Sabtu, Januari 18, 2014

PDRM NAFIKAN FARID KAMIL MENYERTAI LATIHAN UTK



[ Sumber : Kosmo Online ]

Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari mendakwa  menyertai latihan Unit Tindakan Khas, UTK di Muar, Johor seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Klik di sini.



Farid juga didapati membuat kenyataan serupa di Kosmo Online.

Klik di sini.

TIDAK mungkin 2 akhbar tersalah lapor.

Maksudnya, pelakon dikenali ramai itu berkongsi kenyataan sama dan dipaparkan oleh di dua akbar berbeza. Barangkali dia terlalu kepingin menyertai UTK lalu mendakwa sanggup berpisah selama 3 bulan dengan anak kecilnya demi memenuhi impian itu. 

Hebat.


[ Petua PERCUMA komunikasi berkesan, klik di sini ]

Berikutan dakwaan itu, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad bertindak pantas mendedahkan FAKTA.



[ Sumber : Klik di sini ]

Farid ternyata TIDAK menjalani latihan UTK seperti dihebahkan di media.

Terima kasih Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM kerana meleraikan kekeliruan tercetus. Menjelaskan FAKTA, simbol integriti PDRM masih terus terpelihara. 

Pembaca kini tidak mudah diperkotak-katikkan dengan berita 'lakonan' sebegitu. 


Masih terfikir, apakah motif sebenar Farid menghebahkan berita kononnnya dia berlatih 12 jam sehari, mendaki bukit, berlari 3 kilometer setiap hari serta menggunakan senjata api?

Saya mempunyai sebilangan rakan menganggotai skuad elit PDRM itu. Mereka lazimnya enggan identiti diri didedahkan kepada majoriti masyarakat umum biarpun berbangga dengan tugasan berisiko tinggi dipikul.


10 ulasan:

  1. biasalah pelakon....semuanya boleh di lakonkan hinggakan watak sami pun org islam yg lakonkan.

    BalasPadam
  2. Setahu saya di Maktab Teknik PDRM Muar tiada latihan yg berkaitan dengan UTK. Ini kerana saya sendiri anak kepada anggota disitu. Kpd pelakon yg berkenaan. Jika tidak tahu apa2 dlm bidang kepolisian sila jangan berkata sembarangan. Kerana mungkin ramai diluar sana yg sentiasa mempertahankan hak seorang polis tidak kira anggota itu sendiri, ahli keluarga mahupun isteri anggota itu sendiri. Dan saya adalah anak dan isteri kpd anggota polis yg srntiasa akan mempertahankan PDRM bg sesiapa yg ingin menjatuhkan badan uniform ini. (maaf dengan komen yg panjang ini)

    BalasPadam
  3. saya percaya berkemungkinan besar dia memang menjalani latihan itu. Persoalannya adakah kenyataan dikeluarkan kerana untuk "cover" sbb orang awam tak sepatutnya dibenarkan menjalani latihan tersebut?
    Maaf saudara mazidul saya bukan nak memburukkan keadaan tapi instinct saya mengatakan begitu. Yang salah tetap salah. Sekiranya benar PDRM benarkan orang awam menjalani laihan tersebut bukankah itu satu kesalahan.

    BalasPadam
  4. Askm, encik Mazidur, saya berpendapat bahawa Farid Kamil ni kemaruk sangat nak jadi anggota beruniform kut. Masa kawin pun nak lalu bawah pedang, mana boleh orang awam kawin lalu bawah pedang kecuali pegawai tentera bertauliah yang berpangkat leftenen keatas. Kalau ikutkan unit UTKni macam pasukan elit SWAT kat Amerika. Macam mana dia boleh masuk unit elit macam masuk suka2 je. Kenapa nak memburuk2 pasukan khas POLIS ni. Something wrong with this guy. Terima kasih pada encik Mazidur kerana menyiasat keakar umbi. (Diani gila glamour kut, nampak sangat penipu besar).

    BalasPadam
  5. slalu nmpk dlm instagram tengku jalil (tengku muda johor, kalau xslh) mmg farid ade wt training ngn dia. tp xtau berdasarkan apa

    BalasPadam
  6. Agaknya org tu ajak training menembak je tapi dia perasan mcm dia dh direkrut masuk UTK

    BalasPadam
  7. lebih askar dari yang askar, lebih polis dari yang polis. Cerita En Farid bersanding pakai baju askar/polis pun masih belum dilupakan lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita mypapit nak kawen kat siam tidak mampu dilupakan jugak :P

      Padam
  8. nk terkentut aku gelak.... alahai Parit Kamil. aku sendiri 3 kali x lepas selection UTK. Nko Parit Kamil, muka jambu, badan lembik, jari mcm awek Korea ada hati ikut latihan UTK. PDRM buat kt Ulu Kinta nko buat kt Muar, kt parit mana nko training tu Parit Kamil??.... mmg "Parit" betul la nko ni Parit Kamil

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.