Setakat ini kerajaan negeri Kedah didapati terus membisu mengenai operasi Pusat Tahfiz Amal, PTA, di jalan Yan-Kuala Kedah, berbelas tahun memperhambakan kanak-kanak dan remaja di bawah umur.
Saya berikrar tidak akan berasa jemu memperjuangkan isu ini. Aduan rakyat terus memenuhi inbox facebook saya. Kegiatan mengutip derma masih berleluasa di seluruh Malaysia. Pelajar PTA masih berdiri 8 jam di lokasi menjadi tumpuan ramai. Bekas ketua ajaran sesat, terus disanjung dan kini hidup mewah.
[ IKLAN RM100 sebulan di blog (klik) Penyingkap Fakta, hubungi Shahrul 019 270 9061 ]
Kanak-kanak dan remaja diperkudakan oleh PTA tidak bersalah. Mereka mengutip derma secara rela dalam paksa.
"Apabila saya terlihat budak PTA mengutip derma itu, saya panggil dia. Jemput dia minum dan makan. Dia datang tetapi sambil makan, matanya liar memandang ke kiri dan kanan. Dia bak takutkan seseorang mungkin memantau dari jarak jauh," ujar kru Penyingkap Fakta, Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi, 38 tahun, ketika saya temui.
Dia menemui Iman di Alor Setar, Kedah, klik di sini.
Status facebook, kisah Iman, kini dikongsikan oleh hampir 6 ribu pelayar alam maya. Terima kasih kerana memberikan sokongan padu. Maksudnya kira-kira 6,000 rakan di laman sosial bersama memperjuangkan kebajikan kanak-kanak dan remaja di bawah umur terbabit.
Tidakkah wajar andai suara mereka didengar?
Status facebook, kisah Iman, kini dikongsikan oleh hampir 6 ribu pelayar alam maya. Terima kasih kerana memberikan sokongan padu. Maksudnya kira-kira 6,000 rakan di laman sosial bersama memperjuangkan kebajikan kanak-kanak dan remaja di bawah umur terbabit.
Tidakkah wajar andai suara mereka didengar?
Malangnya, sebilangan telinga, barangkali masih tuli. Sebilangan mata pula buta dalam celik.
Klik di sini.
Klik di sini.
Jika isu politik dibangkitkan dek pembangkang, cepat benar mereka menepis dan bertindak untuk muncul menjadi juara. Namun menikus apabila isu perhambaan kanak-kanak dan remaja berulang kali dibangkitkan.
Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada 1 Disember 2013.
Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada 1 Disember 2013.
Sehingga kini tiada berita mengatakan kata itu dikotakan.
Hari ini, 15 Januari 2014. Muhkriz dan kerajaan negeri, sudah terlewat 15 hari untuk melaksanakan tindakan.
Saya masih menunggu reaksi positif Pejabat Menteri Besar. Jika enggan bersuara, selagi papan kekunci tidak rosak, saya tetap akan terus membangkitkan kes ini.
Saya masih menunggu reaksi positif Pejabat Menteri Besar. Jika enggan bersuara, selagi papan kekunci tidak rosak, saya tetap akan terus membangkitkan kes ini.
teruskan menulis
BalasPadamsemoga satu hari nanti anak2 ini akan terbela nasibnya
Media Team MB tak baca kot semua blog-blog ni? Depa ralit dan tak sensitif. Besok MB kena hentam kaw-kaw baru depa kalut wal karibut...Masa tu sudah terlewat.
BalasPadamBang!Bang! Boom!
Tkper...rosak papan kekunci sya rela gntikan yg baru...asalkan nsib mreka terbela...truskan usaha...tahniah...
BalasPadamSyabas Bro, teruskan usaha anda ini. Hingga tiada lagi anak2 kita dijudikan ke jalanan seperti ini. Ku mohon pada Allah supaya pihak yang menyalahgunakan anak2 ini dibawa ke muka pengadilan. In sha Allah.
BalasPadamDi Bandar baru Bangi masih ramai
BalasPadamDi melaka pun ramai. Slalu ade kat maybank depan hospital pantai ayer keroh
BalasPadamSaya wakil dari penduduk apartment ghazal di taman impian ehsan..ingin membuat aduan berkenaan isu air..sudah lebih seminggu kami tiada air..sampai bila masalah ini harus berpanjangan????kami da tak sanggup lagi mengangkat air sehingga ke tingkat 5..!!!! Dan yang paling sedih da kesian adalah warga emas,ibu tunggal dan wanita mengandung.. sampai bila kami harus tunggu lagi!!!!dan yang paling mengecewakan syabas hanya meletakan satu tangki air yg sederhana besar untuk kegunaan 300 lebih penduduk flat ini..gila ke ape mereka ini..tiada otak untuk berfikir langsung dgn keadaan kami yang terpaksa merebut2 untuk mengambil air bg kegunaan harian..sudahla hantar air pakai lori kecil,memang tidak cukup langsung untuk kami ..sehinggakan ada pihak tengah yang mengambil kesempatan menjual air untuk disalurkan kerumah untuk penuhkan tangki air dengan bayaran rm 50 untuk satu rumah.. bil air sebulan pun tidak sampai rm50 langsung.. ini satu penindasan pada kami..syabas hantar air sehari hanya sekali..mereka ingat kami ini haiwan ke ape..memang tidak patut langsung..pada sebelah tgh mlm sehingga pagi kami menunggu syabas tidak datang langsung dan yg datang hanyalah pihak mpkj dan jabatan amal hanya membantu kami,sy ucapkan terima kasih byk2 dan diharap mereka tolong ikhlas dan bukan berpolitik..kami sudah tidak sanggup lagi,kesian la pada kami kalau hal ini berlanjutan mati la kami..tolong bantu kami aduan rakyat.. agar luahan hati kami didengari oleh pihak yang sepatutnya.. terima kasih
BalasPadam