Ahad, Januari 12, 2014

TNB SAHKAN SAMBUNGAN ELEKTRIK DI UPTOWN BERBAHAYA DAN TIDAK SELAMAT


Berikutan status penyokong Parti Keadilan Rakyat, juga peniaga di laman facebook, klik di sini, saya telah menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad, TNB.

Saya dimaklumkan, kira-kira jam 8.30 malam tadi, pasukan TNB telah membuat pemeriksaan bersama pihak pengurusan Uptown D' Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sambungan elektrik di atas, disahkan oleh TNB TIDAK selamat dan teratur. TNB dilaporkan akan menulis surat kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ dan Suruhanjaya Tenaga beserta lampiran gambar dirakamkan. Wakil TNB juga akan menemui pihak pengurusan Uptown untuk memaklumkan ketidakselamatan pendawaian dilakukan oleh pihak terbabit.


Malam tadi, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkunjung ke lokasi sama, bertemu peniaga mendepani kesukarang memperbaharui lesen perniagaan kerana Bahagian Perlesenan kini mengaku MENGIKUT ARAHAN pihak pengurusan.

Pihak pengurusan Uptown, Ilmu Panduan Hidup LEBIH berkuasa daripada MBPJ.


Klik di sini.


Barangkali Sivarasa memasuki Uptown melalui pintu hadapan lalu tidak berpeluang melihat longgokan sampah bersepah berbau hanyir berhampiran pagar premis itu. Lagipun beliau datang pada waktu malam, bukan siang.

Lalu penglihatan Sivarasa terhad tetapi diharapkan tidak buta seperti MBPJ.

Klik di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.