1 Disember 2013, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan bakal memberhentikan operasi Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah kerana memperhambakan kanak-kanak untuk mengutip derma.
Saya menulis di sini.
Saya menulis di sini.
[ Laporan Berita Harian, klik di sini ]
Hari ini, kita melangkah ke 9 Januari 2014, LEBIH SEBULAN kemudian, pelajar PTA masih terus diperhambakan.
Gambar di bawah saya rakamkan sendiri semalam di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Manakala gambar berikut dirakamkan oleh kru Penyingkap Fakta, Abdul Qaiyum Mohamad Suib di Setiawangsa, Kuala Lumpur, kira-kira sejam lalu.
Gadis di atas dilaporkan mengutip derma mewakili PTA bersama seorang lagi rakannya di sekitar Maybank.
Mereka dibekalkan dengan dokumen di bawah.
Gambar itu bukti sahih, Datuk masih belum mengotakan kata seperti disiarkan oleh Berita Harian. Sekaligus memberikan isyarat jelas, pihak pengurusan PTA memang memandang remeh AMARAN atau kata dua Menteri Besar Kedah itu.
[ Ruang iklan BULANAN di blog ini, 50% diskaun + 1 bulan PERCUMA, klik di sini ]
Hemat saya, isu pemilikan kenderaan rasmi Datuk terlalu kecil berbanding usaha menyelamatkan kanak-kanak lebih 10 tahun dieksploitasi di negeri Kedah. Sebagai pemimpin berkarisma, kata harus dikota andai ingin terus dihormati dan dipercayai.
Lembu dipegang pada tali pintal diikat di hidung haiwan itu, manusia dipegang pada kata-kata mereka.
Correct me if I am wrong.
Jika suara saya kurang didengari, semua pembaca sila echo di ruang komen entri ini.
Salin link di bawah, untuk SHARE bukan LIKE dan tampalkan di laman sosial milik anda. In Dengan izin Allah, suara ramai pasti mencecah cuping telinga pemimpin terbabit dan semua pegawai kanan beliau.
Kita berjuang tanpa kepentingan, kita mengemukakan permintaan sahih kepada pemimpin berkuasa dan kita bersama berusaha menggunakan kekuatan aksara agar pelajar PTA tidak terus diperkudakan.
http://www.mazidulakmal.com/2014/01/mukhriz-mahathir-sila-kotakan-kata.html
Jasa kalian saya sanjung tinggi.
Lembu dipegang pada tali pintal diikat di hidung haiwan itu, manusia dipegang pada kata-kata mereka.
Correct me if I am wrong.
Jika suara saya kurang didengari, semua pembaca sila echo di ruang komen entri ini.
Salin link di bawah, untuk SHARE bukan LIKE dan tampalkan di laman sosial milik anda. In Dengan izin Allah, suara ramai pasti mencecah cuping telinga pemimpin terbabit dan semua pegawai kanan beliau.
Kita berjuang tanpa kepentingan, kita mengemukakan permintaan sahih kepada pemimpin berkuasa dan kita bersama berusaha menggunakan kekuatan aksara agar pelajar PTA tidak terus diperkudakan.
http://www.mazidulakmal.com/2014/01/mukhriz-mahathir-sila-kotakan-kata.html
Jasa kalian saya sanjung tinggi.
di senawang pun masih ada lagi budak2 yang dok kutip derma ni
BalasPadamSetuju sangat2. YB buat lah apa yang patut dengan segera. Kesian budak2 ini.
BalasPadamSaya jumpa salah seorang pelajar yang mengaku berusia 19 tahun menjual barangan ubatan di Shell MRR2 berdekatan Zoo Negara minggu lepas. Bila saya bertanya tentang sekolah mereka, si gadis ini dengan tenang menjawap masih berjalan seperti biasa..
BalasPadamdi kuala lipis, pahang dan di parit buntar, perakpun sama. merata semenanjung mereka bergerak. tak sekolah ke?
BalasPadamBukan setakat Selangor, N. Sembilan je, sampai ke Johor pun 'pelajar2' ni ada. Kalau dah sampai ke negeri lain, bila masa mereka belajar? Kalau disuruh baca surah panjang dari Al-quran pun belum tentu mereka dapat hafal, kata mereka dari Sekolah Tahfiz...
