Ahad, Januari 12, 2014

GAMBAR POLIS UNIT MPV DIDAKWA MABUK TERSEBAR


Gambar 2 anggota polis unit peronda MPV didakwa mabuk tersebar. Kemudian maklumat mengatakan mereka antara anggota terbabit dalam satu latihan menunjukkan antara salah laku anggota MPV.

Andai benar gambar dirakamkan tatkala sesi latihan, molek jika gambar itu dilengkapkan dengan watermark, 'MILIK PDRM' agar tidak disalahgunakan di dunia maya. Tafsiran gambar kekadang tersasar.


Tajuk dipilih oleh akhbar Sinar Harian, SH, seperti mengesahkan kejadian itu, 'Gempar gambar anggota polis mabuk di tepi jalan'. 

Klik di sini .

Hemat saya, lebih baik wartawan terbabit memperoleh pengesahan daripada pihak polis terlebih dahulu kerana SH mendakwa menerima gambar kenderaan dilengkapi nombor pendaftaran.

Nombor pendaftaran terbabit boleh digunakan oleh pihak polis sebagai rujukan untuk mencari FAKTA kejadian.


Tanyalah setiap pegawai dan anggota polis di Malaysia, apakah antara kejadian paling mereka geruni tatkala bertugas? Antaranya, kehilangan senjata api kerana boleh mengakibatkan mereka digantung tugas. Justeru bukan satu keputusan kecil sekiranya mereka memilih untuk berada di bawah pengaruh alkohol dan membiarkan senjata di belakang kenderaan.

Apapun, saya yakin dalam jangka waktu terdekat, pihak pengurusan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini.


2 ulasan:

  1. Sinar Harian selalu siarkan berita ikut sedap dia tanpa mendapatkan pengesahan awal terlebih dahulu. Sama seperti rebat 20% Touch and Go yang dikatakan akan mansuh pada 1/1/2014, tapi sampai sekarang masih ada.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.