocos nucifera tu kelapa. Ambik kelapa kering blend bg hancur trus dpt stemcell Cocos nucifera. Kos nak wat produk ni sgt murah pastu jual ratus2 ringgit

      Padam
    2. truthaboutphytoscience - Cadangan anda sangat bijak, bila nak keluar produk yang dikatakan "Pastu kita letak stemcell Cocos nucifera (tidak bgtau kuantiti)
      So dpt produk baru Quadruple stemcell. Senang nak kaya mcm ni hahahaha."
      Saya doakan anda senang nak kaya... hahahahaha...

      Padam
  11. Assakamualaikum, saya ada search produk ni dlm laman web biro farmeseutikal, produk ini tdk dapat kelulusan malah no rujukan yang diberi pun tiada. Adakah produk ini betul2 telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Boleh tolong dapatkan kesahihan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Jawapan kepada tuan ada pada contoh ISU KKM hayat acai berry. https://www.facebook.com/notes/hayat-acai-berry/hayat-acai-berry-mendapat-kelulusan-dari-kementerian-kesihatan/344406978968370 ...

      Padam
  12. Saya cuma nak share, soalan status pendaftaran produk ini pernah saya ajukan di bahagian pharmacy, dan mendapat jawapan,

    Melalui carian pangkalan data Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sehingga hari ini (10 Januari 2014), mendapati bahawa produk ini adalah produk yang TIDAK BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Oleh yang demikian, kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk berkenaan tidak dapat dipastikan.

    Setahu saya semua ubatan / suplement menggunakan biotech technology mesti mendaftarkan produk.

    BalasPadam
  13. Kenapa nk tunjuk bukti kena pergi kat blog org lain...kalo nk sgt buktikan ds nie betul2 bermanfaat...cek terus dr kkm or sbgnya..x payah post blog ntah apa2..dah tentu ejen punyer..dan dpat maklumat pun dr syarikat..bukan terus dr kkm..

    BalasPadam
  14. Assalam. Isunya disini ialah penggunaan sijil halal tanpa kebenaran. Dari segi produk, makmal KKM sendiri mengesahkan tiada unsur haiwan dikesan dalam sample yg dikaji. kilang yg mengeluarkan produk ini juga mempunyai sijil halal kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan yang lain. Untuk pengetahuan, produk ini dtg dari Switzerland dan dipek semula di malaysia. Produk ini juga telah mendapat kebenaran utk jualan di singapore kerana tiada unsur racun atau logam. Perlu diingatkan sgt susah utk mendapat kebenaran pasaran di Singapore kerana pemeriksaannya yg sgt ketat. Ramai yg telah mencuba produk ini dan kesannya sgt baik dan berbeza kebaikannya berbanding produk lain. Produk ini membantu membuang toksin dan membaiki fungsi organ seterusnya dpt meningkatkan kesihatan pengguna. Apa yg pihak syarikat perlu buat ialah memohon maaf dan cuba mendapatkan sijil halal dari JAKIM seberapa segera. Wassalam..

    BalasPadam
  15. Memang ada syarikat yg begini tiada kkm,sirim, dan logo halal berlambak2 dipasaran
    Itu semua nak cepat kaya

    BalasPadam
  16. Bismillahhirrahmannirrahim...

    Buang yang keruh, ambil yang jernih.

    Yang salah diperbetulkan, bukan dibesar-besarkan.

    Bagi yang ingin tahu cara terbaik membina perniagaan tanpa perlu bergaduh sana, bergaduh sini.

    Jemput ke ruangan perbincangan ilmiah ini : bitly.com/nealizham


    Sekurang-kurang anda bukan keseorangan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.