BalasPadamMinggu lepas di kampung baru kuala lumpur....x sempat nak snap pic buat bukti...sapa la dalang agaknya ye...
BalasPadamDi kg baru kl ketika makan malam saya didatangi pelajar perempuan ini atas perkara yg sama. Bila saya beritahu kes mrk tlh hangat diperkatakan dia dgn tenang dan petah menjawab serta mengagungkan sm amin ini sbgai insan mulia. Saya rasa semua pelajar ini tlh di doktrinkan dgn sempurna oleh pta hingga taksub apa yg mrk lakukan adalah benar. Soal saya kpd pihak berkuasa, apakah tindakan anda. Arahan mb kedah pun cair...
BalasPadamKalau dah bagi duit kat PTA tapi ada beberapa beruk cuba nak exploit budak budak ni sampai ke KL, nak buat camana? Mungkin budak budak tu pun bukan pelajar sekolah tu pun, cuma di ajar oleh bos bos sindiket supaya cakap yang mereka belajar di sana.
BalasPadamIni dah bidang kuasa DBKL, atau kementerian wanita dan keluarga atau pun bidang kuasa majlis perbandaran untuk membanteras kanak kanak yg di exploitasi.
Amacam?
Kalau dah bagi duit kat PTA tapi ada beberapa beruk cuba nak exploit budak budak ni sampai ke KL, nak buat camana? Mungkin budak budak tu pun bukan pelajar sekolah tu pun, cuma di ajar oleh bos bos sindiket supaya cakap yang mereka belajar di sana.
BalasPadamIni dah bidang kuasa DBKL, atau kementerian wanita dan keluarga atau pun bidang kuasa majlis perbandaran untuk membanteras kanak kanak yg di exploitasi.
Amacam?
kadang kadang hati manusia ni masih mempunyai perasaan belas kasihan walaupun kanak kanak tu di peras tenaganya akan tetapi mereka redho dalam apa yg dilakukan sepatutnya memang wajar ditutup sahaja PTA tu akan tetapi mungkin banyak pelajar yg masih mahu terus menimba ilmu disitu dan mungkin masih ada lagi budi bicara dari Muhriz untuk menyelesaikan permasaalahan ini jadi kita bukan mendesak tapi eloklah sama sama fikir bagaimana caranya nak menyelesaikan permasaalahan ini Wallahuaklam..
BalasPadamKejadian ini memang benar berlaku dan saya sendiri kerap melihat semasa saya tinggal di Sg Buloh (2010)... satu hari saya dekati (depan econsave) mereka (3 kanak2 - jangkaan saya 12 ke 15 thn) dan menderma 1RM seorang untuk melihat apa riaksi mereka selepas itu.. mereka segera koyakkan resit dan beri pd saya.. saya tolak, tapi mereka paksa saya ambil.. mereka kata nanti kena marah.. lepas itu saya lihat mereka menulis sesuatu di atas salinan keratan resit.. saya tanya tulis apa tu.. mereka kata RM1.. (mungkin kalau saya beri RM5-mereka akan tulis RM5).. pada ketika mereka memaksa saya ambil resit.. kelihatannya mereka ada menoleh ke satu arah.. saya terfikir mungkin ada sesorang sedang memerhatikan mereka.. dari resit yg saya terima, 2 dari Kedah dan 1 dari Johor.. (Derma untuk mendirikan Pusat Tahfiz).. Apabila saya pulang dan membuat ketetapan ia pasti dilakukan oleh satu sindiket yg licik sepertimana dilakukan sindiket peminta sedekah..
BalasPadamSdr Mazidul.. apakah anda pasti mereka itu memang dari PTA yg anda sebutkan.. sudahkah anda ikut mereka balik ke PTA.. sudahkan anda bertemua pengurus PTA.. sudah anda menemui keluarga mereka, sudahkah anda bawa perkara ini ke pengetahuan MB Kedah; dan solan akhir saya.. selesaikah masalah jika disebarkan dlm bloh atau share dlm FB..
Mengapa anda tidak berkongsi pengalaman dgn progm 999, TV3, NTV 7, atau RTM.. mungkin jika disiarkan oleh TV.. mungkin akan lebih terkesan.. Sdr Mazidul.. masalah ini sudah terlalu lama dan akan berlarutan selagi tidak ditemui punca akarnya.. bagaimanapun saya sangat hargai usaha murni sdr untuk menjaga maruah muslim sejagat.. terima kasih.. Ikhlas dari Usaini Hj Sulaiman
Pelajar ini telah didoktrin
BalasPadamSebenarnya yang perlu di nasihati adalah ibubapa atau penjaga kanak2x berkenaan...hanya ibubapa atau penjagalah yang dapat memberi perlindungan kepada kanak2x ini...memang bernas cadangan anjang/uda...saudara Mazidul mempunyai pengalaman dan kelayakan untuk membantu mengembalikan kanak2x ini ke jalan pendidikan yang benar.
BalasPadamSiasatlah...bentangkanlah secara professional dan lapurkan dengan ikhlas...moga dengan memberi nasihat dan didikan kepada ibubapa @ penjaga kanak2x tersebut akan mengubah keadaan. Dengan ini juga memberi bantuan pada ketua menteri untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak "sindiket" yang terlibat dengan menggunakan Islam sebagai modus operandi mereka.
InsyaAllah, masih ada ramai lagi ulama2x dan tok guru2x yang ikhlas mengajar & mendidik anak2x ke jalan Allah. Mereka ini perlukan bantuan juga..maka untuk berlaku adil...Saudara boleh juga menengahkan perjuangan ulama2x dan tok guru2x tersebut. Sekian
Saya pernah juga "interview" salah seorang mereka ni, ada tu dah dilatih utk menjawab pelbagai soalan, bila ditanya kenapa ada di tempat kami (restoran) pukul 11 malam ahad (ketika itu kami di Shah Alam)? Bukankah sekolah di Kedah? Pandai pula menjawab yang dia cuma wakil utk PTA dan bersekolah di Sungai Buloh. Bila ditanya lagi, kenapa VCD tuan punya tahfiz tu menari2 dengan perempuan seksi? dijawabnya pula yang mereka tu semua isteri2 dia (SM Amin). Last sekali bila tanya, kenapa dia benarkan isteri2 dia pakai seksi dan melenggok2 utk tontonan awam, pandai pula menjawab itu kaedah, yang penting matlamat utk membantu anak yatim. Dah di train sungguh budak ni utk menjawab. Tapi mungkin tak semua macam ni.
BalasPadamAlasan yang di beri kerana nak latih berniaga, ini bukan cara betul untuk dedahkan dengan dunia perniagaan, kalau betul nak berniaga kenapa perlu masuk pusat tahfiz...
BalasPadamSaya rasa JKM punya kuasa utk. menahan kanak-kanak ini mengikut peruntukan undang2 sedia ada...cuma mereka semua tak mau buat kerja remeh ni...kakitangan JKM malas buat kerja...mereka ada kuasa tapi tak jalankan amanah yg. diberi
BalasPadamCerita dan kisah ini bukanlah cerita dan kisah baru. Di Kedah sudah lama berlarutan sejak lebih 10 tahun dahulu. Namun tiada tindakan meskipun terdapat bermacam-macam rungutan. Saya sendiri pernah menulis di blog saya http://cikgujah09.blogspot.com/2012/05/tangan-yang-memberi-vs-tangan-yang.html?
BalasPadamNamun, kami hanya mampu menulis dan melihat (dengan simpati dan perasaan tidak senang). Hasilnya hal ini masih terus berlaku dan merebak pula ke serata tanah air..
JB pun berlambak.. rimas sgt la... budak2 ni kutip derma tp dia pi belajar ke kalau berbulan2 muka sama je..
BalasPadamsaya dh banyak kali seakan dipakse beli barang.. sy ada beli sometime cthnya madu walaupun dijual semahal RM 50.. mmg teruk la.. budak2 diperhambakan utk kekayaaan pusat tahfiz ni..
BalasPadam